Balas Dendam - Part 24

890 11 0
                                    

"Selepas tu kau terus pandai macamana nak bunuh Haji Judi? Sarafina berjaya mengalihkan kemarahan dirinya yang diperkosa, dibunuh dan disembunyi mayatnya oleh Haji Judi dan Ibu? Hanya dengan membawa kau melihat bagaimana kau dilahirkan, dicuri daripada ibu kau yang sebenar dan kemudian kau dibesarkan di rumah yang menjadi sarang pelacuran. Sebenarnya itu je cukup untuk kau merancang untuk membunuh Haji Judi? Macamana kau perangkap Ibu pula?" aku bertanya dengan laju kerana hari semakin larut malam dan Bangsar semakin gelap.

Memang cerita yang dibawa Bilis sangat menarik tetapi aku sudah penat pindah dari satu kafe ke kafe yang lain. Aku sedang menimbangkan meninggalkan Bilis tanpa mengetahui kesudahan ceritanya. 

Sebenarnya, Bilis telah memberitahu aku awal-awal apa yang terjadi di hujung kisah hidupnya. Dia telah membunuh Haji Judi dan Ibu yang menyeksanya dengan melacurkan dirinya tanpa belas kasihan.

Pada awalnya dia hanya menjadi hamba seks Haji Judi. Jika dia sambung ceritanya dia akan menceritakan tentang pelanggan pertamanya. Kemudian dia akan menceritakan proses pembunuhan yang dia lakukan ke atas Haji Judi dan perempuan yang dikenalinya sebagai Ibu.

"Sarafina ni sebenarnya hanya menunjukkan asal usul aku. Dia masih belum selesai dalam proses mengajar aku tentang apa yang patut aku lakukan. Tadi aku hanya bercerita tentang dia menunjukkan kepada aku bagaimana aku diculik daripada dakapan ibu aku yang sebenar dan dibawa lari ke rumah sarang pelacuran itu. Aku dah cerita bagaimana aku mula menyeksa Haji Judi. Aku ikat dia dan aku seksa dengan kudrat yang aku ada," kata Bilis.

"Aku nak dengar apa yang Sarafina ajar kau. Bagaimana seekor hantu boleh ajar kau bagaimana untuk membunuh? Dia hantu, kau manusia. Semasa Sarafina mati dia masih terlalu budak. Mustahil dia tahu bagaimana untuk menamatkan riwayat seorang manusia," kata aku.

Bilis menyambung ceritanya.

KEJAM #Wattys2019Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin