Chapter 6: Wow. Just Wow

4.2K 381 10
                                    

"Zombie? What the hell he talking about?"

Hazen menyoal seraya melihat lelaki bernama Edwin. Kelihatan lelaki itu memandang Hazen dengan ketakutan. Bajunya habis basah akibat peluh. Bibirnya memucat.

"Edwin, awak okay?" Soal Aveline prihatin.

"K-kau ni siapa hah!?" Soal Edwin dengan nada gugup.

"Aku? Aku Hazen. Salah satu guru di sini." Jawab Hazen selamba.

"Bi-bila masa kau j-jadi guru di sini!? A-aku tak pernah n-nampak kau di s-sini pun!"

"Dude, I'm the new teacher okay?"

"B-betul ni?"

"Edwin, apa yang dia cakap tu betul. Calm down okay? Geez.." Aveline menggeleng kepala.

Edwin menarik nafas lalu menghembusnya. Seketika kemudian dia kelihatan sudah tenang.

"Hah!" Hazen dan Aveline tersentak akibat suara kuat dari Edwin.

"Dude, asal kau jerit ni? Terkejut aku. Haih.." Hazen menghela nafas sambil mengusap dadanya begitu juga dengan Aveline.

"Aku tahu. Kau ni mesti Hazen Siegfried, kan?"

Edwin menyoal teruja. Hazen mengangguk perlahan-lahan.

"Haih..Pengetua Holten panggil kau ke biliknya. Ada hal katanya." Kata Edwin.

"Lah, tu je ke yang awak nak beritahu? Jadi kenapa sampai awak pengsan depan pintu bilik Hazen ni?" Soal Aveline pula.

"Sebab...Ermm..Tu sebab aku nampak mamat ni tikam dirinya dan dia masih hidup. What the hell? Are you god or something like that?" Balas Edwin seraya menunding jari ke arah Hazen.

"Me? Nah..Lets say..What you saw its just a illusion. Nothing more." Balas Hazen. Edwin hanya mengangguk. Malas mahu bertanya lagi.

"So, kenapa pengetua nak jumpa aku?" Soal Hazen

"Tak tahu pula. Kau pergi je lah. Mana tahu important ke?"

"Ada betulnya cakap kau tu. Kalau begitu aku pergi sekarang." Hazen mengambil kot kulit yang berada di atas katil lalu menyarungkannya di badan.

"Hazen, saya balik dulu." Kata Aveline.

"Okay.." Balas Hazen. Aveline segera beredar.

"Kalau begitu aku juga kena pergi. Ada kelas selepas ni." Kata Edwin.

"Okay bro.." Balas Hazen mengangkat tangannya.

Suasana di dalam bilik kembali sunyi. Kot di tubuh dikemaskan. Dia keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup lalu dikunci.

"Ada apa pula dia nak jumpa?" Soal Hazen sendirian.

Koridor dilalui dengan selamba. Murid-murid dari kelas lain kelihatan menyalin sesuatu apabila guru yang mengajar menulis di papan tulis.

"For how long I have to be a teacher?" Soal Hazen sendirian lagi.

Dia membelok ke arah kanan. Terpampang pintu bilik pengetua. Pintu bilik itu dia ketuk.

"Masuk!" Suara memberi kebenaran kedengaran dari dalam. Hazen segera memulas tombol pintu.

"Ah. Mr Siegfried. Silakan duduk." Pengetua Holten mempelawa Hazen duduk.

"So, ada apa pengetua nak jumpa saya?" Soal Hazen.

Rokok paip yang terselit di celah bibir diambil lalu asap dari rokok itu dihembus. Melihat kelakuan Pengetua Holten, Hazen tersengih lalu mengambil sebatang rokok miliknya lalu dinyalakan.

"Awak juga merokok, Mr Siegfried?"

"Yeah..Tapi tak macam pengetua. Rokok pengetua klasik sangat." Balas Hazen tersengih.

"Well, its me.." Pengetua Holten tersenyum.

"Pengetua tak jawab lagi soalan saya.." Asap rokok memenuhi ruang bilik.

