Chapter 30: Just Both Of Us

3.6K 277 13
                                    

"Jaga diri kamu berdua." Ucap ayah Aveline.

"Ayah tu..Jaga kesihatan ayah." Balas Aveline. Hazen yang berada di sisi tersenyum sahaja.

"Kami gerak dulu pak cik." Sampuk Hazen.

"Ah. Yalah.." Balas ayah Aveline.

Hazen dan Aveline berjalan keluar dari Spriggan Village dengan berjalan kaki.

Bunyi burung berkicauan menjadi lagu ketika mereka di dalam hutan.

"Hazen.." Panggil Aveline setelah mereka berdua berdiam diri.

"Yes?"

"Kenapa kita pulang awal? Bukan ada dua hari lagi ke sebelum cuti habis?" Soal Aveline.

"Awak tak terfikir nak kemas bilik berhabuk yang awak tinggalkan selama dua bulan?" Soal Hazen menjawab pertanyaan Aveline tadi.

Gadis itu hanya mampu tersengih. Hazen hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Hazen, boleh ceritakan jalan hidup awak selama ni? Awak dah hidup beratus tahun, kan? Apa salahnya kongsi pengalaman.." Pinta Aveline dengan muka comel.

"Awak nak tahu yang mana satu? Yang manis atau pahit?"

"Keduanya sekali.."

"Baiklah..Ehem!" Hazen mengemaskan kot kulitnya.

"First saya akan cerita pasal dunia.."

"Dunia?" Soal Aveline pelik.

"Yup dunia."

"Ok. Ceritalah..Saya nak dengar."

"Dunia ni tua daripada saya. Dunia ni juga telah menyimpan 1001 rahsia yang kita tidak tahu. Yes! Dunia ni cantik. Tapi, disebalik kecantikan tersembunyi keburukannya."

"Maksud awak?" Soal Aveline.

"Maksud saya..Di sebalik tempat cantik yang berada di dunia ni, terdapat tempat yang orang tidak boleh jejaki." Balas Hazen.

"Oh..Sambunglah.."

"Awak tahukan umur saya berapa?" Soap Hazen.

"Yup. 630 tahun.."

"Dan selama itulah...Saya mempelajari banyak pengalaman. Bagaimana rasanya menjadi seorang jeneral perang, menjadi seorang guru dan juga bercinta.." Hazen memperlahan suaranya di hujung ayat.

"Apa awak cakap? Saya tak dengarlah.."

"Tak...Tak ada apa-apa.."

"Ok..Jadi sambunglah.."

Hazen menceritakan pengalamannya selama dia hidup kepada Aveline. Gadis itu tekun mendengar cerita yang disampaikan oleh Hazen sehingga dia tidak sedar yang Hazen telah menggunakan teleport untuk pergi ke kawasan berdekatan dengan Pekan Auntumn.

"Kita stop dulu..Saya lapar..Nak makan.." Hazen memberhentikan ceritanya ketika dia merasakan perutnya meminta untuk diisikan.

Mereka berdua mengambil keputusan untuk berehat di kawasan berdekatan dengan sebuah tasik besar. Hazen duduk di bawah sebatang pokok.

"Hey, Hazen..Do you love me?" Soal Aveline dengan manja. Hazen mengerutkan dahinya.

"Dah kenapa pula awak tanya soalan begitu?" Soal Hazen.

"Alah..Jawab jelah.."

"Nantilah. Perut saya dah lapar ni.."

"Awak lebih pentingkan perut awak daripada hubungan kita?"

"Of course! Bila kita lapar, kita tak akan ada tenaga untuk berlawan. Sebab itulah penting untuk kita mengisi perut kita." Aveline terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh Hazen.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now