Chapter 28: Four Ancient Creature

3.4K 307 34
                                    

"Terima kasih kerana memberikan saya tempat perlindungan." Ucap Hazen tersenyum.

Dia kini berada di pintu masuk ke Kampung Elph. Fary, Cathrine dan Harry hanya tersenyum.

"Kau sure nak pergi ni?" Soal Cathrine.

"Yeah..Lagipun tinggal beberapa minggu lagi buka sekolah, kan?"

"Kau nak pergi mana lepas ni..?" Soal Harry pula.

"Pergi ke Kerajaan Lexia. Nak cari kontrak memburu. Lepastu nak pergi ke Knowhere. Lastly, Spriggan Village. And then, baru aku balik ke Pekan Auntumn."

"Pastikan yang kamu selamat." Kata Fary sambil menepuk bahu Hazen.

"I will.." Balas Hazen tersenyum.

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya gerak dulu. Semoga kita berjumpa lagi." Ucap Hazen lalu berjalan keluar dari Elph Village.

"Hazen!" Panggil Cathrine. Hazen segera memandang belakang.

"Kau pergi ke Spriggan Village, kan?" Hazen mengangguk.

"Kirim salam aku kat dia.."

"I will.." Balas Hazen lalu memunculkan sebuah portal kemudian memasuki portal ciptaannya.

"Ayah.." Panggil Cathrine.

"Yes?"

"Ayah dan Hazen pernah berjumpa ke? Dan kenapa ayah kata Hazen tu raja?" Soal Cathrine.

"Tak. Ayah salah orang. Yes, ayah memang kenal Hazen. Kami pernah berperang bersama semasa Perang Tiga Bangsa ataupun lebih dikenali sebagai The Great War." Balas Fary memberi dalih.

Harry dan Cathrine terkejut. Tak sangka rupanya Hazen pernah mengikuti The Great War.

"Its mean.."

"Yeah..Selain ayah, Hazen adalah salah satu yang terselamat."

*************************

Hazen tiba di pintu gerbang Kerajaan Lexia. Orang ramai masuk dan keluar dari pintu gerbang kerajaan itu.

Hazen tersenyum lalu memasuki kerajaan itu. Bunyi peniaga menjual barang membingitkan telinga. Tak kurang juga kanak-kanak yang bermain sesama sendiri sambil bergelak ketawa.

Sebatang rokok diselitkan dicelah bibir lalu dinyalakan. Matanya meliar memerhati kawasan sekeliling.

"TOLONG PENCURI!!"

Hazen pantas menoleh ke arah kanan. Ya, seorang pencuri sedang menuju ke arahnya.

Dia dengan lagak yang selamba menaikan sedikit kakinya. Pencuri itu terus tersandung lalu jatuh macam nangka busuk. Dia ingin bangun semula tetapi sebilah pedang besar terpacak betul-betul dekat dengan mukanya.

"Tak baik mencuri. Bagus kau masuk tentera kerajaan ni." Tegur seseorang. Pencuri itu melihat ke arah muka si penegur. Kelihatan Hazen dengan muka selambanya sedang memegang hulu pedang.

"Tapi.."

"Lol! Tak payah nak beri alasan. Kau tak perlukan kelulusan universiti kalau kau nak jadi tentera." Balas Hazen.

"Sekarang, better kau pulangkan barang yang kau curi..." Hazen menadahkan tangannya.

Beberapa utas rantai emas dan beberapa butir permata berada di telapak tangan Hazen.

"To-tolong. Jangan apa-apakan aku!" Rayu si pencuri.

"Aku tak akan apa-apakan kau. Tapi cuba kau lihat belakang.." Pencuri itu menurut arah Hazen.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now