Chapter 26: Unexpected Meet

3.5K 308 24
                                    

"Tuan, macam mana ni?! Minatour tu datang secara berkumpulan! Sedangkan seekor Minatour susah pahlawan kita nak bunuh, apatah lagi lebih dari satu?!" Kata salah seorang penduduk kampung sambil memegang sebilah pedang.

"Aku sendiri akan ikut kamu semua menyerang makhluk kerbau tu!"

"Tapi tuan.."

"Tiada tapi..Get my sword now!"

"Let me handle this, father." Sampuk seseorang.

"Cathrine..." Ya, Cathrine datang bersama dengan tunangnya, Harry.

"Tapi.." Ayah Cathrine cuba membantah.

"Ayah balik rumah sekarang juga. Ayah tu dah tua..Umur dah 600 lebih. Kalau ayah cedera siapa yang susah? Mak juga, kan?"

"Haih..Tapi ayah risau.."

"Pak cik ikut je arahan anak pak cik ni. Jangan risaulah. Kami ni semua pemburu. Setakat calar di badan tu sudah biasa bagi kami." Sampuk Harry.

"Hmm..Baiklah. Pak cik harapkan kamu berdua dan juga orang kita untuk tumpaskan makhluk kerbau tu." Ayah Cathrine mengalah juga akhirnya. Cathrine tersenyum.

"Ayuh! Kita pertahankan kampung kita ni!" Kata Cathrine menjulang pedang.

"Ya!" Sahut puluhan penduduk kampung yang kesemuanya merupakan hunter bersedia dengan senjata masing-masing.

"Bersedia!" Laung Cathrine apabila kumpulan Minatour itu semakin menghampiri.

"AAAAAHHHHHHH!!!!"

BRRRRAAAMMMM!!!

Kumpulan Minatour yang ingin menuju ke kampung Cathrine terhenti apabila sesuatu terhempas di hadapan mereka. Debu tebal naik ke udara.

"Aduh! Tak guna punya cicak. Sakit badan aku kau kerjakan.." Kata seseorang dari dalam debu yang bertebangan.

Apabila debu semakin menghilang muncul seseorang dari tempat hempasan itu.

"Tak guna! Baru tadi aku dilemparkan naga dan sekarang sekumpulan Minatour jadi lawan aku? Great! Just great!"

Cathrine kenal suara itu. Dia berfikir suara itu milik siapa. Tak lama kemudian dia ingat siapa empunya suara itu.

"HAZEN?! IS THAT YOU?!" Laung Cathrine dari jauh. Orang itu segera memandang belakang.

"CATH? YO!" Tegur Hazen dengan tersengih.

"BEHIND YOU!!" Sampuk salah seorang dari penduduk.

Ya, semasa Hazen memandang belakang, naga yang melemparnya sudah bersedia menghembuskan nafas berapi.

Perasan akan tindakan yang bakal dilakukan oleh naga itu, Hazen segera membaca satu mantera.

"ŞHÌEĹDË!!"

Muncul satu pelindung yang besar seusai Hazen melafazkan mantera sihir.

RRROOOOAAHHHH!!

Kumpulan Minatour yang ingin menyerang kampung Cathrine habis terbakar akibat hembusan api naga yang menyerang Hazen! Pemuda itu hanya bertahan dengan pelindung yang dia cipta.

"Fuh!" Hazen mengesat peluh di dahi apabila semburan api dari naga itu berhenti.

"Siapa dia tu, Cathrine? Kau kenal dia?" Soal Harry.

"Kenal..Kenal sangat. Kau ingat aku cerita ada seorang guru baru di tempat aku mengajar?" Soal Cathrine. Harry mengangguk.

"Tu lah orangnya.." Sambung Cathrine. Harry hanya mengangguk sekali lagi.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now