Sejarah - Part 5

3.7K 14 2
                                    


"Kau hidup dalam rumah pelacuran?" aku bertanya.

Dah masuk pukul 8 malam.

Aku sebenarnya penat dengar cerita tentang seorang budak yang dibesarkan sehingga menjadi apa yang dianggap kejam oleh masyarakat. Itu sahaja yang boleh aku anggap berdasarkan cerita Bilis setakat itu.

Aku anggap dia bukan membawa cerita baru. Cerita ini adalah cerita kebanyakan budak yang memulakan kehidupan dalam keadaan susah dan kemudian dapat keluar ke dunia menjadi seorang yang berjaya. 

Mungkin Bilis bukan seorang yang berjaya berdasarkan pakaian dan personafikasi fizikalnya tetapi dia nampak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Dalam ceritanya tadi Bilis mungkin sedang cuba menjustifikasi kenapa dia seorang yang kejam. Aku ni seorang yang kurang sabar apabila orang bercerita kepada aku dan aku terpaksa dengar macam-macam latarbelakang yang tak relevan. Tak boleh ke dia cerita terus ke apa yang dia nak semua orang tahu.

Aku tak faham betul kadang-kadang orang buat novel tapi nak kena explain panjang-panjang tentang latarbelakang karakter dia macam kita kisah sangat kenapa karakter dia jadi magician lah, jadi orang jahat lah. Tak best langsung.

Yang penting adalah cerita, bukan karakter.

Tapi ada benda benda menarik dalam cerita dia. Aku dapat merasakan ceritanya ini boleh menyelesaikan misi aku. Aku perlukan orang sepertinya.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now