Chapter 5: Zombie!

4.3K 356 9
                                    

Richard pengsan tidak lama selepas Hazen beredar. Aveline menyuruh beberapa orang murid lelaki supaya mengangkat Richard.

Walaupun terasa hati akan kata-kata Richard, Aveline tetap mengambil kisah akan Richard. Kalau tidak sudah lama disuruhnya murid-murid supaya tidak mengangkat Richard.

Dia menghela nafas. Nampaknya Hazen bukan baik seperti yang disangkanya. Nampaknya Hazen ada sikap baran sedikit.

Dia segera menuju ke bilik Hazen. Pintu bilik itu diketuknya beberapa kali. Tiada sahutan dari dalam.

Tombol pintu dipulas. Tidak berkunci! Aveline segera masuk ke dalam bilik Hazen. Dia terpegun seketika. Ruang bilik yang agak klasik di matanya. Beberapa rak yang penuh dengan bahan bacaan. Pedang besar pula tersandar pada dinding berdekatan dengan katil saiz queen. Manakala di bahagian dapur pula tersusun dan tidak berhamburan.

"Siapa bagi kebenaran untuk masuk ke bilik saya, Mrs Morgiana?" Soal Hazen dengan mengejut.

"Errr..." Aveline kematian kata-kata untuk menjawab. Hazen menghela nafas.

"Duduklah..Saya buatkan teh." Hazen mempelawa Aveline untuk duduk di kerusi yang berdekatan dengan beranda bilik itu.

"Macam mana awak boleh masuk?" Soal Hazen sambil membancuh teh di dapur.

"Err...Pintu bilik tak berkunci." Balas Aveline.

"Ohh. I see. Tapi tak semestinya awak boleh masuk ikut suka hati awak."

"Saya minta maaf." Ucap Aveline dengan nada yang sayu.

"No need. Lagipun tiada apa yang menarik di bilik saya ni." Hazen menyerahkan segelas teh kepada Aveline.

"So, kenapa awak cari saya?" Soal Hazen sambil membuka kot miliknya lalu diletakkan di atas katil. Terserlah lengan yang tegap dan beberapa parut yang kelihatan pada kedua lengan Hazen. Hanya baju hitam yang menutup badan Hazen ketika ini. Dia duduk di kerusi bertentangan dengan Aveline.

"Arr...Errr..."

"Kenapa gugup ni? Bukannya kita buat apa-apa, kan?" Soal Hazen pelik.

"T-tak..Saya nak tanya..Awak masih marah kat Richard?" Soal Aveline dengan perlahan.

"Of course. Man, that mortal is the most annoying creature I ever meet ya know?"

"Ohh.." Aveline mengangguk.

"Awak tak marah ke kat budak tu? Dia dah cakap macam-macam kat awak.." Soal Hazen lagi.

"Tak. Saya tak marah pun."

"Jangan menipu, Aveline. Awak manusia. Perasaan marah mesti ada kalau dihina."

"Tak! Saya tak marah!"

"Look. Saya dah hidup lama, Aveline. Bermacam-macam manusia yang saya jumpa. Untuk jumpa manusia yang tak marah apabila dihina boleh saya hitung menggunakan jari." Aveline menggigit bawah bibir.

"Awak ni boleh baca perasaan orang ke?" Soalnya dengan nada yang geram.

"Nope."

"Habis tu?"

"Berdasarkan pengalaman. Seperti yang saya katakan tadi, manusia yang tidak pernah marah apabila mereka dihina boleh saya hitung dengan jari."

"Awak cakap macam awak ni dah hidup lama. Berapa umur awak? 28 tahun?" Soal Aveline sambil menghirup teh.

"Nope. Umur saya sebenar ialah 600 tahun ke atas. Secara tepatnya ialah 630 tahun."

Teh yang dihirup tersembur. Aveline terbatuk-batuk lalu ketawa berdekah-dekah.

