《77》

3.3K 379 45
                                    

🐰


"Ini kopi awak"

Rachel meletakkan cangkir kopi atas meja sebelum melabuhkan punggung di hadapan Jungkook. Lelaki itu hanya berdehem kecil, dia selak fail yang dibawa Rachel tadi sebelum tangannya mencapai cawan kopi lalu dihirupnya.

"Jadi, awak nak bincang pasal apa?"

"Khamis sampai hari hujung minggu ni awak free?" Jungkook menyoal. Keningnya dijongket. Rachel mengukir senyum kecil.

"Nak cakap saya free tu taklah jugak. Kenapa? Awak nak ajak saya dating ke?"

"Ya"

"Really?"

"Dating sekali dengan kerja" jawapan Jungkook buatkan Rachel mencebik panjang. Senyuman dia pudar bila nampak Jungkook sengih tak berdosa. Jungkook ketawa kecil. Dia gelengkan kepala sebelum menjawab;

"Lusa sampai ahad kita ada bussiness tour, collaborate dengan Taehyung punya syarikat. Kita akan buat satu majlis makan malam and sekaligus perbincangan, but not in korea. We'll do it at US untuk pelabur barat kat sana juga. Jadi, saya nak awak ikut sekali, no excuse" kata Jungkook buatkan Rachel terkebil- kebil.

"Tunggu sekejap, saya tak faham sebenarnya.."

"Maksud saya, awak dan saya akan ke luar negara untuk 4 hari ni. Saya tak nak terima apa- apa alasan, yang saya tahu, awak ada di US bersama saya. Awak jangan risau, semua makan, minum dan ticket flight awak ditanggung oleh syarikat. Jadi, tak ada alasan lain lagi kan?" Terang Jungkook panjang lebar barulah Rachel mengangguk faham.

"Taehyung ikut kan?"

Jungkook mendiamkan diri. Dia capai cawan kopi sebelum meneguknya.

"Ya, kenapa? Tak boleh berpisah dengan kesayangan awak tu?" Perli Jungkook. Rachel sengih lebar. Sengaja mahu membuat Jungkook berasa pelik dengan perasaan dia sendiri. Dia cuma rindu, rindu tengok Jungkook memarahinya kerana cemburu dengan lelaki lain. Dia rindukan Jungkook. Em.

"Ani-"

"Jangan cakap pasal lelaki lain bila kita berdua. Saya tak suka" balas Jungkook seraya mendengus kecil. Dia teguk geram kopi yang masih berasap kecil tu sebelum dia meringis perlahan efek kerana kopi panas itu menyentuh bibirnya. Secara tak sengaja, Jungkook menumpahkan kopi di atas meja.

"Jungkook! Kenapa ni?" Laju Rachel menarik fail supaya tidak basah kerana fail tersebut merupakan fail penting syarikat. Kotak tisu dicapai lalu dia mengelap meja.

"Hisy! Dah tau kopi tu panas, kenapa tahan diri nak minum jugak!" Bebel Rachel sambil tangan dia lincah mengelap meja. Jungkook hanya terdiam. Lelaki itu duduk kaku di kerusi sambil memerhati lagat Rachel.

"Mari saya tengok bibir awak" kata Rachel perlahan, Jungkook mendongakkan wajah, jari jemari kecil Rachel mengusap bawah bibir Jungkook lembut. Lelaki itu tidak bergerak mahupun bersuara, apatah lagi menolak. Dia renung wajah Rachel dari dahi hingga ke bibir.

"Sakit tak?"

"Em.."

Rachel mencapai tisu, mengelap bibir Jungkook. Setiap gerakan yang dia buat lembut selembutnya agar lelaki itu tidak berasa sakit.

"Apa masalah awak? Dah tau kopi tu panas, nampak tak masih berasap tu? Gedik lagi nak minum. Lain kali saya tak buatkan awak kopi lagi, awak minum susu kotak je!" Bebel Rachel. Jungkook masih lagi diamkan diri. Dia sengih kecil dan kekal merenung wajah gadis didepannya itu.

"Tengok apa?"

"Tengok masa depan" jawab Jungkook. Serta merta tapak tangan Rachel hinggap di bahu lelaki itu. Bukan dia suka- suka buat macam tu, tahu tak yang jantung dia bagai nak meletup je bila dongak- dongak je Jungkook dah renung dia macam nak tembus?

[C] TE AMO | JJK ✓Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα