《30》

6.2K 443 44
                                    

🐰

"Hari ni kau tak plan nak pergi mana- mana ke?" Jungkook menyoal, Rachel yang sedang ralit menyusun baju didalam almari menoleh. Lelaki itu menjongketkan kening, Rachel memandang ke atas, berfikir sekejap.

"Ahh ada, saya nak melawat abang saya, Yoongi. Naik grab kot. Lepas tu tak adalah, awak nak kerja kan? Kenapa tak prepare lagi?" Soal Rachel. Jungkook diamkan diri sebelum dia tersengih lebar menampakkan senyuman arnabnya.

"Aku nak temankan kaulah. Nak jumpa abang ipar, semalam kan tak sempat" balas Jungkook buatkan Rachel membuat muka memelas.

"Tapi abang saya semuanya mainstream. Mereka semua nampak garang dan ganas. Kalau awak dapat ambil hati mereka, saya salut awak!" Kata Rachel. Dia tutup almari sebelum raga pakaian dia letakkan di sudut bilik.

"Ye ke garang? Tak apa, bunny Jeon Jungkook akan buatkan sesiapa yang memandang terpesona. Termasuklah kau sendiri" kata Jungkook lalu senyum mengejek. Rachel gulingkan anak mata.

"Yalah tu, jumpa depan-depan tak boleh bercakap pulak! Awak tengoklah nanti!" Rachel pulak membalas dengan bibir termuncung- muncung, Jungkook ketawa kecil sebelum dia bergerak menghampiri Rachel sebelum menghalang laluan keluar gadis itu. Jungkook mengenyitkan anak mata, Rachel menjeling.

"Dah tepilah! Saya nak keluar, masakkan bibimyeon untuk yoongi oppa. Dah-"

"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa? I dare you to kiss me right on my lips, now. Then, i'll let you go" Jungkook merapatkan jarak antara mereka, buatkan jalan keluar Rachel terhalang.

"Apa lagi ni Jeon Jungkook? Morning kiss tadi tak cukup ke?"

"Tak"

Rachel buat muka poker, Jungkook tersengih, dia rapatkan wajah mahu mencium sang isteri. Belum pun bibir dia sempat bertemu dengan bibir gadis itu, satu jari telunjuk sudah dilekapkan pada bibir Jungkook. Rachel ketap bibir, Jungkook buat muka hairan.

"Wae?"

"Tak boleh ke tak minta kiss untuk sehari ni? Saya penat tahu tak?" Rachel membalas buatkan bibir Jungkook menaik mengukir senyuman manis.

"Okay, tapi yang ni last. Come on.."

"No means no-"

"Apa- apa jelah!"

Cup!

  Cup!

Cup!

🐰

"Jungkook, saya nak ingatkan pada awak untuk kali terakhir, abang saya ni bukan macam abang yang biasa- biasa. Mereka tak suka stranger. Mereka Mereka nampak garang dan mereka bukan jenis yang suka dengar lawak bodoh. Saya harap awak tak buat benda bukan- bukan kerana apa yang mereka balas, akan menyakitkan awak" terang Rachel panjang lebar. Jungkook hanya mengangguk faham.

"Sayang, relax okay? Mereka tak ada rekod bunuh orang lagi kan?" Tanya Jungkook, terus saja Rachel menggeleng. Jungkook tersenyum, dia raih tapak tangan Rachel sebelum megecupnya perlahan.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now