Chapter 56: Shocking News

3K 270 23
                                    

Di satu tempat. Kehidupan penduduknya seperti kerajaan lain. Kanak-kanak bermain dengan riang, Penduduk berkerja dan juga penduduk yang sibuk membeli-belah.

Seseorang sedang memerhati penduduknya dari istana miliknya. Rambut putih pendek dan umurnya kelihatan dia sudah tua.

"Honey, I was searching for you." Tegur seseorang dari belakang. Lelaki itu memalingkan badannya.

"Oh, Queen Lycera. Kenapa cari abang ni?" Soal lelaki itu.

"I think its time to call them back to here.." Balas wanita yang dipanggil Queen Lycera.

Lelaki itu mengeluh. Dia segera duduk di sofa. Rambut putih pendek diusap ke belakang.

"Lycera yakin mereka tidak terkejut melihat kita berdua? Yalah, kita dah tinggalkan mereka berdua untuk beratus tahun lamanya. Abang takut, mereka tidak boleh terima hakikat." Kata lelaki itu.

"King Ashen, The Great Emperor of Ashenian Kingdom. Are you afraid?" Soal Queen Lycera. Lelaki yang dipanggil sebagai King Ashen itu mengangguk.

"Why?"

"Lycera sendiri lihat betapa kuatnya kuasa Hazen, kan? Lycera tak risau bila dia tukarkan kerajaan ni jadi debu?" Soal King Ashen.

"Itu tak jadi masalah. Kita boleh pujuk dia perlahan-lahan. Lagipun, Alter mesti faham." Balas Queen Lycera.

"But-"

"No but. Lagipun cuma Hazen yang dapat bawa kembali Lycra dari Dark World. Cuma dia harapan kita. Hanya dia yang ada kuasa yang cukup kuat nak lawan kakaknya." Queen Lycera pantas memotong kata-kata suaminya.

"Hmmm...Bila Lycera nak jemput Hazen dan Alter?" Soal King Ashen.

"Ayah dan ibu tak perlu susahkan diri nak jemput mereka berdua. Biar Altair yang jemput mereka berdua. Altair akan minta tolong Helena untuk temankan Altair. Lagipun, Altair nak uji betapa kuatnya kuasa abang Altair." Sampuk seseorang.

Queen Lycera dan King Ashen terkejut dengan kedatangan anak mereka, Altair.

"Altair, kamu pasti nak jemput? Kalau betul ayah boleh harapkan kamu dan adik kamu untuk jemput abang kamu berdua. Tapi tolong..Jangan cabar abang kamu yang sulung bertarung. Kuasanya di luar jangkaan kamu." Nasihat King Ashen.

Altair tersengih. Dua bilah pedang yang tersisip di belakang dikemaskan.

"Heh! Itu Altair tak janji, ayah. Kalau mereka berdua berdegil, Altair terpaksa gunakan kekerasan." Balas Altair.

BAAKK!!

"Aduh!!" Altair mengusap kepala setelah kepala diketuk oleh seseorang.

"Abang dah gila nak bertarung dengan Abang Hazen?! Walaupun abang sama dengan Abang Hazen tapi kuasa Abang Hazen adalah paling kuat antara kita semua." Marah seseorang.

"Habistu, Kakak Lycra nak letak mana, Helena?" Soal Altair.

"Kakak Lycra dan Abang Hazen sama kuatlah! Hmph!" Balas Helena lalu memaling muka ke arah lain.

"Macam mana Helena tahu yang abang kita yang sulung kuat? Mana buktinya?" Soal Altair.

Helena mengeluh. Dia mengeluarkan satu bebola warna hitam. Tetiba bebola itu memancarkan bukti yang Altair mahu.

"Abang lihat ni. Ini ada Abang Hazen yang bertarung dengan sisi gelapnya. Abang lihat betapa kuatnya Abang Hazen. Hanya satu libasan boleh menghancurkan satu kerajaan besar." Kata Helena.

Altair sendiri meneguk air liur melihat kuasa Hazen. Queen Lycera dan King Ashen menggelengkan kepala melihat perangai anak mereka.

"Kita cuba pujuk mereka berdua, Abang Altair. Lagipun ini untuk kebaikan Kakak Lycra juga. Abang tak rindu ke zaman kita kanak-kanak? Kita lima adik beradik bermain bersama?" Soal Helena perlahan.

Altair mengeluh. Kepala Helena dia usap perlahan.

