Chapter 57: Welcome Back

3K 261 23
                                    

Suasana tegang antara empat orang. Hazen, Alter, Altair dan Helena. Mereka berempat berdiam diri berada di dalam bilik Hazen.

Aveline, Cathrine dan Flora pula mendengar perbualan dari pintu.

"Siapa mereka berdua tu? Aura yang mereka bawa hampir sama dengan Alter dan Hazen. Juga kamu berdua.." Soal Cathrine perlahan.

"Dengar cerita itu adalah adik Hazen dan Alter." Balas Aveline yang juga turut memperlahankan suaranya.

"Eh?!" Cathrine terkejut.

"Shhh! Kita tengok je apa yang terjadi nanti." Flora menghentikan perbualan Cathrine dan Aveline.

"So!" Hazen meninggikan suaranya membuatkan Helena tersentak.

"Its true both of you is our siblings?" Soal Hazen serius. Dia membuka penutup mata kanannya.

"Y-yes. Jawab Helena gugup.

"Bagi kami bukti."

"Kami tak boleh bagi bukti di sini. Kamu berdua kena ikut kami.." Balas Helena.

"PERGI MANA?!!" Soal Alter tetiba sambil menghentak meja. Iris matanya mula bercahaya kemerahan.

"Kau sentuh Helena, aku bunuh kau!" Sampuk Altair yang juga iris matanya bercahaya kemerahan.

"Hah?! You want to fight with me, kid?! You don't love your life?!" Soal Alter berang lalu menyeru pedangnya. Altair segera memegang hulu pedangnya.

"Enough! Both of you, sit down!" Arah Hazen serius.

Alter hanya mengikut arahan Hazen. Begitu juga dengan Altair.

"Kami berdua kena ikut kamu ke mana?" Soal Hazen serius.

"Ke tempat asal kita. Kerajaan Ashenian." Balas Altair dingin.

"Ashenian?" Soal Hazen serius. Helena mengangguk laju.

"Baiklah, aku setuju." Hazen memberi kata putus.

"Kau biar betul, Hazen?! Kau nak percaya mereka berdua ni?!" Soal Alter tidak percaya.

"Its okay, Alter. Kau tak nak tahu pasal masa silam kita? Mungkin mereka berdua ni kunci kepada masa silam kita? Siapa tahu, kan?" Soal Hazen seraya berdiri dan menuju ke arah Eleneora sebelum pedang besar itu disisip di belakang.

"But, if they set a trap for us...I will kill them for sure." Balas Hazen memalingkan muka sedikit. Iris mata Hazen kelihatan bersinar keemasan. Helena dan Altair meneguk air liur. Alter mengeluh.

"Okay, fine.." Balas Alter.

"Sebelum tu, kamu bertiga...Dah puas mendengar perbualan kami?" Soal Hazen sambil memandang tajam ke arah pintu.

Aveline, Cathrine dan Flora keluar dengan muka tersengih macam kerang busuk. Hazen dan Alter mengeluh.

"Abang Hazen, siapa mereka berdua tu? Aura mereka hampir sama dengan kita." Soal Helena. Mereka yang dimaksudkan oleh Helena ialah Aveline dan Flora.

"Hazen. Call me Hazen. Aku tak tahu sama ada kita ni adik beradik. Jadi, panggil dengan nama saja. Tak perlu panggil abang." Balas Hazen dingin. Helena menunduk mendengar jawapan dingin dari Hazen. Altair hanya mengusap kepala Helena.

"Open portal for us." Arah Hazen.

"Sekarang?" Soal Altair.

"Jadi, kau nak buka bila? Seribu tahun akan datang?" Soal Alter menyampuk.

Altair mengetap giginya lalu membuka portal. Hazen memanggil Aveline manakala Alter memanggil Flora.

"Kenapa mereka berdua kena ikut?" Soal Altair geram.

"Kalau kau nak bertarung dengan mereka berdua, dipersilakan. Kau akan tahu kenapa mereka berdua kena ikut." Balas Alter.

"Cathrine, jagakan bilik kami berdua. Kalau ada sesiapa yang cari kami, beritahu yang kami pergi ke tempat lain. Mungkin kami akan pulang dalam tiga minggu kemudian." Pesan Hazen.

