Chapter 54: So, It Was You

3K 273 16
                                    

Hazen dan Aveline tiba di pintu gerbang Pekan Auntumn.

Setibanya di situ, mereka berdua terkejut kerana Pekan Auntumn diserang tetapi dihalang oleh pelindung.

"Yo!" Tegur seseorang.

Aveline dan Hazen melihat ke arah si penegur. Kelihatan Alter sedang duduk santai sambil merokok. Flora dan Cathrine pula berbual sesama sendiri.

"Apa yang jadi ni?" Soal Hazen. Aveline pula segera menuju ke arah Flora dan Cathrine berada. Kelihatan mereka berdua terkejut melihat perubahan yang ada pada mata Aveline.

"Well...Pekan ni diserang oleh seseorang. So, memandang aku sahaja yang boleh menggunakan sihir pelindung untuk jangka masa lama, aku mengambil keputusan untuk melindungi pekan ni." Balas Alter.

"Oh. Dan penyerang tu dari puak Bunian Hitam." Sambung Alter. Hazen tersentak.

"Kau biar betul, Alter?" Soal Hazen terkejut.

"Buat apa aku nak bohong kau. Tujuan dia serang pekan ni pun sebab nak cari kau." Balas Alter sambil menghembus asap rokok ke udara.

Hazen mengeluh. Baru berapa hari yang lalu dia bertarung dengan Dark Hazen. Hari ni kena bertarung lagi?

Hazen segera duduk mencangkung lalu memberi sesuatu kepada Alter.

"Take care of this thing. Its very important to me." Kata Hazen.

Alter terkejut melihat benda yang berada di tangannya itu. Sebuah istana?

"Don't tell me...Hey, Hazen.."

"Yeah. Its my castle. Aku gunakan sihir pengecil untuk kecilkan istana tu. Sebab aku dah suruh Eria balik ke puaknya sendiri." Balas Hazen lalu dia menghilang.

Penyerang yang berada di luat pelindung itu mengetap giginya melihat serangan yang dilancarkan tidak membuahkan hasil.

"Sampai bila kau serang pelindung tu? Its no use. Just safe your magic energy." Kata seseorang.

Penyerang itu terkejut melihat seseorang berada di belakangnya. Orang itu kelihatan serius.

"When-"

"About 3.5 seconds ago." Balas orang itu.

Penyerang itu menghentikan serangannya. Dia mula tersengih dan ketawa bagaikan orang yang hilang akal.

"So, it was you..King Hazen!!" Kata si penyerang.

Hazen mengangkat sebelah kening. Pelik bagaimana si penyerang dapat tahu namanya.

"Yeah. Its me. So, who are you?" Soal Hazen dengan beradab.

Penyerang itu membuka hud. Terserlah rupa sebenar si penyerang.

"I'm Zikael! The last one survive in Dark Elves after you-"

BBBRRRAAAKKKKKK!!!

"Die." Kata Hazen selepas menumbuk muka si penyerang ataupun dipanggil sebagai Zikael.

"Jujurlah aku katakan. Aku terkejut. Aku ingat aku dah hapuskan puak Bunian Hitam. Tak sangka, masih ada seorang yang terselamat." Sambung Hazen.

Zikael yang terbuang, bangun perlahan-lahan. Dia mengetap gigi melihat Hazen. Renungan yang ada pada Hazen. Ya, renungan Hazen ialah renungan yang sama waktu dia melihat lelaki itu membunuh ibu bapanya.

"Kau..KAU MUSNAHKAN KELUARGA AKU SIAL!! KAU BUNUH IBU BAPA AKU!! AKU AKAN BUNUH KAU DI SINI!!"

Zikael meluru ke arah Hazen dengan laju! Satu libasan diberikan kepada Hazen! Zikael terkejut melihat libasannya ditahan menggunakan tangan kosong!

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now