Chapter 70: Her First Battle With The Demon

2.9K 239 23
                                    

Jutaan Tentera Hitam terkejut kerana mereka diserang dengan mengejut! Kawasan yang dikelilingi oleh gunung ganang yang tinggi menjadi kelebihan bagi tentera pemanah Ashenian kerana mereka boleh menyerang tanpa disedari oleh musuh.

Bunyi pedang berlaga kedengaran! Bunyi darah memercik dan bunyi menjerit kesakitan juga kedengaran!

90 000 Tentera Ashenian melawan jutaan Tentera Hitam. Memang merupakan perang berat sebelah!

"HOOORRRAAAHHH!!!"

BBBBRRRRRAAAAAAMMMMM!!!

Altair dahulu merempuh musuh sambil badannya terbakar dengan api merah darah! Dia tersengih lalu menguatkan auranya!

"TAKE MY FLAME!!"

BRRUUUSSSHHHHH!!!

Puluhan Tentera Hitam terhapus begitu sahaja! Lycra yang melihat Altair jauh di depan menggelengkan kepala.

Dia menahan seraya menyerang menggunakan pedang hitam miliknya! Aura yang dikeluarkan membuatkan sekeliling me jadi sejuk. Haba mula keluar dari setiap hembusan nafas.

"SEA OF ICE!!"

Secara mengejut ratusan Tentera Hitam membeku bakibat suhu yang terlalu rendah! Tak lama kemudian Tentera Hitam yang terbeku itu hancur menjadi ketulan ais!

TAAANGGG!!

TIIINNGGGG!!!

Alter menguap seraya membunuh musuh. Baginya, dia tidak mahu mengeluarkan kuasanya kerana dia tahu akan ada seseorang yang hebat dari pihak lawan.

"This is pain.." Kata Alter apabila dia menahan 10 pedang musuh sekali gus. Dia menolak pedangnya ke depan membuatkan musuh terbuang ke belakang. Belum sempat musuh hendak menstabilkan diri, kepala mereka sudah terputus dari badan.

"CHARGE!!"

Helena yang memimpin tentera berkuda terus merempuh musuh diikuti 10 000 tentera berkuda.

Personaliti Helena seakan berubah seratus peratus. Dari periang bertukar tegas dan garang!

Tombak miliknya dihunus ke depan seraya dengan itu badannya bercahaya kehijauan begitu juga kuda yang ditunggannya.

"RAGE OF CHIVALRY!!!"

BBBBBBRRRRRRAAAAAMMMMM!!!

Ribuan Tentera Hitam terbuang ke udara akibat rempuhan yang begitu kuat dari Helena! Tentera Hitam yang terbuang di udara itu kemudiannya terjatuh ke tanah akibat dipanah oleh tentera pemanah di atas gunung.

"KEEP SUPPORT OUR SOLDIER!!" Flora memberi arahan kepada tentera pemanah.

Aveline pula hanya tegak berdiri seraya memegang hulu Versta yang terpacak di tanah. Dia tidak risau kerana satu pelindung berbentuk separuh bulat melindungi tentera pemanah dari terus diserang oleh musuh yang menyedari lokasi mereka.

Aveline perasan sesuatu yang menuju ke arah mereka dengan laju! Versta ditarik keluar dari tanah seraya keluar dari pelindung.

"FLORA, I'M GONNA FIGHT THE ENEMY!!" Kata Aveline.

"HAH!? BUT, WAIT!!" Flora ingin menghalang tetapi tidak sempat kerana Aveline sudah melompat keluar dari pelindung.

Aveline yang sedang berada di udara itu terkejut kerana satu serangan besar menuju ke arah tempat di mana tentera pemanah dan Flora berada. Dia mengetap gigi dan menujah kembali badannya.

BBBRRRAAAMMMM!!!

Aveline sempat menahan serangan itu dari mengenai pelindung! Flora terkejut kerana Aveline yang berada di luar pelindung dengan gaya bertahan.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now