Chapter 35: I'm Gonna Protect You

3.2K 285 17
                                    

Hazen berjalan merentasi lautan manusia dan juga makhluk-makhluk lain.

Wajahnya kelihatan begitu serius. Penduduk yang terserempak dengan lelaki itu mengerut dahi serta menjauhkan diri. Mungkin juga takut kerana wajah Hazen seperti pemangsa yang lapar.

Hazen tidak mengendahkan penduduk yang menjauhkan diri darinya. Dalam fikirannya macam mana dia hendak pertahankan pekan ni tanpa mengorbankan satu nyawa.

Kalau hendak disuruh tentera pekan ni berperang dengan robot, sudah semestinya tentera pekan ni akan kehilangan nyawa. Senjata yang ada pada robot terlalu canggih bagi manusia biasa untuk lawan.

Kenapa Arthuria kata bahawa Kerajaan Elkia dapat memusnahkan robot ini suatu ketika dahulu kerana mereka ditolong oleh Oracle. Setiap seorang daripada berjuta orang tentera Kerajaan Elkia mempunyai pelindung yang cukup kuat untuk menahan serangan daripada robot.

Mengenangkan tentang Oracle, mesti dia dapat membantu. Tetapi malangnya, Oracle juga turut terkorban oleh Hazen. Lelaki itu mengeluh.

Harapannya sekarang bergantung kepada Marcuz. Dia mengharap ahli sihir yang terkenal di Pekan Auntumn itu dapat mencipta pelindung yang cukup kuat.

Hazen menghela nafas. Kali ini helaan nafasnya agak berat. Dia kini berada di pintu gerbang akademi.

"Aku kena beritahu sekarang." Dia berjalan menuju ke bilik Pengetua Holten. Cathrine yang terlihat Hazen dari jauh hairan kenapa muka Hazen begitu serius.

Akhirnya, Hazen tiba di pintu bilik Pengetua Holten. Pintu bilik diketuk lalu lelaki itu masuk tanpa menunggu balasan dari pengetua akademi itu.

"Mr Siegfried. Kenapa ni? Ada sesuatu yang berlaku?" Soal Pengetua Holten dengan tenang. Di tangannya memegang sehelai kertas.

"Sesuatu yang buruk bakal berlaku, Pengetua Holten." Balas Hazen serius.

"Sesuatu yang buruk? Kamu biar betul. Baru beberapa bulan lalu Pekan Auntumn hampir musnah akibat Pekan Izthur dan kali ni ada yang menyerang Auntumn lagi?" Soal Pengetua Holten dengan serius.

"Izthur has fallen. Something beyond that town make Izthur destroyed." Kata Hazen serius.

"Kamu biar betul?! Izthur dah musnah?!" Pengetua Holten berdiri. Terkejut dengan kata-kata Hazen.

"Pengetua fikir saya menipu? Begini, esok pagi saya nak pengetua kumpulkan semua murid di akademi ini dan semua guru-guru juga. Arahkan mereka semua menuju ke halaman istana.

"Jadi kamu?"

"Saya akan berperang." Balas Hazen lalu mengorak langkah keluar.

"Mr Siegfried. Wait..."

"What?"

"Kenapa kamu sanggup pertahankan pekan ni. I mean, its easy for you to run away. Far away from this town but, why you stay and decide to fight against that?" Soal Pengetua Holten dengan penuh tanda tanya.

Mendengar soalan Pengetua Holten, Hazen tersenyum kelat. Telapak tangan dilihat lalu dia menghela nafas.

"Just say, I can't let this town destroyed. Yes, I'm a traveler. An adventurer. A teacher. But, I'm also a fighter. A hunter. I can fight. Besides, there are someone I want to protect." Balas Hazen tersenyum kelat lalu keluar.

Pengetua Holten duduk kembali di kerusi. Rokok paip di celah bibir diletakkan di tempat yang tersedia. Asap rokok naik ke ruang bilik.

"Someone you want to protect, huh? Then, she is the luckiest girl to have you. As her lover.."

Hazen berjalan melintasi lorong sunyi. Fikirannya melayang tentang perkara 600 tahun lalu.

FLASHBACK

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now