《35》

5.9K 457 25
                                    

🐰

"Sayang.."

Jungkook tolak troli tu sambil membuntuti isterinya. Sekali- sekala dia menjeling ke sekumpulan lelaki yang asyik melirik isterinya dari tadi. Eii, nasiblah market ni berbumbung, kalau tak dah lama aku terajang biar terbang, lesap dari bumi, bisik Jungkook dalam hati.

Dia letakkan troli ditepi rak makanan ringan dan berjalan mendekati Rachel yang sedang membelek-belek sayur. Dengan sekali gerakan saja, tangan kekar lelaki itu melingkar di pinggang ramping Rachel. Amboii Jungkook, kat market pun nak manja- manja ke?

Terus Rachel mendongak. Dahinya berkerut seribu. Dia renung Jungkook dengan wajah pelik. Tapi Jungkook hanya membiarkan saja. Rachel pulak mencebikkan bibirnya. Alah Jungkook takkan kat market pun nak berkepit? Terserempak dengan macik bawang, kena cakap belakang baru tau.

"Lepaskan saya Jungkook, awak ingat kita ni kat rumah ke awak nak peluk- peluk saya bagai?" Luah Rachel seraya memuncung. Jungkook hanya membuat wajah endah tak endah je. Macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ecehhh Jungkook. Melebih benor engkau ni.

"Ehhh diamlah, kau pilih barang apa yang kau nak, kemudian kita blah dari sini" arah Jungkook, badan Rachel ditolak ke rak makanan ringan. Rachel menjeling, nasiblah tempat ni tempat awam, kalau tak dah lama dia smackdown Jungkook la ni jugak.

"Macam mana saya nak pilih barang kalau tangan saya awak masukkan dalam poket? Yahhh, Jungkook pabo!" Rachel terjerit kecil bila Jungkook mengangkat tubuhnya secara tiba- tiba. Ya tuhan Jungkook! Rachel pulak macam nak pengsan sebab malu kat situ.

"Yah! Awak dah hilang akal ke?! Turunkan saya!" Bahu Jungkook dipukul- pukul. Jungkook tersengih sumbing. Dia turunkan badan kecil Rachel kebawah semula. Gilo ke hang ni Jungkook?

"Dah tepi, awak pergilah lepak mana- mana dulu. Kalau saya dah siap, saya call" kata Rachel. Pandangannya tertumpu pada troli milik mereka, lantas matanya membulat besar. Apa kejadahnya Jungkook sumbat semua keropok dan biskut kat dalam ni? Larat ke dia nak mengunyah semua ni?

"Yah—"

"Ya, ya aku tau. Jangan nak membebel, biar aku tolak." Jungkook tolak badan Rachel ketepi, dia sempat naikkan keningnya sebelum troli ditolak ke bahagian lain. Rachel menggeleng- gelengkan kepalanya. Mana dia nak sumbat semua tu? Penuhlah almari dengan makanan ringan nanti. Takpe, kita bincang kat rumah ye Jungkook.

Rachel membuntuti Jungkook dari belakang. Matanya tak fokus memandang kedepan, dia meliar ke sana- sini mencari sesuatu. Yang ni benda penting, mesti ada untuk bulan ni.

Buk!

"Tengoklah depan kalau jalan tu, nasib kau cium belakang aku, kalau kau tercium bibir aku. Aku sumpah aku tak dapat tahan dari—" bibir Jungkook ditekup Rachel. Manataknya, lelaki tu kalau bercakap macam aku ni jauh sangat dari dia. Walhal aku depan je, tertelan mic ke apa manusia ni? Suara dia bapak kuat!

"Diamlah!" Rachel jarakkan dirinya dengan Jungkook. Matanya melirik ke rak yang terletak beberapa tapak dari mereka. I found you!

"Errr awak tunggu sini boleh tak? Saya nak—"

"Kau nak pergi mana?" Laju je Jungkook potong. Alahhh takut kena tinggallah tu. Chill ahh Jungkook. Bukannya besar sangat mall ni, kalau hilang call ajelah. Payah betul. Rachel ketap bibir, dia tarik lengan Jungkook seraya berbisik pelan. Kalau tak diterangkan secara detail, mana mungkin Jungkook mahu ditinggalkan.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now