Chapter 18: Let Me Fight

3.8K 310 16
                                    

Hazen keluar dari gelanggang Colloseum dengan sebunjut beg yang besar dan berat. Dia tersengih melihat hasil kemenangannya.

Dia memberi hasilnya itu kepada Aveline dan Cathrine. Dua orang gadis itu terkejut.

"Kenapa kau bagi kami? Ni kan hasil titik peluh kau." Soal Cathrine.

"Korang amik lah gold tu. Bagi sama rata. Simpanan gold aku dah banyak." Balas Hazen.

"Sure ni?" Soal Aveline.

"Yup." Balas Hazen.

"Thanks..!"

"KEPADA PEMENANG PERLAWANAN TADI, TUANKU DAVIS INGIN BERJUMPA!!"

"Asal dia nak jumpa aku?" Soal Hazen sendirian.

"Pergi jelah. Mana tahu penting.." Kata Aveline.

"Yup. Mana tahu kau jadi jeneral perang bagi pekan ni ke?" Tambah Cathrine.

"Hell no! Aku tak minat pegang gelaran jeneral perang pekan ni. Cukuplah aku pegang gelaran tu 500 tahun dulu."

"Eh? Biar betul?" Soal Cathrine tidak percaya.

"Kau fikir aku dah berapa lama hidup?" Soal Hazen dengan riak muka kosong.

"Err..Hehe.." Cathrine tersengih bagaikan kerang busuk.

"Pergilah..Raja Davis mungkin dah sampai kat istana." Kata Aveline.

"Eh? Dia pulang awal ke?" Soal Hazen. Aveline mengangguk.

"Haih..Korang baliklah dulu. Aku nak jumpa dengan Raja Davis kejap." Kata Hazen lalu beredar.

"So Aveline..Dalam beg ni ada 200 000 gold. Kalau kita bagi dua setiap seorang akan dapat 100 000 gold. Persoalannya, kita nak buat apa dengan gold sebanyak ni?" Soal Cathrine.

"Hmm...Simpan. Tak lama lagi nak cuti. Better bagi mak ayah. Dan awak tu, dah ada gold yang banyak kenalah simpan. Awak tu dah bertunang. Esok lusa dah nak khawin. Better simpan untuk hari perkhawinan." Balas Aveline sambil menyelitkan nasihat.

"Hmmm..Yelah.."

*******

HAZEN POV

Aku berjalan memasuki perkarangan istana.

Hmmm...

Kenapa pula raja pekan ni nak jumpa aku? Aku ada buat salah ke?

Raja pekan ni anjurkan perlawanan di Colloseum mungkin untuk cari tentera yang berbakat.

Oh ya! Baru aku ingat! Cath ada kata yang raja pekan ni mencari tentera berbakat. But, biarlah sana..Better aku jadi cikgu je..

Aku berjalan melalui lorong mewah. Aku agak kagum kerana hiasan dalaman bagi istana ini telah diubah. Setahu aku, 500 tahun lalu bukan begini hiasan dalam istana ini.

"Encik ni siapa? Ada urusan ke? Kalau tak ada sila keluar." Seorang dayang istana menegur aku dengan sedikit tegas. Aku tersenyum.

"Tak..Raja Davis panggil saya untuk berjumpa.." Aku membalas dengan sopan.

"Atas urusan apa?" Soal dayang istana itu lagi.

"Ntah tak ingat." Bagus Hazen! Jawapan yang berikan akan membuatkan dia lebih sangsi! Bagus! Cukup bagus!

"Tak ingat? Kalau begitu awak boleh keluar sebelum-"

"Lesya..Tak baik layan tetamu macam tu.." Tegur seseorang.

Dayang istana tadi terus menunduk.

"Maafkan patik tuanku."

"Tak apalah. Beta maafkan. Sekarang, pergilah siapkan kerja kamu."

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now