Chapter 23: Berpisah Buat Sementara Waktu

3.7K 283 12
                                    

Dua bulan berlalu. Keadaan Pekan Auntumn kembali kepada sedia kala. Ada di antara penduduk pekan itu masih tertanya-tanya siapakah gerangan yang menolong Pekan Auntumn.

Seperti biasa, rutin Hazen dan Aveline mengajar para pelajar tentang sihir dan bagaimana cara untuk menggunakannya.

"Baiklah, ini merupakan kerja rumah kamu sepanjang cuti 2 bulan ini. Cikgu nak lihat hasilnya 2 bulan lagi." Kata Hazen sambil menutup buku. Aveline pula hanya tersenyum sambil menyalin sesuatu di buku miliknya.

"Cikgu, mantera sihir ni panjang sangat..Susah nak hafal." Rungut seorang murid.

"Lah..Bukannya panjang sangat. Ada lagi panjang dari ni. Lagipun cikgu hanya beri kamu satu kerja rumah. Bukannya dua..Janganlah merungut.." Balas Hazen tersenyum.

"Tapi.."

"Kamu semua ingin menjadi ahli sihir terhebat, bukan? Kalau setakat mantera yang tak seberapa panjang begini pun kamu merungut, bagaimana kamu hendak menjadi ahli sihir yang hebat?" Kata Hazen.

"Ingat, tiada jalan pintas untuk mengecapi impian. Kamu mesti lalui suka duka dalam mengejar impian kamu." Sambung Hazen lagi. Aveline hanya mengangguk.

"Cikgu bolehlah sembang besar. Cikgu dah jadi 'Cikgu'."

"Kamu fikir semua makhluk dalam dunia ni lahir terus jadi hebat? Cikgu sendiri ada sejarah pahit sebelum menjadi cikgu." Balas Hazen dengan muka kosong.

"So, jangan merungut sihir panjang sangat. Lagipun kamu cuti dua bulan kot. Kamu boleh belajar sihir ni perlahan-lahan. Tak apa, cikgu takkan marah kalau kamu tidak berjaya menghafal sihir ni." Kata Hazen tersenyum.

"Cikgu! Cikgu nak buat apa cuti dua bulan ni?" Soal salah seorang murid perempuan.

"Windy..Hmm..Cikgu nak keluar dari pekan ni..Merantau dari pekan ke pekan." Balas Hazen tersenyum.

"Eh? Biar betul!?" Soal Windy terkejut.

"Yelah...Salah ke?" Soal Hazen pelik. Windy pantas menggeleng.

"Okay. Itu sahaja dari cikgu. Last word from me, happy holiday!" Ucap Hazen riang sebelum keluar dari kelas bersama Aveline.

"Awak, betul ke apa yang cakap kat murid kita?" Soal Aveline semasa mereka berdua berjalan melalui koridor kelas lain.

"Yeah. Saya nak keluar merantau kejap. Cari kontrak memburu." Balas Hazen.

"Hmmm..Mesti sunyi kalau tiada awak.." Kata Aveline dengan nada perlahan. Hazen tersenyum. Kepala gadis itu diusap perlahan.

"Hey, janganlah sedih. Kita berpisah untuk 2 bulan je kot. Tak perlulah nak sedih." Pujuk Hazen tersenyum.

"Kalau saya ikut awak boleh?" Soal Aveline.

"Jadi awak tak balik ke kampung awak?" Soal Hazen membuatkan Aveline terdiam.

"Awak mesti rindu hendak jumpa mereka, kan? Jadi, pulanglah ke kampung awak." Kata Hazen lagi.

"Tapi.."

"Tiada tapi.. Apa nama kampung awak?" Soal Hazen lagi.

"Spriggan Village." Balas Aveline perlahan..

"Spriggan Village eh?.." Soal Hazen sendirian sambil mengusap dagunya.

"Alright. Saya akan pastikan yang saya akan ke kampung tu." Kata Hazen tersengih.

"Betul ni?" Soal Aveline teruja.

"Yeap. Saya akan pastikan yang saya akan ke sana. So, awak tak payahlah nak sedih." Jawab Hazen.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now