Chapter 25: A Night In The Forest

3.6K 324 24
                                    

Sebulan berlalu. Hazen berjalan di dalam hutan berseorangan. Bunyi unggas dan juga burung kedengaran di telinga.

"Sunyi juga. Hmmm...Apa yang berlaku sebenarnya? Seekor rusa pun aku tak nampak. Baru nak makan binatang tu. Haih..Terpaksalah memburu ikan." Kata Hazen sendirian.

Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi air. Dia segera menuju ke arah bunyi itu berada.

Sungai. Ya, sungai kini berada di hadapannya. Dia segera tersenyum. Pedang besar dipacakkan di permukaan pasir berbatu lalu menuju ke sungai itu untuk menyuci muka.

"Ah..Segar. Nasib aku jumpa sungai berdekatan. Better aku rehat di kawasan berdekatan dengan sungai ni." Kata Hazen selepas menyuci mukannya.

Dia memasuki hutan sekali lagi untuk mencari kayu api. Ranting-ranting yang tidak basah dah lembap diambil sebanyak yang mungkin

Seusai mengambil kayu api, dia menuju ke arah sungai. Beberapa ekor ikan berenang-renang di sungai.

"Rãzæ.." Sebut Hazen lalu tangannya mengeluar percikan kilat yang menuju ke arah sungai itu.

Beberapa ekor ikan muncul di permukaan sungai. Hazen tersengih lalu mengambil ikan yang muncul di permukaan sungai.

"Enough for me.." Kata Hazen sendirian.

Hazen membuat unggun api lalu dia menusuk ikan yang didapatnya dengan ranting yang tajam. Ikan-ikan yang sudah tertusuk dengan ranting dipacakkan berdekatan dengan unggun api.

Sementara menunggu ikan masak dan boleh dimakan, Hazen bersiul-siul bagi menghilangkan kebosanan.

"Matahari dah nak terbenam." Kata Hazen sendirian apabila dia terlihat matahari yang perlahan-lahan terbenam disebalik gunung.

Tetiba dia teringat kembali memori lama. Memori dia bersama Alter.

620 TAHUN DAHULU

"Kau fikir kita akan hidup lama?" Soal Hazen yang baru berusia 20 tahun.

"Of course, dude. Kan Orang Tua dah beritahu kita. Kau dan aku bukan macam orang lain." Balas Alter yang juga berumur 20 tahun.

"Apa impian kau?" Soal Hazen sambil memandang bulan. Ikan yang berada berdekatan unggun api diambil lalu ditiup bagi menghilangkan kepanasan.

"Impian? Aku ingin menjadi pahlawan yang terhebat di dunia ini. Aku ingin menjadi yang ditakuti." Kata Alter dengan yakin.

"Eleh! Dengan aku pun tak lepas ada hati nak jadi pahlawan yang hebat. Heh! Jangan haraplah!" Ejek Hazen dengan tersengih sinis.

"Amboi kau! Mentanglah hebat dari aku..Bolehlah kau sembang besar. Dan kau ni..Apa impian kau?" Soal Alter sambil memakan ikan yang sudah masak.

"Aku? Aku tak ada impian yang besar. Aku keluar mengembara untuk mencari duit. Lepastu aku cari isteri dan hidup bahagia dengannya." Balas Hazen tersenyum.

"Hmmm...Bagus impian kau tu. Tapi kau yakin ke yang ada yang nak kat kau?" Soal Alter sinis.

"Apa maksud kau ni?" Soal Hazen dengan dahi yang berkerut.

"Well, cuba lihat mata kau. Warna mata kiri dan kanan kau tak sama." Balas Alter.

"Ah. Bukannya mata kanan aku ni boleh bawa bencana pun. Cuma warna je yang berbeza. Aku yakin. Mesti ada perempuan yang tertarik dengan aku." Kata Hazen dengan yakin.

"Heh. Good luck, bro. Jangan pelacur yang sangkut dah lah." Balas Alter sinis.

"Weyh. Agak-agaklah sikit. Takkan aku bodoh nak terima pelacur jadi isteri aku? Aku nak cari yang fresh. Bukan yang 'second hand'." Kata Hazen geram.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now