Chapter 44: Hero Of The Great War

3.2K 272 14
                                    

Matahari mula memunculkan dirinya di sebalik gunung-ganang yang tinggi. Bunyi burung-burung berkicauan menjadi lagu pada pagi yang segar itu.

Hazen juga sudah bersedia untuk memulakan perjalanannya. Sebuah beg sederhana besar terletak di atas meja diambil. Pedang besar dikemaskan di belakang. But besi dipakai. Setelah semuanya siap, Hazen keluar dari biliknya. Pintu bilik dikunci.

Dia berjalan dengan selamba menuju ke pintu gerbang akademi. Sebatang rokok diselit di celah bibir lalu dinyalakan.

Dia berjalan melintasi kedai-kedai yang baru hendak buka. Peniaga-peniaga yang perasan akan kelibat Hazen segera melambaikan tangan mereka. Lelaki itu membalas lambaian mereka dengan mengangkat tangan.

"Hazen!" Panggil seseorang dari belakang.

Hazen tidak menoleh ke belakang mahupun berhenti. Dia tahu orang yang memanggil namanya itu adalah Edwin.

"Hey! Tunggulah!" Edwin menepuk bahu Hazen dari belakang.

"Hah kau. Kenapa kau panggil aku?" Soal Hazen yang masih juga berjalan. Edwin berjalan seiringan dengannya.

"Aku nak ucapkan terima kasih kat kau. Sebab kau, dia terima aku!" Ucap Edwin gembira. Hazen tersenyum.

"Well, memang tugas aku sebagai kawan untuk tolong kau. By the way, congratulation, Edwin. Jaga dia baik-baik. Aku dengar dari mulut dia yang kau tak jaga dia dengan baik-baik aku sekeh kepala kau."

"Hahaha! Itu kau jangan risau! Aku akan jaga dia dengan sepenuh nyawa aku!"

"Baguslah kalau macam tu.."

"Aku kena pergi. Aku dah janji dia yang aku tolong dia petik buah kat ladang. Kau, Hazen. Hati-hati dalam perjalanan. Bye!" Kata Edwin lalu berlari meninggalkan Hazen. Lelaki itu tersenyum sahaja.

Tetiba dia teringatkan Aveline. Adakah gadis itu sedang merajuk? Dia ingat lagi riak wajah Aveline apabila dia memberitahu yang dia hendak keluar mengembara selama seminggu. Gadis itu terus tidak berkata apa-apa dan meninggalkan dia dengan Cathrine.

Hazen mengeluh. Kalau bukan dia hendak memburu Dark Hazen, dia tak akan keluar mengembara begini. Sisinya yang lagi satu itu mesti dia bunuh atau satu hari nanti dia yang akan dibunuh.

Hazen tahu, dia jarang keluar berdua dengan Aveline. Ada sahaja perkara yang menghalangnya daripada keluar dengan gadis yang dicintainya itu.

Nantilah. Aku kena selesaikan perkara ni dahulu. Itulah yang bermain di fikiran Hazen sekarang.

Semasa hendak keluar dari pintu gerbang Pekan Auntumn, lelaki itu perasan akan kelibat Aveline bersama dengan Cathrine.

"Hey.." Tegur Hazen. Cathrine mengangkat tangannya manakala Aveline tidak menjawab. Hazen tersenyum kelat.

"Apa hal korang berdua di sini?" Soal Hazen.

"Ni hah si Aveline ni nak jumpa kau.." Balas Cathrine. Hazen mengangguk.

"Boleh kau bagi ruang untuk kami berdua?" Pinta Hazen. Cathrine tersengih sebelum beredar menuju ke café yang baru dibuka.

"So..How are you?" Soal Hazen. Aveline tidak menjawab.

"You still mad at me?" Soal Hazen lagi. Aveline masih juga tidak menjawab dan menunduk. Lelaki itu mengeluh.

"Take care.." Sebut Aveline perlahan tetapi dapat didengar oleh Hazen. Lelaki itu terus tersenyum seraya mengusap kepala Aveline.

"I will..." Balas Hazen. Baru dia hendak berjalan lengannya dipegang oleh Aveline.

"Where are you going?" Soal Aveline.

"Far. Far away from here."

"Too far.." Rungut Aveline. Hazen tersenyum lagi.

"Just for a week. After that, we will able to meet again. So, can you wait for a week?"

"I'll try.."

"Good.." Balas Hazen tersenyum.

