Balas Dendam - Part 22

1.3K 12 0
                                    

"Selamat datang," kata Sarafina.

Aku melihatnya sebagai seorang budak kecil memakai baju beropol. Aku terpegun memandang dirinya yang hampir sama besar dengan diri aku.

Apabila aku terkebil dan membuka kembali mata aku, di dalam setengah saat mata aku terpejam, Sarafina telah berukar menjadi seorang perempuan dewasa. Mungkin tidak dewasa sepenuhnya. Di dalam lingkungan 18 tahun.

Badannya yang kecil sebelum ini memenuhi satu kain yang diikat di badannya. Adakah itu kain kapan?

Ketakutan yang aku rasa kerana melihat seseorang memakai kain kapan hilang apabila Sarafina senyum memandang aku.

"Kau perlu tenang," suara halus Sarafina bergema di dalam pemikiran aku. Aku merasakan yang dia berkata-kata di dalam pemikiran aku tetapi aku tidak nampak Sarafina menggerakkan bibirnya.

Antara sedar dan tidur, di dalam bilik Ibu yang gelap, aku berduaan dengan Sarafina.

Aku tidak tahu ke mana Ibu tetapi aku boleh dengar suara di luar pintu. Samada Ibu bermain judi di luar sana dengan kakak-kakak lain atau dia sedang melayan tetamu yang tidak putus.

Entah-entah dia sedang keluar melayan pelanggannya di luar.

Aku tidak kisah semua itu.

Apa yang aku sedang nampak ialah seorang yang aku kenali sebagai Sarafina dan dia sedang berkomunikasi dengan aku.

Dia hantu ke? Bagaimana seorang hantu boleh bertukar rupa daripada seorang kanak-kanak ke remaja dan kepada seorang dewasa? Adakah aku dalam bahaya? Hantu boleh makan orang ke? Apa dia nak?

Semua soalan-soalan yang berlegar ini dijawab oleh Sarafina dengan berkata-kata di dalam kepala aku.

"Aku bukan hantu. Aku roh Sarafina. Aku hidup di dalam rumah ini. Roh aku terkurung di dalam rumah ini kerana apa yang terjadi kepada aku," kata Sarafina di dalam pemikiran aku.

"Aku bertukar daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa kerana aku membesar mengikut umur aku di alam nyata sama umur dengan rumah ini tetapi nyawa aku sebelum ia dicabut kekal sebagai seorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak akan membesar," suara Sarafina bergema.

"Semua yang kau alami telah aku alami dulu. Kau tentu tahu bagaimana wajah aku ketika aku mati. Kau telah melihat muka aku yang hancur dan kepala aku yang bersepai. Tiada apa yang misteri. Aku dibunuh dengan kejam oleh seseorang yang ada di dalam kehidupan kau juga. Dia membelai engkau, menjaga engkau seperti menatang minyak yang penuh dan memastikan engkau diserahkan kepada Haji Judi dalam keadaan baik. Dia bukan seorang yang baik tetapi seorang jahat yang setia," kata hantu Sarafina.

"Kau nak tahu kenapa aku muncul di hadapan kau? Aku masih berdendam dengan dua orang yang kau simpan dendam juga. Kau ingin membalas dendam itu? Aku ingin kau membalas dendam itu untuk aku dan untuk kau," suara Sarafina bertukar daripada suara kanak-kanak ke dewasa ke remaja mengikut bayangan dirinya yang aku nampak.

Ia bertukar daripada seorang kanak-kanak yang kepalanya pecah otak terburai, kanak-kanak yang sempurna sifatnya, remaja perempuan cantik dan seorang gadis muda dengan satu kaki yang bajunya berlumuran darah.

Aku ingatkan aku terdengar suara Ibu memanggil aku. Aku berpaling sebentar dan apabila aku paling semula Sarafina telah hilang.

Aku terkebil-kebil memikirkan adakah bayangan Sarafina tadi benar-benar muncul di hadapan aku atau ia adalah khayalan aku.

"Kau dah habis makan?" Ibu masuk dan tanpa menunggu aku memberi jawapan Ibu sudah mengambil mangkuk sup yang ada di tepi katil. Aku hanya makan separuh daripada sup ayam di dalam mangkuk itu.

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now