Chapter 9: I'm Fine. Don't Cry Okay?

4.3K 365 25
                                    

Bunyi burung-burung berkicauan kedengaran dari beranda. Matahari menimbulkan diri tanda hari sudah pagi.

Alter membuka matanya. Kepala dipalingkan ke kanan. Kelihatan Flora tidur nyenyak bersebelahanya. Dia memerhati ke arah katil Hazen. Abangnya itu tidak lagi berada di atas katil.

Pandangan dialihkan ke arah beranda. Kelihatan Hazen yang hanya memakai seluar kulit tanpa berbaju berdiri di beranda.

Alter bangun dari baring seraya meregangkan otot. Bunyi tulang kedengaran. Dia menggosok rambut putihnya itu lalu berdiri dan berjalan ke arah Hazen.

"Dah bangun? Ada sarapan kat atas meja di dapur tu. Pergilah sarapan dulu." Hazen menegur.

"Nantilah. Badan kau macam mana? Ok?" Soal Alter.

"Bolehlah. Ada rasa sengal-sengal sikit but, its okay." Balas Hazen.

"Kenapa kau tak berhati-hati, Hazen? Kau sepatutnya boleh pertahankan diri kau sendiri. Kenapa kau cuai sangat?"

"Dude, janganlah membebel awal pagi ni." Balas Hazen dengan dahi berkerut.

"Dah kau bengap sangat tak pandai jaga diri kau tu, aku bebel lah."

"Haih.."

"Kau tahu tak masa aku sampai kemarin, ada seorang perempuan ni menangis bagaikan tak ingat dunia. Dia sedaya upaya menyembuhkan luka di jantung kau."

"Kau maksudkan Aveline?" Soal Hazen.

"Yeah.."

"Hahaha! Salah aku juga tak serius sangat. Tak apalah, nanti aku nak berterima kasih kat Aveline." Kata Hazen tersenyum.

"Haih...nasib baik racun tu tak merebak. Kalau merebak juga? Kau yang susah, Hazen."

"My body is immune with all poison okay? I can't die too easily.." Balas Hazen.

"By the way, siapa awek bunian yang tidur kat sebelah kau tu?" Soal Hazen lagi.

"Tu isteri aku. Flora.." Balas Alter.

"Flora eh? Hmmm.." Hazen mengusap dagunya.

BAAAKKKK!!!

"KENAPA KAU KETUK AKU, LAHANAT!!??" Soal Alter marah apabila Hazen mengetuk kepalanya.

"YANG KAU KHAWIN TAK BERITAHU AKU TU KENAPA, SETAN??!!"

"AKU KHAWIN SECARA RUSH OKAY??! RUSH!!"

BOOFFFF!!

"JANGAN MEMEKAK BOLEH TAK??!! SAYA NAK TIDUR PUN TAK SENANG!! HMPH!"

Mereka berdua segera berhenti berbalah apabila kedua-duanya dihumban bantal oleh Flora.

"Dude, bini kau garang sangat..tahan juga kau eh dengan perangai baran bini kau tu?" Soal Hazen dengan sengihan sinis.

"Oh! Selepas beratus tahun aku tak jumpa kau, dan kau kata bini aku garang?! Kau tahu tak yang sembuhkan kau tu bini aku!"

"Don't care. Bini kau garang." Ejek Hazen. Alter mengetap gigi.

"KAU NAK GADUH KE, HANAT??!!"

"WHAT?! KAU MARAH KE?!"

"WIND FORCE!!"

"ARRGHHHHH!!!"

BOOOKKK!!!

"SEKALI LAGI SAYA DENGAR KAMU BERDUA BUAT BISING SAYA PERANGKAP KAMU DALAM TANAH!!"

Flora menengking memberi amaran dengan lantang. Hazen dan Alter pula sudah terbuang keluar akibat tolakan angin yang kuat. Mereka berdua terkebil-kebil.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now