Chapter 63: Help Her Know Us Again

2.9K 253 20
                                    

Hazen menyandar di dinding. Dia masih lagi tercungap-cungap menahan kesakitan.

Alter juga turut berpeluh kerana dia juga baru sahaja selesai menyerap separuh kegelapan dari abangnya.

King Ashen dan Queen Lycera tiba di bilik tersebut. Tidak lama kemudian Altair, Helena dan Flora tiba. Mereka semua terkejut dengan keadaan yang berlaku.

"Abang! Kenapa ni!?" Soal Flora dengan cemas seraya menerpa ke arah Alter.

"Hah..Hah..No need..To worry about me.." Balas Alter tersengih walaupun kesakitan. Dia mengusap lembut kepala Flora.

"But-!?"

"Heal me with your Healing Magic." Arah Alter. Flora segera melakukan apa yang Alter suruh.

Manakala, Helena pula segera menerpa ke arah Hazen. Dia amat risau dengan keadaan Hazen sekarang ini.

Tabib diraja cuba untuk menyembuhkan Hazen namun, tidak berjaya.

Belum sempat keadaan reda, tetiba Aveline bangkit dengan mengejut. Dia segera menuju ke arah Hazen.

Helena segera mengundurkan dirinya kerana pelik kenapa Aveline bangkit dengan mengejut.

Satu mantera dibaca oleh Aveline. Secara mengejut kegelapan yang ada pada Hazen hilang begitu sahaja.

Tak lama kemudian, setelah semua kegelapan yang ada pada Hazen hilang, Aveline rebah kembali. King Ashen sempat menyambut gadis itu.

"Apa yang berlaku sebenarnya?"

*************************

Tiga hari berlalu, Hazen membuka kelopak matanya. Perkara pertama yang dia lihat adalah siling bilik.

Dia bangun dan duduk menyandar. Pandangan dialihkan ke kanan. Dia terkejut kerana Lycra dan Aveline turut tidak sedarkan diri di katil sebelahnya.

Dia segera berdiri dan menuju ke katil Aveline. Dia duduk di birai katil sambil mengusap pipi gadis itu.

"Kenapa Aveline ada di sini?" Soal Hazen pelik.

PRANG!

Hazen terdengar bunyi sesuatu yang jatuh. Kelihatan Helena sedang menekup mulutnya sambil hendak menangis.

"Helena? Kenapa jatuhkan pinggan yang berisi makanan? Kalau Aveline atau Lycra bangun macam mana?" Soal Hazen seraya datang dan mengutip sisa piring yang pecah.

"Abang Hazen...?" Soal Helena.

"Yes? Kenapa? Ada yang pelik?" Soal Hazen berdiri.

Helena tidak menjawab sebaliknya terus memeluk Hazen sambil menangis. Hazen terkejut namun, dia tersenyum tak lama kemudian. Dia mengusap lembut kepala Helena.

"Hey, tak payahlah nak nangis. Abang dah bangun ni.." Pujuk Hazen tersenyum.

"Helena rindu abang! Huwaa!"

"Haih budak bertuah ni.." Hazen hanya tersenyum sahaja.

Queen Lycera yang baru sahaja tiba turut memeluk Hazen. Lelaki itu kelihatan rimas dipeluk.

"Ergh. Can you guys stop it?" Arah Hazen.

Dia segera menuju ke almari. Dia memakai baju hitam.

"Mana ayah dan yang lain?" Soal Hazen.

"Err..Pasal tu.."

"Helena, you hiding something from me?" Soal Hazen.

BOOMM!!

Hazen terdengar satu bunyi letupan. Segera dia menuju ke beranda tingkap lalu melompat keluar. Queen Lycera menepuk dahinya manakala Helena pula mengeluh.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now