Chapter 13: Cathrine Fallione.

4K 286 3
                                    

Enam bulan. Ya. Sudah 6 bulan hubungan antara Hazen dan Aveline menjadi kekok. Sejak Hazen menyoal tentang perasaan Aveline terhadap dia, gadis itu seakan menjauhkan diri dari dirinya. Tapi tidak boleh. Mereka akan berjumpa di kelas setiap hari.

"Baiklah murid-murid. Itu sahaja pelajaran untuk hari ni. Ingat, minggu depan cikgu akan adakan kem di Floryan Forest bersama cikgu sendiri dan Cikgu Aveline kamu. Keselamatan kamu akan terjamin. Ini janji cikgu. Inform perkara ini kepada ibu bapa kamu. Tanya mereka kalau mereka benarkan kamu ataupun tak. Cikgu beri masa selama 4 hari."

Seusai berkata, Hazen dan Aveline keluar dari kelas. Suasana sunyi tercipta antara mereka berdua.

"Awa-"

"Cikgu!"

Seorang murid menyampuk dari belakang. Hazen menoleh ke arah belakang. Kelihatan Richard sedang berdiri dengan selamba.

"Nak apa Richard?"

"Saya minta diri dulu.." Sampuk Aveline. Hazen mengeluh lalu mengangguk.

"Floryan Forest tu bukan hutan yang penuh dengan makhluk buas ke cikgu? Kenapa bawa kami ke sana?" Soal Richard.

"Eh? Macam mana kamu tahu?" Soal Hazen.

"From my dad.."

"Oh. Yeah..Its a dangerous forest but you must forget one thing about that forest.."

"What is it?"

"Hutan tu ada penunggunya sendiri. Makhluk buas takkan serang kita kalau kita masuk hutan itu. Penunggu hutan itu sendiri akan lindungi kita. Itu pun kalau kita datang dengan niat yang baik." Terang Hazen.

"Oh..Jadi mesti tiada niat yang keji baru boleh masuk hutan tu?"

"Yup. Kalau kita masuk dengan tujuan mencari herba atau berlindung dari musuh, hutan tu takkan serang kita. Kalau kita datang dengan niat sebaliknya, penunggu hutan tu sendiri akan halau kita. Kalau lebih teruk lagi mungkin akan bunuh kita." Hazen membalas pertanyaan Richard.

"Oh. Jadi kami datang ke sana untuk apa cikgu?" Soal Richard lagi.

"Belajar kuatkan kuasa magik kamu semua."

"Eh? Ye ke?"

"Ye..Okay lah. Cikgu ada hal ni. Pastikan yang kamu inform kat rakan-rakan kelas kamu.." Kata Hazen.

"Um..Cikgu.."

"Hmmm?"

"Saya nak minta maaf. You know? You're kind person.."

"Oh really? Thanks!" Hazen mengusap kepala Richard lalu beredar.

Dia memuncul satu portal lalu memasuki portal itu. Apabila dia keluar dia berada di taman bunga tempat dia menyoal Aveline.

"This is my daily routine from now. Sleep under tree.." Kata Hazen tersengih lalu duduk di bawah pokok tunggal yang berada di taman itu. Tak lama kemudian dia merebahkan badannnya. Dua buku sederhana tebal yang dibawa dijadikan sebagai bantal tidur.

"Sleep...Hah.."

Dia menutup matanya. Menikmati kesegaran udara di situ. Tidak lama kemudian dia terlelap.

************************

Aveline memasuki biliknya. Buku di tangan diletakkan di atas meja. Dia merebahkan badannya di atas tilam lalu memandang siling bilik itu.

"6 month. Haih.." Dia mengeluh.

Perasaan janggal hadir apabila dia bersendirian bersama dengan Hazen selama 6 bulan ini.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now