《69》

2.7K 313 20
                                    

🐰

Pinnn!!!

"Yahhh sabarlah!!"

Gelabah Rachel membetulkan pakaiannya sebelum berlari keluar rumah. Yeontan diangkat kemudian pintu dikunci. Taehyung hanya tersengih- sengih menyandarkan tubuhnya pada pintu kereta, dia berpeluk tubuh melihat Rachel yang nampak serabut sekarang ni.

"Kenapa hon?"

"Saja nak bagi awak kelam kabut" jawapan dari Taehyung buatkan Rachel mencubit lengan Taehyung sebelum memukul lengan lelaki itu perlahan. Taehyung gelak kecil, dia ambil Yeontan dari Rachel sebelum memasukkannya kedalam tempat duduk belakang.

"Get in, kita sarapan pagi dulu. Lepas itu kita pergi jumpa suami awak" kata Taehyung lalu masuk kedalam perut kereta. Rachel mencebikkan bibir, dia bergerak ke samping tempat memandu sebelum masuk kedalam perut kereta.

"Awak hon- hon macam ni semata- mata nak keluar awal pagi sebab nak sarapan dengan saya eah?" Lengan Taehyung dicuitnya. Lelaki itu hanya tersengih seraya memandu keluar dari perkarangan rumah menuju ke restoran untuk sarapan pagi.

"Ni, study document ni. Awak mungkin perlukannya masa berkerja dengan Jungkook" Kata Taehyung, dia serahkan fail berwarna coklat kepada Rachel. Gadis itu menerimanya tanpa banyak tanya. Berkerut dahi dia sebaik melihat isi kandungannya.

"Apa benda ni?"

"Itu peraturan-peraturan dan kerja yang awak perlu lakukan semasa menjadi PA Jungkook. Jungkook ni strict sikit, awak pun tahukan perangai dia?" Tanya Taehyung. Rachel merenung Taehyung lama sebelum mengangguk mengiyakan pernyataan lelaki itu.

Cakap pasal Jungkook dah boleh buat dia rasa nak nangis balik.

"Rachel.."

"Em?"

"Cuba sentuh dada aku" Jungkook menunjukkan dadanya. Rachel meletakkan satu jarinya pada dada Jungkook sebelum sambung makan spagetti carbonara-nya semula. Jungkook mengemam bibir, Rachel yang bongok ke dia yang bongok?

"Macam nilah!"

Tapak tangan Rachel ditarik sebelum diletakkan pada dadanya. Rachel merengek kecil, nak momom!

"Rasa apa?"

"Tak ada rasa apa- apa pun-"

"Cuba rasa detak jantung aku ni, kuat betul, kan?" Ujar Jungkook bersungguh- sungguh. Rachel ketawa kecil lalu mengangguk kecil. Jungkook menghela nafas lega.

"Tandanya apa?"

"Tandanya awak hidup"

Terdiam Jungkook jadinya. Dahi Rachel dijentik. Rachel meringis sakit selalu mencebikkan bibir, satu tangannya mencapai garfu lalu menyumbatkan bebola daging kedalam mulutnya.

Jungkook menarik wajah Rachel agar berada rapat dengannya. Rachel terkebil- kebil sambil setia mengunyah bebola daging yang berada dalam mulutnya itu.

"Waeyo Jungkook- ah?"

"Tandanya apa?"

"Saya dah jawabkan tadi, itu tandanya awak hi-"

Cup!

Jungkook mencium bibir Rachel lama kerana geram. Gadis itu hanya mendiamkan diri, tidak membalas mahupun merespon apa- apa. Sebab, dia mana pandai bab 'kiss' ni. Jungkook meleraikan ciuman, dia pandang wajah redup Rachel.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now