Chapter 47: This Is Too Much

3K 245 26
                                    

Hazen memandang kembali ke arah tubuh Aveline yang mula menyembuh. Dia perasan akan kelibat Cathrine. Dia juga turut menyembuhkan gadis musang itu.

"Bawa dia ke bilik aku." Arah Hazen.

"Kau nak ke mana?" Soal Cathrine.

Hazen meregangkan badannya. Penutup matanya dibuka. Eleneora diambil dari belakang. Pedang gergasinya itu bercahaya kemerahan tanda Hazen siap untuk bertempur.

"Aku akan selesaikan siapa yang buat kacau kat pekan ni." Balas Hazen.

Dia berjalan meninggalkan Aveline yang tidak sedarkan diri. Cathrine yang melihat Hazen berjalan merasai seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari tubuh lelaki itu.

"He gonna all out?" Soal Cathrine.

Hazen berjalan melintasi bangunan yang sudah runtuh. Mayat-mayat penduduk dan askar bergelimpangan.

Hatinya tergerak untuk menuju ke kawasan pasar. Hatinya berdegup kencang melihat seseorang terbaring.

Perlahan-lahan dia pergi ke arah orang itu. Dia terkedu melihat orang itu ialah Edwin.

Badan pemuda itu sudah tidak sempurna. Tangan kirinya dan kaki kirinya sudah tidak ada. Badannya kelihatan berlubang di bahagian perut.

"Edwin..." Hazen terduduk melutut di sebelah kawannya itu. Pemuda itu perlahan-lahan membuka mata.

"You late..." Kata Edwin dengan perlahan.

"I know.." Balas Hazen perlahan.

"Where is she? I can't find her.."

"I don't know, Edwin."

"Take this and give it to her. Say that I love her.."

Air mata Hazen mula bergenang. Perlahan-lahan dia mengambil sesuatu dari tangan Edwin. Kelihatan seutas rantai dengan huruf M di tangan.

"I'm sorry because I can't protect her."

"No. You do what you can do, my friend. You have my respect." Balas Hazen dengan nada tersekat-sekat.

"Please. Don't cry, Hazen. I'm about to see them. To see my family again. They calling for me to return with my family." Kata Edwin. Tak lama kemudian dia terbatuk darah.

Hazen ingin menyembuhkan tetapi oleh kerana kecederaan yang ada pada Edwin amat parah, dia tidak boleh berbuat apa-apa.

"Hazen...I want you..To know..You...Are my true friend..."

Akhirnya, Edwin Esrian menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Hazen. Lelaki itu menangis sambil memegang tangan Edwin yang sudah sejuk itu. Hujan mula turun tanda meratapi pemergian Edwin.

"I will protect her, my friend. Don't worry. You can count on me. Rest in peace, Edwin Esrian. May your soul find the better place out there."

Hazen bangkit perlahan-lahan. Dia membaca satu mantera. Tubuh Edwin mula bercahaya lalu bertukar menjadi bola cahaya yang banyak dan teramat kecil saiznya sebelum terbang dan hilang di udara.

Dia mengenggam tangannya. Perbuatan sisinya tidak boleh lagi dimaafkan! Dia harus membunuhnya!

Dia berjalan menuju ke arah di mana sisinya terbuang. Tetiba satu serangan menuju ke arahnya.

Dia segera mengelak serangan itu. Dia memandang siapakah yang menyerang dia.

Waktu bagaikan berhenti. Hazen tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.

Wanita itu. Warna rambut wanita itu. Rupa wanita itu. Tombak yang dimiliki oleh wanita itu. Hazen amat mengenalinya.

"Celestia?" Soal Hazen tidak percaya.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now