Chapter 66: Will You Be With Me As My Wife?

3.1K 270 10
                                    

Hazen dan Alter tiba di istana. Mereka berdua agak terkejut melihat bahagian dalam istana itu yang sudah dihias bagaikan ada majlis yang bakal diadakan di dalam istana itu.

"Apa yang berlaku di sini?" Soal Hazen pelik.

"Ntah. Kau tanya lagi aku. Manalah aku tahu apa yang berlaku di sini." Balas Alter.

Tetiba Helena berlari ke arah mereka berdua.

"Hah! Sampai juga abang berdua ke sini. Ingatkan lupa jalan ke sini.." Tegur Helena sambil mencekak pinggang.

"Helena. Kenapa bahagian istana ni dihias? Ada apa-apa majlis?" Soal Hazen.

"Ha'ah...Ayah dan ibu nak adakan majlis sempena kepulangan Abang Hazen dan Abang Alter serta Kakak Lycra." Balas Helena.

"Lah..Tak payahlah nak buat." Kata Alter.

"Nope! Kata ayah ni adalah acara rasmi istana. Kamu berdua mesti hadir." Helena memberi peringatan.

"Oh! Aveline juga sudah bangun. Dia cari Abang Hazen sebab kamu berdua menghilang selama 3 hari!" Balas Helena.

"3 hari?! Aku ingatkan kita pergi selama 3 jam." Kata Alter menggosok belakang kepala.

"Mungkin sebab peredaran masa yang tak sama, Alter. Dah, pergilah cari Flora. Nanti dia menangis tak berlagu.." Balas Hazen.

"Ah! Kau pun ikut sekali!" Kata Alter sambil menarik kolar kot Hazen.

"Hey! Buat apa aku nak ikut kau, hah!? Aku nak jumpa Aveline!" Balas Hazen sambil meronta-ronta melepaskan diri.

"Kalau Aveline dah bangun, Flora juga ada di situ.." Kata Alter dengan selamba.

"Macam mana kau tahu?" Soal Hazen curiga.

"Aku tahulah.."

"Helena, bila acara tu dimulakan? Dan mana Eria?" Soal Hazen dari jauh.

"Malam ni! Pastikan abang berdua siapkan diri! Pasal Eria pula, dia masih belum sedarkan diri." Balas Helena tersenyum lalu beredar. Mungkin ingin ke bilik di mana Eria ditempatkan.

"Malam ni? Whew.." Kata Alter.

"Lepaslah orang tua!" Akhirnya Hazen berjaya melepaskan dirinya.

"Kita ada baju ke untuk majlis tu?" Soal Alter.

"Ntah. Manalah aku tahu, Alter. Tanya dinding..." Gurau Hazen.

"Kalau bukan kita dalam istana, Hazen...Dah lama kau terbang akibat penumbuk aku!" Kata Alter geram.

"Hehehe..." Hazen tersengih bagaikan kera sumbing.

Mereka berdua tiba di bilik di mana Lycra dan Aveline ditempatkan. Mereka berdua terkejut kerana Aveline, Flora, Lycra dan Queen Lycera berbual mesra sesama mereka.

"Wow! Bual apa tu? Mesra semacam je?" Tegur Hazen tersenyum.

Mereka berempat terkejut dengan teguran Hazen. Lelaki itu hanya tersengih sambil melambaikan tangan manakala Alter pula hanya tersenyum sambil mengangkat separuh tangannya.

Aveline segera bangkit dan menuju ke arah Hazen. Tubuh lelaki itu dipeluk seerat yang mungkin. Hazen perasan, bajunya basah akibat air mata Aveline. Dia tersenyum sambil mengusap kepala gadis itu.

"Abang ke mana selama 3 hari, hah?! Kesian kat mama aturkan majlis untuk malam ni!" Soal Flora dengan marah.

"Eh? Mama?" Soal Hazen dan Alter serentak.

"Kenapa? Ada masalah?" Soal Queen Lycera.

"Tak ada masalah. Cuma terkejut je.." Balas Hazen tersengih janggal.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now