Chapter 61: The True Enemy Appear

2.9K 258 23
                                    

Song: David Levy-Afterlife

*************************

HAZEN POV

"I have to bring your back..."

Aku berkata dengan serius. Jujurlah, aku gemuruh sekarang ni. Aku terpaksa bertarung dengan Lycra, adik aku yang hampir ditelan kegelapan.

"Come with me, Lycra. You have family waiting for you.." Aku menyua tangan ke hadapan sambil tersenyum kelat.

SSSHHRRAAKKK!!

Secara tetiba tanganku terputus!! Aku terkejut kerana langsung tidak melihat serangan itu!

Terima kasih kepada badan aku yang cepat menumbuhkan tangan yang telah terputus.

Aku segera melompat ke belakang. Aku memerhati ke arah Lycra. Rambutnya bukan lagi putih tapi hitam. Auranya juga amat berlainan dari aura yang aku kenal. Aku tersenyum kelat.

Terlalu ketara kau berubah. Senyuman langsung tidak ada pada wajahmu. Dingin bagaikan ais.

Aku mengeluh. Nak tak nak, aku kena bertarung. Sebilah pedang biasa muncul di genggaman aku.

"Die.."

Lycra meluru ke arah aku!! Sebilah pedang berwarna hitam dilibas ke arah aku!

TANNNGGHH!!!

Libasan itu aku tahan menggunakan sebelah tangan! Kaki aku terbenam sedikit akibat impak libasan pedang Lycra.

Lycra tidak berhenti di situ, dia terus serang dan menyerang aku!!

Aku hanya mampu elak setiap libasan itu. Aku tidak mampu untuk mencederakan adik aku sendiri.

Hati aku sayu mengenangkan keadaan Lycra. Dia langsung tidak mengenaliku. Pandangannya, seolah-olah ingin membunuhku. Aku menjadi lemah! Hati aku berat untuk membenarkan badan aku bertarung!

BAAAAKKKKKK!!

Aku terbuang ke belakang akibat tendangan Lycra! Segera aku bangkit perlahan-lahan.

"Kenapa kau elak serangan aku?" Soal Lycra.

"Abang tak sanggup nak lawan Lycra. Kalau boleh, Lycra ikutlah abang. Tempat Lycra bukan di sini. Ada tempat yang lebih baik untuk Lycra." Kata aku dengan senyuman kelat.

"Abang? Aku tak ada abang! Semua ahli keluarga aku dah mati!" Bidas Lycra.

Luruh hati aku bila Lycra berkata begitu! Sanggup dia kata dia dah tak ada keluarga? Secara tak sedar, setitis air mata mengalir di pipiku.

"Kenapa kau menangis? Aku tak kenal kau. Kenapa kau bersungguh-sungguh nak aku ikut kau? Sedangkan aku langsung tak kenal kau.." Soal Lycra dingin.

Aku menunduk kesedihan cuba dipendam sebaik mungkin. Aku jatuh melutut. Air mata deras mengalir!

Aku sedar, Lycra datang kepadaku. Perlahan-lahan pedang diangkat.

"Kau kuat. Tapi, nyawa kau akan aku tamatkan di sini.."

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now