Seksaan - Part 33

1.4K 8 2
                                    

"Bagi aku keluar Sarafina. Aku akan selesaikan apa yang aku mulakan. Kau dah ikat mereka, bagi aku yang kelar leher mereka. Aku nak rasa kepuasan melakukan semua itu. Kau dah banyak menolong aku. Takkan kau nak puas seorang diri," aku merayu kerana aku takut Sarafina tidak memulangkan badan aku kepada aku. 

Lagipun memang benar Sarafina telah melakukan semuanya untuk aku. 

Ibu dan Haji Judi telah terikat di atas katil. Sudah dalam keadaan yang cukup mudah untuk aku menyeksa mereka. Takkan aku nak duduk jadi penumpang dan membiarkan Sarafina melakukan semuanya. 

Aku tahu ada kepuasan yang dapat aku dicapai apabila aku dapat menyeksa dengan tanganku sendiri dua orang lahanat di atas katil itu. Seksaan yang telah mereka lakukan ke atas sebelum itu cukup untuk menyebabkan aku terasa aku telah disundalkan sehingga aku hilang harga diri. Aku bukan hanya hina, aku sudah tahap ingin mengambil nyawa aku sendiri. 

Apa yang tak pernah mereka lakukan ke atas aku? 

Ibu dan Haji Judi kedua-duanya mempunyai hati kering. Aku lebih bencikan Ibu daripada Haji Judi kerana Ibu sebagai seorang perempuan seharusnya tidak sejahat itu. Dia sendiri patut tahu apa perasaan seorang perempuan apabila dirinya dinoda. 

Takkan dia tak dapat bayangkan apabila kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan yang tidak bersedia dan rela untuk disetubuhi. Fizikal yang sakit bercampur baur dengan pelbagai perasaan termasuk sedih, kecewa, suicidal, jijik dan setiap tusukan adalah satu paku yang memahat hati yang hancur.

Ibu, yang aku anggap sebagai orang yang membesarkan aku, rupa-rupanya adalah manusia bertopeng syaitan. Dia membesarkan aku untuk dijual dan diperdagangkan. Dia bukannya manusia. Dia adalah binatang. Malahan lebih hina daripada itu.

Ibu bukannya sayang aku langsung. Dia hanya memastikan aku bersedia untuk ditiduri oleh Haji Judi yang merasmikan aku sebagai pelacur untuk dilelong dan dijadikan santapan jantan-jantan yang datang ke rumah agam itu.

Haji Judi pula adalah orang yang menoda aku. Aku anggap dia sebagai orang di belakang tabir yang menyiapkan rumah agam itu sebagai sarang pelacuran yang terlindung daripada diperiksa oleh pihak berkuasa. Polis, pegawai agama, pegawai majlis bandaraya peguam, hakim mahkamah sivil dan mahkamah syariah, semua disogok dengan kakak-kakak yang membawang menceritakan kisah siapa yang mereka tiduri pada hari itu. 

Semua mendapat habuan tanpa perlu membayar. Malahan ada yang ketagih dan menjadi pelanggan tetap selepas disogok. Walaupun telah berpindah ke kawasan lain, mereka tetap datang untuk mendapat layanan istimewa daripada gadis-gadis yang memang pandai bermanis kata. Selain daripada pandai menanam tebu di bibir, mereka juga pandai menggunakan bibir mereka di atas, di bawah dan di belakang untuk memuaskan nafsu serakah lelaki (dan sesekali perempuan) yang datang melanggan mereka.

Haji Judi adalah ibarat singa lapar menunggu untuk menerkam aku apabila Ibu memberi lampu hijau untuk aku dinoda olehnya. Selepas puas, dia dengan rela melepaskan aku kepada mana-mana lelaki yang sanggup membayar wang yang banyak untuk memiliki aku secara eksklusif di rumah itu.

Bukannya Ibu dan Haji Judi tidak pernah mendapat tawaran untuk aku dilepaskan dan diperisteri oleh pelanggan yang kasihankan aku dan ingin menyelamatkan aku.

Pak Zawawi, pelanggan tetap aku yang keempat, setelah tiga yang sebelum itu tidak mampu membayar harga bidaan yang mereka menangani, telah berjumpa dengan Haji Judi untuk membebaskan aku. 

Pada masa itu, harga aku, oleh kerana ada banyak bidaan, telah mencapai RM500,000-00. Aku seharusnya bangga kerana tidak ramai kakak-kakak sebelum aku mencapai harga bidaan itu pada usia yang masih mentah seperti aku.

Pak Zawawi memberitahu Haji Judi yang dia mahu memperisterikan aku. Aku perlu diselamatkan daripada tempat hina seperti rumah itu.

"Apa? Kau kata rumah aku ni hina? Kau tahu kan aku memberi rezeki kepada mereka yang berada di rumah ini. Mereka dapat melakukan satu ibadah. Mereka semua dapat membantu semua yang datang ke sini dengan memastikan nafsu mereka tidak dibazirkan di tempat di mana semua gadis yang ada belum tentu bersih dan sihat seperti mereka di sini. Lagi pun semua budak-budak perempuan di sini adalah Islam. Aku bawak doktor merawat mereka setiap minggu, kita pastikan mereka tidak mengandung atau mempunyai penyakit kelamin. Mereka bukan pelacur. Mereka adalah pembantu. Peneman untuk lelaki yang mahu melakukan ibadah. Mereka pasangan ideal yang dijanjikan oleh Allah. Isteri yang mereka ada di rumah adalah untuk teman di kalangan awam. Gadis-gadis di dalam ini adalah yang mereka perlukan sebagai isteri kedua, ketiga dan keempat."

KEJAM #Wattys2019Where stories live. Discover now