Chapter 29: What Is Family Really Are

3.5K 301 29
                                    

"Aveline, sini kejap..."

"Ya? Ada apa ibu?"

"Tolong mak beli sayur dulu kat gerai Jonathan. Here, the money.."

"Okay! Saya pergi dulu ibu!"

Aveline keluar dari rumahnya apabila disuruh oleh ibunya untuk membeli sayur.

Suasana di kampungnya aman dan damai. Ayahnya tengah mengajar beberapa budak kecil cara menghayun pedang. Dia tersenyum melihat cara budak-budak itu menghayun.

Dia segera menuju ke arah tempat di mana dia disuruh.

"Hai Uncle Jonathan!" Tegur Aveline dengan ramah.

Seorang lelaki dalam lingkungan 50an tersenyum membalas teguran Aveline.

"Aveline! Hahaha! Kamu tak pergi memburu hari ni?" Soal Jonathan.

"Tak. Oh! Saya nak beli sayur kat gerai uncle. Ada yang fresh tak?"

"Ada! Pilihlah mana yang kamu suka.."

Aveline segera memilih sayur-sayuran yang dia rasakan masih segar. Setelah selesai memilih, dia segera membayar.

"Datang lagi kalau nak sayur yang segar!"

"Baiklah uncle!" Balas Aveline sebelum beredar.

"Hmmm..Ni ke Spriggan Village?" Soal seseorang.

Aveline segera memandang ke arah orang itu. Dia melopong melihat orang itu.

"Hazen? Its that you?" Soal Aveline dengan terkejut.

Orang itu segera memaling muka ke arah Aveline. Tak lama kemudian orang itu tersenyum.

"Yeah! Its me!" Balas Hazen tersenyum.

"Hazen!" Aveline segera memeluk Hazen. Penduduk kampung melihat Aveline yang memeluk seseorang yang tidak dikenali segera mengambil senjata.

"Aveline berundur!" Arah salah satu penduduk. Aveline terkejut.

"Eh?! Kenapa?!" Soal Aveline terkejut.

"Woah-woah! Hold on!!" Hazen segera mengangkat separuh kedua belah tangannya.

"Kamu ni siapa dan kenapa kamu datang ke sini! Jawab!"

"Saya Hazen. Saya seorang pemburu. Nak pergi ke Pekan Auntumn tapi singgah dulu kat sini nak beli beberapa bahan." Jelas Hazen.

"Kamu kenal dia, Aveline?"

"Kenal! Dia adalah kawan saya mengajar kat Auntumn!" Jawab Aveline dengan sedikit marah.

Penduduk lain segera menurunkan senjata mereka. Hazen mengeluh lega.

"Ada apa kecoh-kecoh ni?" Soal seseorang.

Aveline terkejut kerana yang menyoal itu adalah ayahnya sendiri.

*************************

"So, mind to explain who are you really are?"

Ayah Aveline menyoal dengan tegas. Mereka kini berada di ruang tamu rumah Aveline.

"Err..Perlu ke pak cik?" Soal Hazen. Ayah Aveline menghentak meja.

"Memanglah perlu! Kamu dah berpelukan depan orang kampung! Malu keluarga saya!"

"Okay-okay! Nama saya Hazen Siegfried. Saya seorang guru dan juga pemburu. Saya ialah kawan Aveline." Hazen memperkenalkan dirinya.

"Kawan? Kenapa kamu berpelukan?" Soal ayah Aveline sambil berpeluk tubuh.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now