Chapter 24: Alone Again

3.5K 291 9
                                    

Hazen tiba di Kampung Frozent. Dia memasuki kampung itu lalu mencari bar.

"Howdy! Howdy! Give me more!" Bunyi orang mabuk kedengaran apabila dia masuk ke dalam sebuah bar di kampung itu.

Dia segera duduk berdekatan sebuah tingkap lalu memesan arak.

Orang yang berada di dalam bar itu menjeling ke arahnya. Seorang pelayan lelaki datang ke arah meja Hazen.

"Sini ada kontrak memburu?" Soal Hazen.

"Ya tuan. Seekor Yeti selalu datang ke kampung ni." Balas pelayan lelaki itu.

"Berapa gold yang ditawarkan jika Yeti itu dapat dibunuh?" Soal Hazen lagi.

"5000 gold tuan."

"Baiklah. Aku akan pergi buru Yeti. Sediakan 5000 gold untuk aku."

"Ta-tapi tuan. Setakat ni, tiada satu pemburu pun yang dapat tumpaskan Yeti tu.."

"Jangan risaulah..Sediakan 5000 gold untuk aku." Hazen menghabiskan tegukan arak yang terakhir.

Dia menyerahkan dua keping syiling emas kepada pelayan lelaki itu.

"Oi si mata satu! Kau nak pergi buru Yeti tu ke?!" Soal salah seorang daripada pelanggan di dalam bar itu. Hazen tersengih.

"Yup. Aku nak pergi buru Yeti. Kenapa? Ada masalah?" Soal Hazen sinis.

"Kau tak tahu? Sudah ramai pemburu yang cuba bunuh makhluk tak guna tu. Tapi, mereka pulang dengan tangan kosong. Malah, ada yang tercedera.."

"Well..We'll see about that."

"So, seorang lagi nak pergi buru Yeti!" Sorak orang itu. Sorakannya disambut oleh pelanggan yang lain.

"Heh.." Hazen tersengih lalu keluar dari bar itu. Dia mengemaskan kot kulit di badan.

"Hècţo.." Hazen menyebut satu mantera sihir. Badannya bersinar kemerahan lalu sinaran itu hilang.

"Ah..Baru tak rasa sejuk." Kata Hazen sendirian. Dia memulakan perjalanannya ke puncak Frozen Mount kerana dikatakan terdapat sebuah gua yang menjadi tempat tinggal Yeti.

Sejam perjalanan. Hazen baru berada di pertengahan perjalanan. Dia melihat ke arah kiri. Salji lebat mengaburkan pandangan tetapi Hazen dapat lihat dengan jelas tengkorak manusia gergasi yang tersadai di gunung bersebelahan dengan sebilah pedang bersaiz amat gergasi terpacak di tengah tengkorak manusia gergasi itu.

"This world has keep many secrets for sure.." Katanya sendirian.

Hazen meneruskan perjalanannya sehingga dia tiba di puncak gunung tersebut. Sebuah gua terpampang di depan mata.

Hazen segera mengambil pedang besar miliknya lalu memasuki gua tersebut.

PANG! PANG!

"Oi Yeti! Keluarlah! Aku datang nak buru kau! Keluarlah! Janganlah malu-malu!" Jerit Hazen sambil mengetuk pedang besarnya di dinding gua. Suaranya bergema di dalam gua itu.

GRRR! GRROOAAHHH!!!

Satu ngauman kedengaran dari dalam gua. Hazen tersengih sinis. Hulu pedang besar digenggam erat.

"Here come the beast.."

DUM! DUM!

BRRRAAKKK!!!

Hazen terbuang ke belakang apabila Yeti itu meluru ke arahnya lalu menumbuk Hazen! Pemuda itu berpusing di udara lalu mendarat dengan selamat.

GGRROOOAAHHHH!!

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now