Chapter 21: I Found Someone Special

3.7K 301 14
                                    

Bulan menunjukkan diri di angkasa apabila hari sudah malam. Penduduk Pekan Auntumn berpesta kerana pekan mereka tidak hancur akibat serangan Pekan Izthur.

Aveline menuju ke bilik Hazen. Hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu berada di biliknya.

Tok! Tok!

"Hazen?" Aveline mengetuk pintu bilik pemuda itu. Tak lama kemudian pintu bilik terbuka. Kelihatan Hazen dengan hanya memakai seluar kulit berwarna hitam dan tidak berbaju. Muka Aveline memerah apabila melihat tubuh badan Hazen.

"Hmmm? Oh, Aveline. Good morning. Huaahh! What you want from me?" Soal Hazen dalam keadaan separa bangun.

"Good morning? Its already night, Hazen. Wake up. King Davis want to meet you." Balas Aveline sambil mencekak pinggang.

Hazen tersentak, dia memerhati keadaan sekeliling. Dia menggosok matanya.

"Lah..Malam rupanya. Lama kot aku tidur." Katanya sendirian.

"Hurry up, Hazen. I'll be waiting." Kata Aveline.

"Give me 10 minutes." Balas Hazen lalu dia menutup pintu biliknya.

Aveline mengangguk lalu berdiri di hadapan pintu bilik Hazen sambil melihat bulan di angkasa.

"If I can get closer.." Kata Aveline sendirian.

"Aveline? Apa awak buat depan bilik Hazen?" Tegur seseorang.

"Edwin...Tak, saya tengah tunggu Hazen sebenarnya. King Davis nak jumpa dia." Balas Aveline.

"Oh. Awak tak pergi halaman istana?" Soal Edwin lagi.

"Dah saya temankan Hazen jumpa King Davis, mestilah saya pergi ke sana." Balas Aveline dengan muka kosong.

"Lah..Ye ke? Heheh.." Edwin hanya mampu menggosok belakang kepala sambil tersengih macam kerang busuk.

"Aveline, lets go..Eh? Edwin?" Sampuk Hazen tertiba.

"Yo! Satu hari aku tak nampak muka kau." Tegur Edwin.

"Aku ada dalam bilik aku ni. Tidur.." Balas Hazen sambil menutup pintu bilik.

"Tidur? Kau tak tahu pekan ni diserang? Nasib baik ada satu orang ni dapat selamatkan pekan ni." Kata Edwin. Hazen dan Aveline berpandangan sesama sendiri.

"Oh. Ye ke? Tak apalah. Yang penting pekan ni selamat, kan? Sekarang, jom kita pergi halaman istana.." Kata Hazen.

"Jom.." Mereka bertiga berjalan menuju ke pintu gerbang akademi. Setibanya mereka di kawasan Pekan Auntumn, Hazen terkesima melihat pekan itu lebih meriah dari sebelumnya.

"Woah..Meriah betul suasana pekan ni." Kata Hazen sambil melihat suasana sekeliling. Kanak-kanak riang bermain sesama mereka. Penduduknya juga kelihatan ramai dari sebelumnya.

"Mestilah meriah. Mereka meraihkan kemenangan Pekan Auntumn." Balas Edwin.

"Oh ya Hazen, kenapa King Davis nak berjumpa dengan kau?" Soal Edwin tetiba. Aveline hanya berdiam diri.

"Mana aku tahu. Tanya Aveline." Balas Hazen selamba.

"Awak tahu Aveline?" Soal Edwin lagi.

"Tak..Tak tahu.." Balas Aveline.

Edwin mengeluh. Seketika mereka berjalan, akhirnya mereka sampai di halaman istana. Orang ramai kelihatan bergembira sesama mereka. Gelak ketawa mereka kedengaran jelas di gegendang telinga.

"Kamu berdua pergilah mana kat kawasan ni. Aku nak jumpa dengan King Davis dulu." Kata Hazen lalu meninggalkan mereka berdua.

Hazen berjalan menuju ke dalam istana. Semasa berjalan di koridor istana, dia terjumpa seorang dayang istana yang pernah dijumpanya sebelum ini.

"Miss Lesya. Where is King Davis?" Soal Hazen dengan sopan.

"Dalam perpustakaan. Pergilah, tuanku dah menunggu." Balas si dayang istana.

"Okay. Thank you sweetie." Ucap Hazen sambil tersenyum lalu menuju ke perpustakaan. Pintu bilik dibuka, kelihatan Davis dan Marcuz sedang duduk, menunggu kedantangan Hazen.

"Yo!" Tegur Hazen selamba. Davis tersenyum manakala Marcuz pula mengeluh.

"Our savior.." Balas Davis.

"Please, don't say that." Kata Hazen merendah diri.

"So, kenapa kamu nak jumpa saya?" Soal Hazen sambil duduk di kerusi yang disediakan.

"Nothing. Cuma nak berjumpa dengan kamu, Hazen. Saya berhutang budi ke atas kamu. Kamu bahayakan diri kamu semata-mata nak selamat pekan ni. Saya amat menghargai usaha kamu." Balas Davis. Hazen tersenyum.

"Its okay, Davis. Lagipun Pekan Auntumn ialah sebuah pekan yang aman. Saya tak nak pekan yang aman sebegini hancur begitu sahaja. Lagipun, saya tak nak hilang kerja sebagai guru." Balas Hazen tersenyum. Rambutnya digayakan dengan gaya sikat belakang.

"Saya juga ingin memberi anugerah kepa-"

"No need. Saya tak mahu. Bukan bermaksud nak kurang ajar, Davis. Saya tolong kamu dengan ikhlas. Saya tak perlu anugerah daripada awak." Hazen pantas memotong percakapan Davis.

"Kau terima je anugerah tu, Hazen. Aku tahu kau mahu sebenarnya tapi kau malu. Eleh! Malu-malu kucing konon." Sampuk Marcuz. Hazen ketawa terbahak-bahak. Davis pelik kenapa Hazen ketawa.

"Aku bukan macam kau, Marcuz. Kau fikir aku nak terima anugerah dari Davis? Tak...Aku tolong ikhlas. Secara percuma. Like I said. Pekan ni sebuah pekan yang aman. Lagipun aku tak nak nasib pekan ni sama dengan Kerajaan Elkia." Hazen memperlahankan suara di hujung ayat.

"Kerajaan Elkia? Aku tak pernah dengar pun kerajaan tu." Kata Marcuz.

"Hahaha! Abaikan yang tu..Jujurlah aku katakan, aku masih mengantuk. Penat kot berperang selama tiga jam tanpa henti. Walaupun itu adalah perang yang paling singkat aku pernah sertai." Balas Hazen tersengih. Pemuda itu bangun lalu menuju ke pintu bilik.

"Where are you going, Hazen?" Soal Davis.

"To meet someone." Balas Hazen lalu beredar.

"Someone, huh?" Soal Marcuz sendirian.

"I lie. I protect this town because I found someone special. Thats why.." Kata Hazen sendirian lalu berjalan keluar dari istana.

************************

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now