《80》

3.3K 354 23
                                    

🐰

"Awak dah sediakan semuanya? Sure tak ada satu pun yang tinggal?" Soal Jungkook sebaik bayangan Rachel terlihat memasuki pintu gerbang Korea International Airport dengan sebuah bagasi berwarna hitam.

Gadis itu hanya memakai pakaian kasual yang selalu dipakainya sehari- hari iaitu kemeja putih dengan seluar slek hitam.

"Ya, mestilah saya dah sediakan" kata Rachel, merujuk kepada fail penting syarikat yang perlu dibawa bersama. Gadis itu menyisip senyum seraya menyelitkan rambut hitamnya pada telinga. Jungkook hanya memerhati, dia berdehem kecil.

Belum pun sempat dia mengatakan sesuatu, figura seorang lelaki yang sedang berjalan kearah mereka dengan box smile-nya sudah mampu buatkan Jungkook menarik muncung dan masam mencuka.

"Annyeong! Maaf lambat, parking kereta tadi. Ehe!" Kata Taehyung, dia serahkan satu bungkus chocolate bun untuk Rachel. Terus Jungkook masam.

"Ouh, terima kasih."

"Datang berdua ke?" Soal Jungkook dengan nada berbaur tidak puas hati. Laju saja Taehyung dan Rachel mengangguk. Taehyung dan Rachel berbalas pandangan bila Jungkook mendengus kecil. Dia menyumbat earphone kedalam telinga sebelum memilih lagu dari handphonenya.

"Aku fikir waktu flight kita berbeza" kata Jungkook pada Taehyung. Lelaki itu sudah mem- book ticket flight untuknya dan Rachel pada waktu dan hari yang sama untuk memudahkan penyampaian maklumat dilakukan memandangkan Rachel ialah PA nya sekarang. Dia tempah first class. So, mungkin akan terpisah dengan Taehyung?

"Ouh, aku minta Rachel tempahkan sekali. Maknanya, kita sama flight-lah. First class juga. Wae? Kau tak suka aku kat sini?"

"Bukanlah. Aku.. ahh lupakan" Jungkook berjalan melintasi Rachel dan Taehyung dengan berjalan diantara mereka macam dia tengah selak langsir. Nampak tak tahap cemburu dia tu dah sampai mana?

"Eh awak nak pergi mana?"

"Kenapa kesah?"

"Mestilah saya kesah, awak penting tau.." kata Rachel buatkan Jungkook berhenti melangkah. Kata- kata gadis itu terngiang- ngiang dikepalanya buatkan bibirnys mengukir senyum tanpa sedar. Terus dia tak jadi nak marah- marah. Dia balikkan tubuh dan bergerak ke samping Rachel semula.

"Aik? Kenapa datang balik?"

"Dah awak cakap saya penting, saya patah baliklah" kata Jungkook. Rachel tersengih kecil, dia cuit lengan Jungkook.

"Mestilah awak penting. Awak kan.. suami saya" bisik Rachel di ayat yang terakhir. Rachel mengetap bibir. Terasa sesak didada buatkan dia rasa hendak menangis sekarang juga. Jungkook kerutkan dahi, tidak dengar.

"Apa?"

"Tak ada. Awak penting sebab awak CEO Jeon, macam mana syarikat nak berjalan kalau awak hilang?" Kata Rachel mengubah topik. Berubah riak wajah Jungkook jadinya. Dia masam semula.

"Tak ada sebab lain ke? Sebab saya CEO Jeon je ke? Sebab itu je ke saya penting?" Soal Jungkook tidak puas hati. Rachel menggeleng kecil, dia menyisip senyum sebelum jarinya mencucuk bahagian dada Jungkook. Lelaki itu buat muka beku.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now