Chapter 45: The Worst Is Coming

3.1K 252 12
                                    

Hazen tiba di Pekan Jaws. Sebuah pekan yang berdekatan dengan laut yang menawarkan perkhidmatan kapal.

Hazen tidak membuang masa lalu menumpang sebuah kapal yang hendak menuju ke Pulau Azgil.

Kapten kapal itu memberitahu bahawa kapal akan bergerak waktu tengah hari. Memandangkan Hazen tiba awal, dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar di Pekan Jaws.

Lelaki itu menuju ke bahagian pasar. Rata-rata penjual di situ menjual bahan mentah seperti ikan, udang, dan sebagainya.

Hazen tidak mengendahkan semua itu kerana ada tempat yang hendak dia pergi. Dia tiba di sebuah kedai yang menjual senjata. Kelihatan seorang lelaki sedang sibuk membuat pedang.

"Yo Dash! Long time no see!" Tegur Hazen. Lelaki yang bernama Dash itu segera menghentikan kerjanya lalu menuju ke arah Hazen.

"Kaulah Hazen. Lama sangat tak pergi lawat aku." Balas Dash.

"Kau tu suka sangat pindah-pindah tempat menjual. Kali terakhir aku lawat kau waktu tu kau menjual di Bandar Lexia. Sekarang kau menjual lagi di Pekan Jaws. Mentanglah ada sihir teleportasi, senang kau ye pindah-pindah." Kata Hazen tersengih.

"Ala kau ni Hazen. Macam kau tak tahu aku ni macam mana. Suka pindah-pindah." Balas Dash yang turut tersengih.

Dash perasan akan sebilah pedang besar yang tersisip di belakang Hazen. Lantas dia tersengih sekali lagi.

"Tak sangka juga ye..Kau masih gunakan pedang ciptaan aku." Kata Dash tersengih.

"Aku memang masih gunakan pedang ni. Dah 500 tahun aku gunakan pedang ni." Balas Hazen tersenyum. Dash tidak menjawab sebaliknya mengeluarkan dua gelas kaca berserta sebotol arak.

"Kau tak nak gunakan Tyrant? Xavion?" Soal Dash.

"Belum masanya lagi. Biarlah Eleneora ciptaan kau ni aku guna. Lagipun pedang kau ni adalah pintu ke dimensi lain." Balas Hazen.

"Well, lihatlah siapa penciptanya. Dash Arius. Blacksmith for 500 hundred years! Eleneora adalah ciptaan teragung aku!" Kata Dash bangga. Hazen ketawa lalu meneguk arak di gelas. Dash juga begitu.

"Hey, Hazen. Kenapa kau datang ke sini? Nak tajamkan Eleneora?"

"Nope."

"Habis tu?"

"Well, aku nak pergi ke Pulau Azgil. Ada sesuatu aku nak selesaikan di sana." Balas Hazen.

"Mesti sesuatu yang buruk, kan?" Soal Dash.

"Macam mana kau tahu?"

"Well, deria aku."

"Haih..Mentanglah kau ni werewolf, senang ye kau nak meneka seseorang punya fikiran."

"What? Come on! Dah memang tu salah satu kelebihan aku. Kau nak buat macam mana?" Soal Dash.

"Macam biasa.." Balas Hazen selamba. Dash membuat muka tidak puas hati sambil minum arak di gelas.

"Hazen..." Panggil Dash.

"Hmmm?"

"Tyrant ada di Elkia, kan?" Soal Dash.

"Nope..." Balas Hazen. Dash terkejut.

"Habis tu? Kat mana?"

"Sword Dimension. Aku letak Tyrant bersama dengan Xavion." Balas Hazen lagi.

"Sword Dimension? Eh, tu bukan dimensi yang kau cipta untuk pedang bagi pahlawan yang tumbang di medan perang?" Soal Dash. Hazen mengangguk.

"Kenapa kau tak letakkan kat Elkia? Bukan Eria ada kat sana untuk jagakan pedang tu?" Soal Dash. Hazen mengeluh.

