《67》

2.5K 303 9
                                    

🐰

Taehyung mencelikkan anak matanya, dia tertidur di sofa ruang tamu selepas melantak dua ketul paha ayam dengan Rachel. Aisy! Rimaslah! Cakap nak diet! Selimut bercorak arnab kecil itu direnung sebelum dia pandang sekeliling.

Langsung tak dia nampak kelibat Rachel dirumah itu. Taehyung meregangkan badan, rambut kelabu asapnya itu dia raup kebelakang sebelum menguap. Dia melangkah ke dapur, Rachel masih tak kelihatan lagi.

"Rachel.."

"Rachel?"

Taehyung mendaki anak tangga naik keatas, pintu bilik yang luas terbuka buatkan hatinya tertarik untuk masuk kesitu. Kelihatan Rachel sedang duduk di birai katil sambil memegang baju kemeja berwarna putih, sudah pastinya milik Jungkook.

"Rachel.."

"Eo?"

Rachel mengangkat wajah, menampakkan anak matanya yang sembab sebab baru selesai menangis. Dia pandang Taehyung lalu tundukkan wajah lagi. Hati Taehyung tersentuh, dengan langkah perlahan, dia bergerak merapati Rachel lalu mengambil tempat di samping gadis itu. Bahu Rachel dirangkul.

"Aw.. awak tak nak balik ke.. Tae? Awakkan a- ada kerja nak dibuat hari n- ni" tersenguk- senguk Rachel berkata. Taehyung mendiamkan diri, dia tarik Rachel untuk bersandar pada bahunya. Lengannya gadis itu ditepuknya. Makin galak Rachel menangis.

"Awak mengingatkan saya pada Jungkook.."

"Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali, Tae?"

"I guess that you just miss him so bad" bisik Taehyung lalu mengusap kepala Rachel. Sakit hati dia bila melihat keadaan Rachel macam tu, tak bermaya, lemah dan mudah sangat menangis. Ini bukan Rachel yang dia kenal!

"Saya akan tolong awak-"

"Tapi macam mana? Awak nak hantuk kepala Jungkook supaya dia ingat semula? Ke, awak nak belasah dia sampai dia ingat saya?"

"Bagus juga idea tu- Aww!!"

Taehyung mengosok lengannya yang baru dicubit Rachel tu. Memuncung bibir gadis itu mendengar jawapan selamba dari Taehyung. Taehyung ikut mencebik, lalu sengih dengan bibir bentuk kotaknya.

"Saya akan buat apa pun demi awak."

"Means? Aw- awak sukakan saya?"

Sepantas kilat yang memancar Taehyung menjentik dahi Rachel. Berdetup bunyi dia. Rachel apa lagi, merengek sakitlah.

"Bukan itu maksud saya, saya akan buat apa je untuk Jungkook ingat awak, bukan sebab saya suka awak. Sebab saya dah anggap awak teman tapi mesra saya yang still single avaible ni. Boleh kan?" Termuncung-muncung bibir Taehyung menjelaskan perkara sebenar buatkan Rachel tergelak kecil. Air matanya dikesat.

"Lagipun bukan taste saya nak try bini orang. Silap hari bulan, kepala saya yang tak ada" sambung Taehyung. Rachel tergelak lagi. Dia pukul lengan Taehyung buatkan lelaki itu tersengih kecil.

"Saya janji akan tolong awak"

"Janji?"

"Janji"

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now