《62》

2.8K 316 44
                                    

🐰

Taehyung mundar mandir didepan bilik ICU. Kuku jarinya digigit, peluh menitik penuh didahi, jantungnya berdegup dengan kecang. Sungguh dia berasa sangat panik sekarang ni, keadaan Rachel, tambahan pulak Jungkook yang mematikan panggilan telefon secara tiba- tiba.

Lelaki itu masih belum sampai walaupun sudah dimaklumkan 30 minit yang lalu perihal berkenaan dengan isterinya.

Please, jangan ada apa- apa berlaku pada Rachel, rayu Taehyung dalam hati lalu menggenggam tapak tangannya. Abang dan kakak angkat Rachel tidak dapat dihubungi kerana semuanya sedang berada diluar negara sekarang ini.

"I still wonder, wonder-"

Taehyung mengeluarkan phonenya dari poket seluar bila telefonnya itu berdering kuat. Butang hijau digesel sebelum phone dilekapkan pada telinga, panggilan dari Wonwoo.

"Ha ada apa-"

"Taehyung! Kau kat mana? Kau tahu tak Jungkook accident?!"

Taehyung kaku ditempat dia berdiri, ya tuhan, dugaan apa yang sedang dilanda keluarga kecil Jeon ini? Selepas Rachel, kemudian Jungkook. Bibir Taehyung tergerak- gerak, tubuhnya menggeletar, dia memang fobia dengan benda- benda seperti ini. Kerana dia sudah banyak melalui kehilangan orang yang dia sayang.

"Jangan tipu-"

"Kau nampak muka aku ni macam muka penipu ke? Jungkook dah otw kena hantar hospital. Kau sekarang kat mana? Aku nak ambik isteri dia, aku call tadi tak-"

"Isteri dia masuk ICU-"

"WHAT?! Macam mana boleh berlaku? Sekarang kau kat mana?"

"Hospital Besar Seoul, make sure Jungkook kena hantar kat sini. Jangan separate- kan dorang" kata Taehyung sebelum panggilan dimatikan.

Taehyung mengambil tempat di atas kerusi menunggu, jantung dia berdegup lari dari tempo. Rambut hitamnya dia ramas kasar, tak tahu nak buat apa lagi. Dia buntu.

"Encik ini suami kepada Puan Rachel?" Laju Taehyung mendongak lalu berdiri dari tempat duduknya bila doktor yang ditugaskan untuk merawat Rachel keluar. Taehyung menggeleng.

"No, saya kawan dia. Macam mana dengan dia? Nothing bad happen, right?" Soal Taehyung, wajahnya berubah riak bila doktor wanita tersebut menggeleng tanda tidak. Hampir terjatuh Taehyung jadinya.

"Apa maksud doktor?"

"She's fine, but her baby. Saya tak dapat selamatkan kerana susu yang puan Rachel minum mengandungi racun yang sangat kuat. Kami masih berada dalam proses untuk mengenalpasti jenis racun tersebut. Saya harap suami puan Rachel dimaklumkan serta merta. Maafkan saya, saya kena pergi" kata- kata doktor wanita tersebut buatkan Taehyung mati kata. Dia berpaut pada dinding dan akhirnya jatuh terduduk pada kerusi tersebut.

Kalau sudah begini reaksi Taehyung, macam mana pulak dengan reaksi Jungkook? Sudah tentu lelaki itu akan memberikan reaksi yang lebih luar biasa dari yang Taehyung lakukan. Kenapa kejam sangat orang yang meracuni Rachel? Tak berperikemanusiaan langsung!

This can't be.

🐰

"Tolong beri laluan!"

Doktor Kim terus mendapatkan pesakit yang sedang dibawa diatas katil tersebut lalu membawanya ke bilik ICU. Topeng muka dipakai, torchlight kecil dicapai lalu dipanahkan pada anak mata Jungkook.

Lelaki itu masih lagi sedar, tapi berada diambang maut dengan pandangan yang samar- samar. Fikirannya sekarang ini hanya ada bayangan isterinya, Rachel. Air mata Jungkook mengalir.

"Sediakan bilik bedah sekarang! Palli!!" Jerit Doktor senior tersebut lalu menolak katil tersebut memasuki bilik bedah. Baju bedah dipakai dan segala peralatan bedah disediakan dalam beberapa minit sahaja.

Jururawat yang bertugas mengganti pakaian Jungkook lalu mulai mencuci luka pada dahi Jungkook. Alat pengesan nadi dipasang pada tubuh Jungkook, lelaki itu sudah nyawa- nyawa ikan sahaja disitu. Tapi itu bukanlah sesuatu yang dia takuti.

Kalau dia mati hari ini pun, dia masih mempunyai Rachel, isterinya yang cantik bidadari itu. There's no regret.

"Doktor! Tekanan darah menurun!"

"Dokor pendarahan!"

"No, no! Sediakan peralatan sekarang!" Doktor Kim mulai menyuntik ubat bius pada badan Jungkook. Tekanan darah lelaki tersbeut mulai menurun pada paras yang paling kritikal. Doktor Kim sudah gelabah, lantas alat pengejut jantung dicapai.

"Rachel.."

"15!"

Buk!

Tekanan darah Jungkook masih tidak berubah, doktor kim menggeleng tanda dia tidak akan benarkan perkara sebegini berlaku.

"20!"

Buk!

"aku sa- sayang kau.."

"Come on Jungkook! Kalau kau sayangkan dia, jangan mati dulu! Jangan mati dulu. Come on, 25!" Doktor Kim menggunakan segala kudrat yang dia ada untuk memulihkan tekanan darah Jungkook pada sedia kala. Dia bukan doktor kalau perkara remeh seperti itu tidak dapat dia buat.

"Come on Jungkook, aku tahu kau kuat!"

"Stay with me, Jungkook!"

"Jeon Jungkook!"

"Awak janji kat saya awak takkan tinggalkan saya. Sekarang ni apa awak buat? Awak tak nak tengok baby lahir ke?" Bayangan Rachel mulai muncul secara samar- samar dihadapannya. Gadis itu mencebik kesal.

"N- nak"

"Dah tu? Bangunlah! Awak cakap awak kuat! Jeon Jungkook lelaki paling kuat saya pernah jumpa!"

"Saranghae Jungkook- ah"

"Rachel.."

"Jeon Jungkook!"

...


"Poisoned her baby, check!"

.

.


"Why are you so sweet?"

To be continue...

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now