Chapter 68: Summoning The 5 Dark Soul Commander

2.9K 256 8
                                    

Aveline keluar dari biliknya. Dia memakai pakaian biasa sahaja. Dia merayau sekitar istana memandang dia tidak tahu lagi selok-belok istana.

"Aveline? Kamu nak ke mana?" Soal seseorang dari belakang. Aveline segera menoleh. Kelihatan Queen Lycera berserta Lycra dan Helena tersenyum memandangnya.

"Tengah cari jalan keluar. Saya rasa saya dah sesat ni.." Balas Aveline janggal sambil menggosok belakang kepala.

"Betul tengah sesat? Ke tengah cari kekasih hati?" Sakat Helena tersengih sinis.

"Eh!? M-m-mana ada!" Balas Aveline gugup. Pipinya memerah.

"Jom! Saya temankan awak pergi jumpa Abang Hazen." Kata Helena seraya menarik lengan Aveline.

"Ibu, Helena dan Lycra bawa dulu Aveline berjumpa dengan Abang Hazen." Kata Helena.

"Pergilah. Abang kamu ada kat Colloseum." Kata Queen Lycera lalu beredar menuju ke biliknya.

"Jom!" Kata Helena.

"Hazen buat apa kat Colloseum?" Soal Aveline.

"Training." Sampuk Lycra.

"Training?"

************************

"Fokus, Altair! Jangan jadi ayam mati kat gelanggang! Gunakan kedua-dua tangan kau!"

"Aku tahulah! Kau sendiri turun lawan dengan dia kalau kau dapat!"

"Aku dah berlatih dengan dia beratus tahun!"

"Grrrr!!"

"Macam mana kau nak jadi putera yang disegani kalau serangan ini pun kau tak dapat?!"

Kelihatan Alter yang memarahi Altair yang berada di dalam gelanggang. Flora yang berada di sebelah Alter hanya menggelengkan kepala. Hazen yang berada di hadapan Altair hanya tersenyum. Ya, nampaknya Hazen adalah lawan kepada Altair.

"Come to me again, Altair." Kata Hazen tenang.

"Baiklah..." Dua bilah pedang berkembar diputar.

"HIYYAARGHH!!"

TINGG!!

Hazen menahan serangan itu menggunakan tangan kosong. Dia menolak Altair ke belakang lalu meluru ke arah Altair sebelum menendang perut Altair yang menyebabkan Altair terbuang ke belakang.

"You're not focus, Altair. Your heart full of rage. Control your rage. Stay calm and read the enemy moves. Create the strategy and beat the enemy. Remember, Altair. Stay calm and focus.." Kata Hazen.

"Now, come to me again." Sambung Hazen.

"HIYAARGH!!"

Alter dan Flora hanya memerhati Hazen melatih Altair. Mereka tidak perasan kedatangan Aveline, Lycra dan Helena.

"Abang Alter!" Tegur Helena ramah.

"Opocot mak kau belut! Haih! Helena..Boleh tak tegur bagus sikit! Nak luruh jantung abang ni!" Kata Alter geram seraya mengusap dadanya. Helena tersengih sahaja.

"Tehe! Sorry. By the way, ni hah, Helena dan Lycra bawa Aveline jumpa Abang Hazen." Balas Helena seraya duduk diikuti Aveline dan Lycra.

"Tunggu kejap lagi. Ni hah, si Hazen tengah latih si Altair ni." Kata Alter.

Kelihatan Altair hanya terbuang dan terus terbuang ke belakang. Langsung tidak ada peluang untuk mendesak.

"Altair langsung tiada peluang untuk desak Abang Hazen ke belakang." Kata Lycra.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now