Dia memandang Aveline. Hatinya berat untuk meninggalkan Aveline tetapi dia harus membunuh sisinya yang lagi satu.

"Aveline.." Panggil Hazen.

"Hmmm?"

"Kalau awak dalam bahaya, jangan lupa untuk sebut nama saya sambil pegang rantai yang saya bagi kat awak." Pesan Hazen. Aveline mengangguk.

"Gunblade masih ada kat awak, kan?" Soal Hazen. Sekali lagi Aveline mengangguk.

"Gunakan senjata tu dengan sebaik-baiknya." Pesan Hazen lagi. Dia sekali lagi ingin beredar tetapi ditahan oleh Aveline.

"Itu saja?" Soal Aveline.

"Apa lagi?" Soal Hazen juga.

"Itu saja yang saya dapat?" Soal Aveline. Hazen terdiam sekejap. Kemudian dia tersenyum.

Tanpa sebarang amaran, dia mengucup bibir Aveline. Gadis itu terkejut namun tidak melawan. Cathrine tersengih melihat mereka berdua dari jauh.

"So, a kiss will enough for you, right?" Soal Hazen tersengih. Aveline menyentuh bibirnya.

"Don't be sad okay? Don't worry. Just for a week. Goodbye, Aveline. Make sure to take care yourself." Kata Hazen sebelum dia beredar. Satu portal muncul. Hazen memasuki portal itu sebelum dia hilang bersama dengan portal itu.

Aveline hanya melihat pemergian Hazen dengan senyuman.

"You too, Hazen."

************************

Hazen muncul di satu tempat.  Kawasan sekeliling dikelilingi oleh hutan. Lelaki itu memandang ke depan. Sebuah runtuhan berbentuk seperti istana berada di hadapannya. Dia segera memasuki runtuhan itu.

Dia tiba di satu kawasan luas yang terdapat dalam runtuhan itu. Tumbuhan hijau menjalar di sekeliling kawasan itu. Lumut juga tidak kurangnya berada di dinding kawasan itu.

Hazen tidak memperduli semua itu kerana pandangannya tertumpu di hadapan. Sebuah zirah yang sedang duduk di atas takhta sambil memegang sebilah pedang yang terpacak di lantai berada di hadapannya.

Hazen tersenyum kelat. Sudah agak lama dia tidak melawat tempat ini.

"How are you, Hero of The Great War?" Soal Hazen sendirian. Peliknya, hanya kawasan sekitar takhta itu sahaja yang tidak ada sebarang tumbuhan menjalar mahupun lumut. Zirah itu masih lagi berkilat terkena pancaran cahaya matahari dari dinding yang sudah berlubang.

"Sudah agak lama aku tidak melawat kau." Kata Hazen.

"Kita diibaratkan adik beradik. Walaupun berbeza kerajaan, kau tetap berkawan dengan aku. Kita begitu rapat sehinggakan aku tidak menganggap kau sebagai kawan tetapi sebagai abang kepada aku." Hazen mengusap permukaan zirah itu.

"Kau adalah wira kepada kemenangan kita 600 tahun lalu. Malangnya, tiada siapa yang mengingati kau. Hanya aku dan beberapa orang yang lain sahaja yang dapat mengetahui lokasi terakhir kau. Tetapi, hanya aku yang selalu melawat kau." Kata Hazen.

"Nampaknya, nasib kita berdua sama. Kerajaan kita masing-masing tumbang akibat kesilapan sendiri. Kita berkongsi takdir yang sama." Sambungnya.

"Aku datang kat sini bukan kerana aku mahu kekuatan dari kau. Tidak. Aku datang hanya untuk melawat kau, Icarus." Hazen duduk di lantai itu.

"Kalaulah kau boleh hidup lama, tentu kita boleh berhubung. Malangnya, kau hanya manusia, Icarus. Aku berbeza dari kau. Tetapi aku hormat kau. Kerana kau adalah wakil kepada 29 kerajaan yang dapat menghentikan The Great War. Betapa rindunya aku untuk melihat saat kemenangan kita?"

"I hope we can meet each other. But, your soul not in this world anymore. I hope you can find a better place out there. Goodbye, Icarus. You always be a hero to the entire world."

**************************
Yo! Another chapter for this novel. Sorry for the late update too. Hehehe! Don't worry, just wait for the next chapter and you will know soon. Muahahahaha!!! Ehem! So, comment if i do wrong.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now