"Duh. Banyak tanyalah kau ni."

"Ala! Jawab jelah."

"Yelah! Aku jawab. Sebab aku tak letak Tyrant kat Elkia kerana aku nak suruh Eria pulang semula kat puaknya sendiri. Elkia pula aku akan simpan di dimensi yang lain." Balas Hazen.

"Lagipun, istana tu dah banyak meninggalkan memori manis antara aku dan dia. Sayang nak tinggalkan begitu sahaja." Sambung Hazen tersenyum kelat. Dash mengangguk.

"Kau ni. Kenapa kau tanya pasal Tyrant aku ni?" Soal Hazen.

"Tu sebab aku nak jadikan model untuk replika aku. Aku dah ada cukup bahan nak buat cuma aku lupa macam mana rupa bentuk Tyrant." Jawab Dash.

"Ceh! Pasal tu rupanya. Aku tak benarkan." Kata Hazen.

"Ala Hazen bolehlah.." Rayu Dash.

"Kau dah ada Grimm. Buat apa kau nak tiru pedang kepada raja Elkia, huh?" Soal Hazen.

"Tyrant bukannya pedang sembarangan, Dash. Pedang tu lahir dari hati aku sendiri. That sword is a part of me. Aku rasa aku dah beritahu kau pasal benda ni 500 tahun lalu, kan? Jangan cakap yang kau dah lupa." Kata Hazen sambil memandang tajam ke arah Dash.

Lelaki serigala itu mengeluh. Segelas arak lagi diminum. Hazen hanya memandang ke luar.

"Aku ingat apa yang kau cakap 500 tahun lalu, Hazen. But, still...!"

"Aku tahu hobi kau untuk buat bermacam jenis bentuk pedang tapi aku rasa kau dah tahu, kan? Tyrant mahupun Xavion kau tak boleh tiru. Well, kalau kau nak pedang kepada Lich King aku ada. Amacam?" Soal Hazen menawar pedang lain kepada Dash.

"Lich King? Eh, tu bukan raja Ancient Frozen Kingdom?" Soal Dash. Hazen tersengih seraya mengangguk.

"Macam mana kau ada pedang yang dianggap hilang?" Soal Dash lagi.

"First, akulah punca pedang tu hilang. Second, aku bertarung dengan Lich King dahulu. Dah dia naik kepala nak tawan seluruh dunia. Aku cabar dia bertarung dan dia kalah. Sekarang pedang Lich King ada kat dimensi aku. Kau nak?" Soal Hazen tersengih.

"Mestilah aku nak! Uish! Siapa yang tak nak. Pedang lagenda tu selain Excalibur milik King Arthuria." Balas Dash.

Hazen memasukkan tangannya ke dalam satu lubang dimensi yang sederhana besar. Tak lama kemudian di menarik tangannya dan terdapat sebilah pedang berwarna biru. Kawasan sekitar tempat mereka berdua terus membeku.

"Woah! Pedang Lich King! Kau sure ni nak bagi aku pedang ni?" Soal Dash seakan tidak percaya. Pedang itu bertukar tangan.

"Well, yeah. Gunakan pedang tu dengan sebaiknya, Dash. Ada sebab kenapa aku bagi kau pedang tu." Balas Hazen.

"Thanks, Hazen!" Ucap Dash.

"Yeah..." Balas Hazen. Tak lama kemudian dia meminta diri kerana tidak lama lagi kapal yang ditumpangnya akan bergerak.

Pada masa yang sama, seseorang sedar dari tidur yang lama. Lantas dia menggunakan sihir teleportasi dan dia tiba di hadapan sebuah pekan.

"I sense your vibe, Hazen. I know your were here. Wait for your doom." Kata orang itu lalu dia menyeru seseorang. Perempuan berambut blonde dengan zirah berwarna hitam muncul.

*************************
Yo! Its your author. So, amacam dengan chapter ni? Okay? Rasa nak baca lagi sambungan chapter ni? Muahahaha! Chill! Aku just bagi korang Hint untuk chapter seterusnya. So, just wait okay? Keh.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now