"Mana ada manusia yang boleh hidup selama beratus tahun! Yang ada cuma bunian. Mengarutlah awak ni! Hahahah!"

"Awak tak percaya?" Soal Hazen sambil menuju ke dapur. Sebilah pisau diambil.

"A-awak nak b-buat apa t-tu?"

"Bukti bahawa saya ni immortal."

Shrakk!

"AAAHHHHH!!!" Jeritan Aveline bergema dalam bilik Hazen.

"Hey. Buka mata tu.." Aveline membuka mata kelihatan Hazen duduk di depannya dengan pisau yang tercucuk tepat di bahagian jantungnya.

"AAHHH!! ZOMBIE!!!"

"Hey!! Tengok dulu apa yang berlaku pada saya! Jangan jerit ikut suka hati! Nanti orang fikir yang bukan-bukan."

"Err.."

"See..? Saya tak mati, kan?" Hazen menarik pisau lalu di letaknya di atas meja. Bibir Aveline memucat.

Luka pada bahagian jantung mula berasap lalu bercantum kembali.

"This body. Cannot die, Aveline. This is my nature. An immortal cannot die." Kata Hazen sambil memandang luar.

"J-jadi b-betul lah yang awak ni immortal?"

"Yup." Hazen mengangguk menjawab pertanyaan Aveline.

"Dan kenapa awak berpenutup mata?"  Soal Aveline. Bibirnya tidak lagi pucat.

"Wait, awak tak terkejut kerana saya ni immortal?" Soal Hazen.

"Kenapa pula nak terkejut. Saya cuma terkejut masa awak tikam diri awak tadi."

"Wow..."

"Kenapa pula?"

"Pertama kali saya jumpa manusia yang tidak terkejut atau tidak lari apabila saya beritahu yang saya ni immortal."

"Eh..?"

"Biasanya, kalau saya beritahu yang saya ni immortal, ada yang terus lari dan ada yang cakap saya ni mabuk."

"Ohh." Aveline mengangguk.

"Wait! Awak tak jawab lagi pertanyaan saya. Kenapa awak pakai penutup mata?"

"Err..." Hazen menggosok belakang kepalanya.

"Jawab Hazen.." Aveline memeluk tubuh. Hazen hanya mengeluh.

Matanya yang ditutup itu disentuh dengan sebelah tangan. Dia tersenyum kelat.

"This eye..Is my dark past." Jawab Hazen perlahan.

"Kenapa pula?"

"Saya belum boleh jawab pertanyaan awak tu. Saya akan jawab bila masanya tiba. Sekarang, cukuplah awak tahu yang mata sebelah kanan saya ni adalah sejarah hitam saya. Jangan risau, kalau sudah tiba masanya nanti, saya akan beritahu semua rahsia diri saya pada awak." Hazen mengusap lembut kepala Aveline sambil tersenyum.

"Okay. Pastikan yang awak akan beritahu saya eh? Saya pegang kata-kata awak tu."

"Ye. Saya akan beritahu juga."

"Kalau macam tu saya minta diri du- eh?" Aveline terkejut apabila seseorang terbaring di depan pintu bilik Hazen.

"Siapa pula ni?" Soal Hazen pelik.

"Edwin? Kenapa dia boleh pengsan di sini pula?" Soal Aveline.

"Awak kenal mamat ni?"

"Mestilah kenal. Dia juga merupakan salah seorang guru disini." Balas Aveline. Hazen mengangkat orang yang bernama Edwin itu ke atas sofa yang disediakan.

"Mamat ni macam kenal je..Tapi kat mana jumpa eh?" Soal Hazen sendirian.

Tetiba kelopak mata Edwin bergerak. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Perkara pertama yang dilihatnya ialah Aveline kemudian Hazen. Matanya membulat apabila melihat Hazen.

"HUWWARGHH!! ZOMBIE!!"

Hazen dan Aveline berpandangan sesama sendiri.

"Zombie?"

****************

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now