Chapter 11: When Twins Got Drunk

4.1K 323 17
                                    

"Terima kasih banyak-banyak nak. Mak cik amat terhutang budi kat kamu." Ucap mak cik itu.

"Tak apa mak cik. Lagipun saya tak boleh tengok golongan warga emas dibuli." Balas Hazen tersenyum.

"Oh ya..Siapa nama mak cik ya?" Soal Hazen.

"Kamu boleh panggil Mak cik Tiara je."

"Oh. By the way, here, take this.." Hazen memberi seutas rantai kepada Mak cik Tiara.

"Eh..Tapi.."

"Mak cik amik je rantai ni. Kalau mak cik dalam keadaan bahaya, pegang rantai ni dan sebut nama saya." Kata Hazen.

"Siapa nama kamu, anak muda.."

"Panggil je saya Hazen."

"Oh.."

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Kata Hazen lalu beredar.

"Jom, Aveline.." Kata Hazen seraya membawa barang yang dibeli tadi.

"Aveline?" Soal Hazen apabila dia menyedari Aveline tiada di sisinya. Dia melihat kawasan sekeliling dan mendapati bahawa Aveline berada di belakang.

"Hey, Aveline?" Hazen menepuk bahu Aveline. Segera Aveline tersentak.

"Eh? Awak.."

"Kenapa dengan awak ni? Awak menghayal eh?" Soal Hazen.

"T-tak! Mana ada saya menghayal!" Tipu Aveline.

"Ceh, macam lah saya tak tahu..Jom balik.." Kata Hazen tersenyum. Aveline hanya mengangguk sahaja.

"Kenapa awak tolong mak cik yang jaga kedai posyen tu, Hazen?" Soal Aveline ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang.

"Nothing, just..Nak balas budi mak cik tu.." Balas Hazen.

"Budi?"

"Yeah. Waktu saya sampai kat pekan ni, kedai mak cik tu tempat saya bertanya arah.." Kata Hazen.

"Tapi, awak dah hidup lama, kan? Mustahil awak tak pernah pergi ke pekan ni.."

"Pernah, dalam 300 tahun dulu? Ntahlah..Saya pun tak beberapa ingat.." Kata Hazen lagi. Aveline mengangguk.

"Tapi.."

"Tapi..?"

"Awak boleh patahkan pedang dengan mudah! Its so damn awesome ya know!" Kata Aveline dengan mata yang bersinar-sinar.

"Really?! Hahahaha! Thanks!" Ucap Hazen sambil ketawa.

Mereka berdua berbual sambil menuju ke pintu gerbang akademi. Aveline juga bertanya bagaimana keadaan pekan ni dulu.

"Aveline? Hazen?" Soal seseorang memotong perbualan mereka.

"Yo! What's up, Edwin?" Soal Hazen selamba.

BOKKK!!

"Aduh! Senak perut aku.." Barang yang dipegang terlepas dari tangan apabila satu tumbukan mengena di perut.

"Edwin! Apa yang awak buat ni?!" Soal Aveline dengan marah sambil membantu Hazen bangun.

"Thats, for Aveline's tear! You made her cry, Hazen! You should pay for it!"

BAKKK!!

"Aduh!" Edwin terbuang ke belakang apabila tumbukan Aveline singgah di pipi.

"Kalau ya pun janganlah sampai nak bertumbuk!" Kata Aveline menyinga.

"Tapi dia buat kau menangis, Aveline.." Balas Edwin sambil bangun perlahan-lahan. Hazen mengusap perutnya lalu mengangkat kembali barang yang dibeli.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now