Balas Dendam - Part 16

3K 9 1
                                    

Semenjak daripada titik peristiwa hitam itu di dalam kehidupan aku, aku berubah dalam beberapa segi.

Aku sukar untuk mempercayai Ibu dengan janji-janji manisnya. Aku sudah mula faham apa yang berlaku di dalam bilik-bilik yang sentiasa tertutup di dalam rumah itu. Bukan kisah cinta penuh cintan cintun tetapi kisah durjana kehilangan maruah dan harga diri.

Aku faham kenapa ramai lelaki dan sesekali wanita keluar masuk rumah itu bagaikan stesen bas 24 jam yang dikunjungi bas-bas yang meninggalkan asap hitam. 7 – 11 yang tidak pernah tutup. Tanpa shift.

Haji Judi masih lagi datang ke rumah itu berjumpa Ibu dan sesekali duduk memerhatikan aku bermain video game aku. Aku sudah lama melupakan game Cowboy vs. Indian dan mula bermain game yang lebih mencabar. Yang mempunyai unsur pembunuhan yang ganas dan realistik. Malahan War of Religions yang dulu aku anggap terlalu ganas menjadi salah satu video game kegemaran aku.

Aku sepatutnya tidak selesa dengan kehadiran Haji Judi duduk memerhatikan aku terutama apabila aku di hadapannya dan dia di belakang aku. Entah bahagian mana tubuh aku yang dia jamah dengan matanya. Nanti tak pasal-pasal dia jamah dengan nafsu serakahnya lagi.

Aku tidak kisah kerana aku sudah nekad. Aku hendak membunuh Haji Judi bila aku ada peluang. Aku biarkan dia memerhati aku dan sesekali aku beri pandangan manja. Aku nak dia rasa aku sebenarnya suka dengan apa yang telah dia lakukan kepada aku.

Padahal aku mahu dia tidak tahu apa yang aku mahu dengannya. Aku tidak mahu dia bernafas dan mengambil oksigen yang sepatutnya dinikmati oleh manusia lain yang lebih layak.

Mungkin kau tak dapat fikirkan daripada mana datangnya nekad aku untuk menjadi seorang pembunuh.

Sebenarnya itu adalah sesuatu yang aku sendiri sukar hendak menjawab tetapi aku dapat katakan yang ia bermula dengan mimpi aku.

Mimpi aku di dalam medan perang dan kekejaman yang aku rasai di dalam mimpi aku yang menunjukkan realiti peperangan. Aku tidak kisah dengan kedahsyatan dan kengerian perang yang dipaparkan oleh mimpi aku. 

Persepsi 3D yang aku rasa di dalam mimpi perang itu sehingga aku terasa semua kesakitan yang timbul apabila aku tersepak atau tersadung dan kesedihan yang aku kadang-kadang rasa apabila mengenang mayat-mayat yang bergelimpangan membuat aku percaya yang aku mampu menjadi seorang pembunuh.

Masalahnya adalah bagaimana aku mahu mencapai cita-cita aku menjadi seorang pembunuh? 

Aku bukannya berada di tempat yang melatih pembunuh upahan atau di satu tempat di mana aku boleh keluar untuk menuntut ilmu belajar bagaimana untuk membunuh. Aku perlu mencari jalan untuk samada keluar daripada rumah celaka ini atau berusaha untuk belajar tentang membunuh melalui jalan lain. 

Sejak daripada saat aku terfikir untuk menjadi seorang pembunuh, aku memandang persekitaran aku dengan pandangan yang berlainan. Aku mula meninjau peluang untuk melarikan diri daripada rumah itu.

Setiap kali aku di kolam renang aku melihat ke arah kawasan luar pagar untuk membuat percaturan samada aku boleh memanjat tembok rumah itu yang tinggi. Adakah tembok yang tinggi itu dibina untuk menghalang tetamu yang tidak diundang masuk ke dalam kawasan rumah itu atau memastikan semua yang berada di dalam kawasannya terpenjara dengan sempurna?

Di bahagian belakang rumah itu tidak terdapat pintu pagar yang membenarkan sesiapa keluar dan masuk. Pagar yang dibina cukup tinggi dan berkawad di bahagian atas. Pintu hadapan rumah itu sentiasa di kawal ketat. Kamera litar tertutup yang ada sentiasa memerhati tetamu (dan penghuni) di seluruh pelusuk rumah tersebut. 

Malahan di beberapa batang pokok yang tumbuh tinggi di belakang rumah itu terdapat kamera litar tertutup yang sentiasa bergerak ke kiri dan ke kanan memastikan tiada orang dapat menceroboh masuk. Ia dijarakkan antara satu sama lain supaya setiap pelusuk dapat diperhatikan.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now