"Haih. Yelah..." Balas Cathrine mengeluh.

Mereka semua memasuki portal kecuali Cathrine. Aveline agak risau kerana dia tidak tahu mereka akan pergi ke mana.

Satu cahaya menyilaukan pandangan. Setelah cahaya itu menghilang, mereka tiba di satu tempat. Aveline dan Flora kelihatan terkejut dengan tempat itu. Alter dan Hazen pula hanya bereaksi biasa sahaja.

"Jom, ibu dan ayah dah tunggu di dalam." Kata Altair lalu berjalan ke depan diikuti oleh Helena, Hazen, Aveline, Alter dan Flora.

Mereka berdua berjalan sehingga berhenti di satu bilik. Kelihatan bilik itu sperti bilik tidur yang agak mewah. Seorang wanita dan seorang lelaki menyambut kedatangan mereka dengan senyuman.

"Hazen! Alter! My son!" Wanita itu segera meluru ke arah Hazen lalu memeluk mereka berdua.

Hazen dan Alter keliru dengan wanita yang memeluk mereka sekarang ini. Tetapi, tidak dinafikan, ini adalah pelukan paling lembut mereka terima.

"Woah-woah! Hold on, miss? Who the hell are you?" Soal Alter dengan berjaga-jaga. Altair ingin menyerang Alter tetapi ditahan oleh Helena.

Wanita itu kelihatan mengesat air matanya. Tak lama kemudian dia tersenyum.

"I'm your mom, Queen Lycera and that, is your father, King Ashen." Balas wanita itu lembut.

"Huh?!" Alter agak terkejut.

Wanita itu kemudian menyentuh dahi mereka berdua. Hazen dan Alter mengerang kesakitan sambil memegang kepala mereka berdua.

Memori di mana masa silam mereka mula terpapar. Tentang siapa mereka berdua sebenarnya, siapa Queen Lycera dan King Ashen, dan juga siapa adik beradik mereka.

"I...Ibu? Ayah?" Soal Hazen perlahan. Aveline dan Flora pula hanya mampu memandang risau ke arah mereka berdua.

"Yes! I'm your mom!" Kata Queen Lycera dengan gembira.

"Really?" Soal Hazen sekali lagi. Dia menggelengkan kepalanya. Alter juga begitu.

"Its that you, dad?" Soal Alter. King Ashen tersenyum sambil mengangguk.

Air mata Hazen berlinangan. Setelah beratus tahun terpisah, akhirnya dia dapat bertemu kembali dengan ibu kandungnya. Queen Lycera segera memeluk Hazen. Manakala Alter pula perlahan-lahan menuju ke arah King Ashen.

"Dad.." Kata Alter perlahan.

"Yes? My son?"

BAAAKKK!!

King Ashen terjelopok akibat ditumbuk oleh Alter. Aveline, Flora, Altair dan Helena melopong melihat Alter menumbuk ayah mereka sendiri.

"What the fuck are you doing here?! For a hunderd years I though I don't have family. Why you never search for me!? For Hazen?! Tell me the goddamn reason, you old creature!!" Marah Alter. Air matanya kelihatan mengalir di pipi.

"Its a long story, my son." Balas King Ashen seraya bangkit perlahan-lahan.

"Why? Why you hiding here?" Soal Alter perlahan lalu terduduk melutut.

"I though I never have a family. But, I actually have a family..." Kata Alter perlahan.

Aveline dan Flora berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum kerana Hazen dan Alter sudah kembali ke pangkuan keluarga mereka.

Setelah beberapa minit, keadaan sudah reda. Hazen mengesat air matanya begitu juga dengan Alter.

"Mana Lycra? Kenapa Altair dan Helena saja yang Hazen nampak?" Soal Hazen pelik.

"Actually, Lycra...."

************************

Haip! Cukup untuk hari ni. Aku dah update galeri dan bab baru. So, korang kena tunggu untuk bab akan datang lah eh? So, korang boleh agak apa sambungan ayat terakhir? Hehehe..so, komen kalau ada kesalahan. Chow!

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now