《90》

3.8K 351 65
                                    

🐰

"Tahniah, Puan Rachel disahkan mengandung seminggu. Saya harap puan dapat jaga kandungan dengan baik. Perlukan perhatian yang lebih dari suami dan jangan ganggu emosi Puan Rachel kerana ianya sekaligus akan menggangu kandungan Puan Rachel. Em, boleh saya tahu, suami Puan kat mana?" Soal Doktor Sunmi.

Rachel hanya mendiamkan diri, dia genggam erat selimut yang menyelimutinya sebelum dia kemam bibir. Minjoo menarik perlahan lengan Doktor Sunmi yang merangkap sahabat lamanya itu.

"Err saya harap awak tak tanya perkara tu pada dia. Awak kenal Yoongi? Saya takut dia-"

"Kenapa jauhkan suami dari isteri? Saya risau yang suami dia juga akan alami pembawaan bayi, sama macam Rachel dan mereka perlu waktu untuk bersama. Minjoo, awak tak boleh halang seorang isteri untuk bersama dengan suaminya. Lebih- lebih lagi ketika Rachel sedang hamil.  Minjoo-"

"Saya tahu, tapi. Huh.. abang dia tu terlalu strict dan saya tak nak rumitkan lagi keadaan. Saya rasa bersalah" Minjoo mengurut keningnya. Dia rasa sakit kepala dan pada masa yang sama dia rasa kecewa dengan Yoongi.

"Mana Yoongi? Biar saya cakap sendiri dengan dia" Laju saja lengan doktor perempuan tersebut ditahan bila doktor tersebut ingin melangkah ke ruang tamu. Mencari gerangan lelaki bernama Yoongi tersebut. Minjoo menggeleng, dia tak mahu keadaan menjad lebih keruh disebabkan oleh orang luar.

"Tak apalah, Sunmi. Biar saya cakap sendiri dekat dia. He need to cool down little bit. Saya harap awak tak bagitau Yoongi apa- apa.." kata Minjoo. Sunmi menganggu kecil tanda dia faham, dia tepuk perlahan lengan Minjoo sebelum dia bergerak keluar dari rumah milik sahabatnya itu. Minjoo mengeluh kecil. Dia kembali memasuki bilik Rachel.

"Kalau Rachel perlukan apa- apa. Unnie kat luar. Panggil je, Rachel tidur dulu, tenangkan diri. Unnie janji unnie akan cakap dengan Yoongi hari ni.."

"Unnie.. Rachel penat. Nak tidur" kata Rachel disebalik selimut. Minjoo mengeluh perlahan, dia menutup pintu bilik sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Yoongi. Gadis itu bercekak pinggang.

"Awak masih nak pertahankan apa yang awak cakap hari tu? Yoongi, apa awak buat ni salah, Rachel perlukan Jungkook. Dia tengah mengandung, anak Jeon Jungkook! Suami dia. Mana simpati awak Yoongi? Mana pergi perikemanusiaan awak? Yoongi, tolonglah benarkan Rachel berjumpa dengan Jungkook. Saya tak sanggup tengok dia macam ni.." Minjoo berkata separuh merayu.

Yoongi yang sedang duduk diatas kerusi itu hanya memasang telinga. Dia tidak merespon mahupun menjawab sebarang perkataan dari gadis itu. Minjoo mengetap bibir, sungguh dia geram dengan Yoongi. Dia warisi sikap keras kepala siapa pula kali ini? Dulu dia tak pernah pula keras kepala macam ni.

"Min yoongi-"

"Apa lagi? Aku tak nak dengar apa- apa lagi dari kau-"

"Kalau awak tak nak ikut cakap saya. Lupakan saya sebagai seorang tunang awak, lupakan saya. Anggaplah saya ni bukan siapa- siapa awak." Minjoo menahan tangis. Kalau ini saja caranya, dia sanggup lakukan demi Rachel.

"Minjoo, tunggu dulu. Tolong bersabar boleh tak? Saya tahu apa yang saya buat. Tolong jangan libatkan masalah ni dengan hubungan kita boleh tak? Kita dah janji nak kahwin kan?" Pujuk Yoongi, dia sudah berdiri dan melangkah menghampiri gadis itu. Minjoo tetap kekal berdiri tegak, dia larikan pandangan memandang kearah lain, tak mahu bertentang mata dengan Yoongi.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now