Chapter 4: Terselamat Dari Maut

4.4K 378 21
                                    

Seminggu berlalu, semua murid yang datang mencabar Hazen berakhir di hospital akibat dibelasah oleh pemuda itu. Dia dan Aveline hari ini mengadakan kelas di luar.

"Baiklah, tunjukkan kepada cikgu apa yang kamu pelajari 3 minggu ni kepada cikgu."

Para pelajar mula mengeluarkan senjata mereka. Ada yang bersenjatakan pedang, tombak, tukul besar dan belati.

"Cikgu dah alert yang kamu dah pandai berlawan menggunakan senjata, sekarang kamu akan lawan cikgu sendiri."

Para pelajar mula mengeluh sesama sendiri. Rata-rata membuat muka tidak puas hati.

"Awak tak rasa ke yang ini dah keterlaluan?" Soal Aveline dengan nada berbisik.

"Come on, Aveline..Sampai bila awak nak manjakan pelajar kita?"

"Ye, saya tahu tu tapi.."

"Nah, jangan risaulah, saya takkan serang balik mereka." Balas Hazen dengan senyuman.

"Baiklah, dengar dulu apa yang cikgu nak cakap ni. Jangan nak mengeluh. Kita buat peraturan, kamu semua lawan cikgu tetapi cikgu tidak boleh melawan. Hanya boleh mengelak. Kamu akan dikira pemenang sekiranya kamu dapat sentuh cikgu satu kali. Easy, right?"

"Betul ni cikgu?" Soal salah seorang pelajar lelaki dengan nada teruja.

"Ye. Sekarang, siapa yang nak mulakan?"

"Saya!" Seorang pelajar perempuan mengangkat tangan.

"Wendy. Good..Sila ke depan.."

Pelajar perempuan bernama Wendy itu memajukan diri. Para pelajar lain mula mengundurkan diri.

"Alright Wendy, show me what you got.."

"Baiklah.." Wendy mula membuka langkah. Dua tombak miliknya diputar dengan laju.

"HIYAHHH!!"

ZUUUPPPP!!

Wendy meluru ke arah Hazen dengan kelajuan penuh! Bilah tajam pada tombaknya dihalakan ke arah Hazen.

"Wow! Nice one, Wendy!"

Hazen memuji apabila dia dapat mengelak serangan Wendy.

Berapa minit kemudian, Wendy berjaya menyentuh Hazen di bahagian lengan. Pemuda itu tersenyum.

Selepas melihat Wendy bertarung, para pelajar lain berebut hendak berlawan dengan Hazen. Pemuda itu menenangkan keadaan sambil tersenyum.

"Awak terlalu berlembut Hazen. Awak tak serius masa awak berlawan tadi. Well, asalkan pelajar mula suka cara dia mengajar saya tak kisah.." Kata Aveline sendirian sambil tersenyum.

Satu persatu murid yang bertarung dengan Hazen dapat menyentuh bahagian tubuh pemuda itu. Paling kerap yang dapat di sentuh ialah di bahagian lengan.

Hazen perasan, Richard tidak berada di sini. Dia segera memanggil Aveline.

"Awak ada nampak Richard tak?" Soal Hazen.

"Tak ada pula.." Balas Aveline.

"Kamu ada nampak Richard tak?" Soal Hazen kepada muridnya. Rata-rata menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

"HOI! GURU BARU!!!" Teriak seseorang dari jauh. Mereka semua memalingkan kepala ke arah orang itu.

"Richard! Kamu ponteng kelas lagi?!" Soal Aveline dengan nada yang marah.

"KAU DIAM PEREMPUAN! AKU TAK ADA URUSAN DENGAN KAU!!"

Aveline terasa hati akibat kata-kata yang dihamburkan dari mulut Richard. Hazen pula terkedu sekejap.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now