"Ah. Tujuan saya penggil kamu adalah kerana saya nak ucapkan tahniah."

"Tahniah?" Soal Hazen pelik.

"Yeah. Tahniah kerana kamu telah menjadi ketua guru disiplin bagi akademi ini." Ucap Pengetua Holten tersengih.

"Eh? Kenapa saya pula? Saya masih baru lagi kat sini. Banyak lagi guru lain yang lebih layak dari saya." Kata Hazen sambil memeluk tubuh. Rokok yang masih menyala terselit di celah bibir.

"Kamu tahu kenapa kamu dipilih jadi ketua guru disiplin?" Hazen mengangguk mendengar soalan Pengetua Holten.

"Sebabnya ialah, selama saya jadi pengetua di akademi ini, belum pernah saya jumpa guru yang berani mencabar sesiapa dalam pekan ini. Dan semenjak kamu dapat mengalahkan Marcuz, disiplin di akademi ini makin meningkat. Tiada lagi murid yang berani membuat masalah. Lagipun, semua cikgu telah bersetuju apabila Mrs Morgiana mencadangkan kamu sebagai ketua guru disiplin."

"Wait, maksud pengetua Cikgu Aveline yang cadangkan saya jadi ketua guru disiplin?" Soal Hazen dengan nada terkejut.

"Yup." Pengetua Holten tersengih sambil mengusap janggut tebal miliknya.

"Haih.." Hazen menekup dahinya.

"Saya harap Mr Siegfried dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ketua guru disiplin." Mereka berdua berjabat tangan.

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Hazen berdiri lalu beredar.

"Haih..Kenapa aku?" Soal Hazen semasa dia berjalan di koridor kelas.

"Awak!" Tegur Aveline dengan ceria.

Bokk!

"Aduh! Kenapa awak ketuk kepala saya?!" Aveline mengusap kepalanya yang baru habis diketuk oleh Hazen.

"Kenapa awak cadangkan saya sebagai ketua guru disiplin hah?" Soal Hazen kegeraman.

"Janganlah marah. Muka awak nampak garang dan dingin. Jadi saya cadangkan lah awak jadi ketua guru disiplin." Jawab Aveline tersengih.

"Kalau begitu awak jadi pembantu saya." Hazen membuat keputusan.

"Hah?! Tak nak!" Aveline cuba membantah.

"Nope. Jangan cuba nak membantah. Keputusan saya muktamad. Awak akan jadi pembantu saya." Balas Hazen.

"Hmph! Jahat!" Aveline memaling muka ke tempat lain. Merajuk.

Hazen tersenyum melihat Aveline merajuk. Baginya cara Aveline merajuk itu comel.

Mereka berdua tiba di asrama guru. Aveline berhenti apabila tiba di pintu bilik bernombor 6.

"Sini bilik awak?" Soal Hazen.

"Kenapa nak sibuk?! Pergi sana! Shoo!" Aveline menghalau Hazen.

"Awak nak tahu? Awak comel kalau awak merajuk." Muka Aveline memerah apabila dipuji oleh Hazen. Segera dia menutup pintu.

Hazen tersengih lalu berjalan sehingga di bilik bernombor 9. Pintu bilik di buka lalu di masuk. Kot kulit digantungkan di tempat yang disedia. Gunblade yang berada di paha sebelah kiri diambil lalu diletakkan di atas meja

Tok! Tok! Tok!

Belum sempat dia hendak ke dapur, pintu biliknya diketuk. Dia segera membuka pintu biliknya. Dia terkejut apabila ramai murid yang pernah mencabarnya dulu berada di hadapan pintu biliknya.

"Cikgu! Kami minta maaf!" Kesemua pelajar itu meminta maaf kepada Hazen. Pemuda itu kelihatan terkejut.

"Wow. Just wow."

**********************
Nah! 7 chapter untuk pendahuluan novel ni. So, amacam dengan chapter pendahuluan? Ok atau tak ok?.. chapter seterusnya aku akan update kalau idea aku ada. Heheh. Comment if if i do wrong. Chow!

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon