Chapter 38: She Is The Last Heir?

3.4K 280 16
                                    

HAZEN POV

"Ini adalah pengakhiranku. Di sini tempatku bersemadi. Aku hendak engkau dengar. Kata-kata terakhir dariku. Satu hari, akan ada seseorang yang akan mengganti tempatku. Kuasaku, dan semua yang aku ada. Cepat atau lambat, cuma engkau yang dapat mencari perwarisku. Cari dan lindungi perwarisku. Itu amanahku kepada engkau, Hazen."

Aku terbangun dari tidur yang lena. Mimpi 500 tahun lalu kembali muncul di dalam kepala.

Haih...

Kata-kata tu. Aku masih ingat lagi rupanya. Sehingga sekarang aku masih lagi tertanya dan mencari siapa yang dimaksudkan.

Kaum Angel Valkyrian. Dan wanita yang memimpin kaum itu. Aishela namanya.

Perang 500 tahun lalu menyebabkan kaum itu pupus.

Pupus?

Aku tak pasti. Mungkin ada yang selamat dan bersembunyi. Who know? This world has keep many secret we don't know.

Sudahlah! Sekarang pun sudah malam. Lama betul aku tidur!

Dari pagi hingga malam. Aku rasa tiada siapa pernah tidur dari pagi hingga ke malam. I'm the first one! Hahahaha!

Aku tidur kerana aku penat. Bukan apa, setakat nak lawan tin kosong tu apalah sangat, kan? Tin kosong. Pijak sekali dah kemik.

Tapi, aku menggunakan Vengeance. To hold that creepy sword must have a lot of stamina.

Pedang yang menyimpan jiwa yang tidak tenteram. Aku sendiri seram bila memegangnya. Tapi kerana aku terpaksa. Walaupun cuma tin kosong, tong gas yang besar tu buat masalah.

Sudahlah. Malas nak aku fikirkan balik. Baik aku mandi dan keluar beli makanan.

Setelah beberapa minit berada di dalam bilik mandi, aku keluar dengan tuala menutupi bahagian bawahku.

Baju tipis dan seluar berwarna hitam aku sarungkan di badan. Kot kulit yang sudah koyak aku pandang.

Haih...

Kot tu dah berusia 500 tahun. Rasa macam sayang pula nak buang. Biarlah, esok aku cari baru.

Aku keluar dari bilik. Perut sudah bergoncang meminta dipenuhkan dengan makanan.

Eh?

Aku terkejut apabila Aveline muncul di depan aku secara mengejut.

"Aveline?"

"Awak pergi mana satu hari ni?" Soal Aveline.

"Tidur." Jawabku ringkas.

"Tidur?" Soal Aveline pelik.

"Ha'ah. Tidur. Baring kat atas katil dan pejamkan mata. Itu ialah tidur, kan? Kan? Kan?" Soalku sambil menyakat Aveline.

"Ye..." Balasnya sepatah.

Eh?

Tak pernah dia begini. Bad mood ke? Atau datang bulan? Hutangnya dengan aku belum langsai lagi.

"Kenapa cari saya?" Soalku.

"Raja Davis cari awak tahu tak? Dah seharian saya cari awak rupanya awak dalam bilik? Awak tak rakut ke Raja Davis marah?" Soal Aveline sambil mencekak pinggang.

"Jangan marah. Kita bincang." Pujuk aku.

"Apa bincang? Better awak pergi cepat sebelum dia marah!"

"Geez..No need to rush okay? I'm hungry. Jom! Temankan saya makan." Ajak aku tersenyum.

"Awak makanlah. Saya dah makan." Tolak Aveline.

Lah..Aku minta temankan kot. Bukan suruh dia bayar pun.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now