"Baiklah kita cuba pujuk mereka berdua. Abang pun rindu nak bertegur dengan mereka berdua lagi." Balas Altair tersenyum. Dia kemudian serius memandang Queen Lycera dan King Ashen.

"Ayah dan ibu boleh harapkan kami berdua untuk jemput Hazen dan Alter." Kata Altair serius.

Queen Lycera dan King Ashen berpandangan sesama sendiri lalu mereka berdua tersenyum. King Ashen mengangguk.

"Baiklah. Putera Altair, Puteri Helena, kamu berdua akan menggalas tugas untuk membawa kembali Raja Hazen dan Putera Alter kembali ke Kerajaan Ashenian." Kata King Ashen serius lalu satu portal terbuka.

"Raja?" Soal Altair pelik.

"Oh. Abang Hazen juga pernah menjadi raja di sebuah kerajaan bernama Elkia sekitar 500 tahun lalu." Balas Helena.

"Hah?!" Altair terkejut.

"Dah jom!" Helena menolak Altair ke dalam portal.

"Ayah, ibu..Doakan kami berdua ya?" Pinta Helena sebelum dia turut memasuki portal.

Pada masa yang sama, Hazen sedang berjalan berdua-duaan dengan Aveline. Mereka berdua kelihatan rancak berbual.

"Awak masih lagi sedih?" Soal Aveline risau.

"Mestilah saya masih sedih. Tapi, saya nak move on. Biarlah kesedihan ini pergi dengan sendiri." Balas Hazen tersenyum.

Aveline memegang tangan Hazen. Dia masih juga risau dengan Hazen.

"Awak jangan risau eh? Kalau awak ada apa-apa. Pastikan yang saya tahu." Kata Aveline.

"Geez. You think I'm still kid? I'm hundreds years old than you." Balas Hazen tersengih.

"But-"

Aveline terhenti apabila Hazen mengucup bibirnya. Orang ramai mula bersorak dan bertepuk tangan.

"Tak perlu risaukan diri saya. Risaukan diri awak dulu." Balas Hazen.

"Okay. Boleh kita beredar dari tempat ni? Saya malu." Pinta Aveline dengan muka merah padam.

"Ok! Kita beredar!" Kata Hazen cemas lalu mereka berdua hilang dari pandangan.

Kemudian, mereka berdua muncul di hadapan sebuah kafé. Aveline menghela nafas lega.

"Kalau ya pun janganlah di tempat orang ramai. Saya malu." Kata Aveline perlahan.

"Hehehe...I'm sorry. Your face too cute for me. I can't resist..."

"Hah! Tu pun kau Hazen. Kau nak ke mana hah?!" Alter dari jauh berlari ke arah mereka berdua dengan muka yang mengerikan. Aveline segera ke belakang Hazen.

"Hello, my brother.." Tegur seseorang dari belakang.

Hazen segera berpaling ke belakang. Alter juga menghentikan lariannya dan berjalan perlahan-lahan ke arah Hazen.

"Excuse me, brother? I don't know both of you." Balas Hazen serius. Aura mula dikeluarkan.

"Greeting, I'm Altair and this is Helena." Altair dan Helena memperkenalkan diri mereka.

"Altair? Helena? Tak pernah dengar pun. Hey, Alter. Kau pernah dengan nama mereka berdua?" Soal Hazen.

"Ntah. Aku tak pernah dengar pun." Balas Alter.

"Abang Hazen dan Abang Alter, kamu berdua ialah abang kepada kami berdua." Kata Helena.

Aveline terkejut. Hazen dan Alter? Mereka berdua melopong.

"Kami...Abang kamu?" Soal Alter tidak percaya.

"Yup." Balas Helena.

"EEEEHHHHHHHH???!!!!"

*************************

Yo! Terkejut? Muahahahaha!! Uhuk! Uhuk! Ehem! So, macam mana dengan bab ni? Mesti terkejut sebab Hazen dan Alter ada ibu bapa dan adik beradik. Jujurlah aku katakan, pada awal jalan cerita, aku memang nak buat si hazen ni bertarung dengan bapanya tapi...aku ubah. Hazen akan bertarung dengan adiknya, Lycra. Interesting huh? Well, aku still fikirkan jalan ceritanya. Jadi, teruskan menunggu untuk bab yang seterusnya. Hahaha! Lagi satu, komen kalau ada kesalahan okay? Chow!

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat