《1》

22.3K 765 11
                                    

Note; Fanfic ni author tulis masa zaman noob author dulu. Maaflah kalau cringe sangat😂.  Jadi jangan kecam author wokay?

Nak dinasihatkan juga bahawa fanfic ni banyak merapu, ayat tunggang langgang, clishe.

Jika anda tak mahu rasa meluat tolong jangan baca, dan jangan disebabkan fanfic ni anda jadikan topik untuk benci sha.

Sha malas nak edit sebenarnya, huhu😂

Kalau anda nak baca juga, terpulanglah.😥

🐰

Ruangan yang mewah dan telah ditempah khas itu sudah terisi dengan kehadiran keluarga jeon dan kim.

Tujuan mereka hanya satu, untuk menyatukan anak mereka. Kim somi dan Jeon Jungkook.

"Tak sabar rasanya saya nak bebesan dengan kamu"

Puan kim berkata seraya meletakkan cawan wain merah yang baru dihidangkan oleh pelayan.

"Baguslah dan saya rasa kita kena percepatkan perkahwinan ni agar tercapai hasrat kita berdua. kan yeobo?"

Puan Jeon pulak menjawab. Paha lelaki disampingnya ditepuk pelan bertujuan untuk memberi sokongan terhadap apa yang dikatakannya.

Tapi senyuman wanita itu kelihatan seperti dipaksa. Ya, sebuah senyuman keterpaksaan yang berusaha ditutupinya.

"Ya, tapi kita kena tanya dulu bakal pengantin kita. tanya pendapat mereka, Jungkook?"

Aku mengangguk lemah. Cawan berisi wain merah itu diteguk kasar sebelum badan disandarkan ke kerusi.

Terima tak atau terima hasilnya tetap sama. Mengahwini gadis pilihan keluarganya bagi memenuhi syarat ayahnya.

Untuk memiliki syarikat J-Global Corperation ayahnya.

"Kook terima saja"

Gadis berambut perang dengan gincu merah menyala dibibir yang duduk di depannya ini dipandang tajam.

Memandangnya sekilas saja sudah membuatkan aku tidak ingin melihatnya lagi.

Somi Kim, perempuan dengan pakaian tidak cukup kain itu dijeling sebelum wain merah diteguknya lagi.

ahhh cukup menenangkan.

"Jungkook, appa nak kamu hantar somi lepas ni, kami ada perkara lain yang nak dibincangkan"

Appa berkata dalam nada datar. matanya mencerlung memandangku, tujuan untuk memberikan aku arahan keras.

Aku tersengih sinis.

"Kamu dengar tak apa yang ayah tengah cakap ni?"

Appa merenungku tajam.

"Ya, jungkook dengar"

Gelas kaca aku genggam, wain merah dituang kedalam gelas itu dengan amarah yang kian memuncak.

Orang tua itu tidak pernah mengambil kisah tentang hidupnya, perasaannya bahkan hatinya.

Mana pergi appanya yang dulu?

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now