Bab 6

8.6K 518 20
                                    

"Bagus..Nampaknya takde sape lagi yang akan ganggu kita," puji The King Of Evil pada cucunya.

"Apa lagi yang aku kena buat,atok?" soal Angel mendatar.

"Hehehe..aku ada satu tugas untuk kau.Esok hari perkahwinan Aden,adik kepada Xender.Aku nak kau bunuh Aden dulu," arah dia.

Angel mengerutkan dahinya melihat The King Of Evil di atas singgahsana. Mengapa ingin membunuh Aden walhal ketuanya ialah Xender?

"Aku tak faham.Nape aku perlu bunuh Aden dan bukannya Xender?" luah Angel bingung.
"Sebab esok hari perkahwinan dia.Aku nak majlis tu bertukar jadi majlis kematian."

The King Of Evil tersenyum seram.

"Hehehe..aku faham maksud kau." Angel mengangguk kemas lalu beredar dengan penuh tenang.

Persoalannya,bagaimana dia ingin mendekati keluarga mafia tersebut?

___________________________________

Tengku Fazril menjongketkan keningnya melihat Christine yang tunduk tersipu-sipu malu di hadapannya.

"Kau kan dah lama menduda.Apa kata kalau kau kahwin dengan anak aku?" ujar Mursyid merujuk pada anak bongsu perempuannya.

"Sorrylah.Aku takde masa nak layan cinta.Kau memang kawan baik arwah atok aku tapi aku tetap tak nak terima permintaan kau," tolak Tengku Fazril.

"Tapi I boleh jaga you.I pun hebat berlawan macam Tasya jugak," beritahu Christine tanpa dipinta.

"Aku tak perlu-perlu sape untuk jaga aku.Sorry to say but aku kena blah dulu.Majlis dah nak start," pamit Tengku Fazril lantas meninggalkan mereka berdua.

"Tapi..Christine tetap nak Xender jugak!" bentak dia geram.
"Ye papa tahu.Nanti kita cari cara supaya Xender kahwin dengan Christine ye," pujuk Mursyid.

"Janji tau! Christine nak jugak jadi isteri dia!"

Mereka berdua kemudian memandang kelibat Tengku Fazril yang mulai mendekati orang ramai.

_______________________________

"Aku terima nikahnya..." Dengan sekali lafaz,Cherina sah menjadi isteri kepada Tengku Haikal.

" Aku nak nangis.." ujar Ciko terharu lalu mendaratkan kepalanya pada bahu Riko.

"Nangis je.Aku faham perasaan kau.." Riko memberikan galakan.

"Jangan biarkan orang lain tahu aku menangis," kata Ciko perlahan.

"Aku janji." Sesaat kemudian,Riko menoleh ke arah sebelahnya lalu membisikkan sesuatu pada orang sebelah.

"Dia nangis.." Jahatnya Riko.Bocor rahsia. Orang di sebelah hanya membuat bentuk bulat pada bibirnya yang bermaksud " Ohhhhh.."

Tengku Haikal tersenyum lebar melihat wajah jelita Cherina.Gadis tersebut tersipu malu memandang ke arah dia.

Tanpa membuang masa lagi,Tengku Haikal mengucup dahi Cherina dengan penuh syahdu.

"Dah lama sangat tu.Nanti sambung kat bilik jelah," sampuk Alex selamba.

Tertawa para hadirin dengan
lawak tak guna lelaki itu.Tengku Haikal tersengih malu.

Selepas sahaja bersalaman dengan pihak tertentu,upacara memotong kek diteruskan.

"Terima kasih para hadirin yang sudi datang pada hari ini," ucap Akim selaku pengacara dalam majlis itu.Semua hadirin yang berada di dalam dewan hotel tersebut,dipandang sebentar.

"Sementara menunggu mereka memotong kek,dipersilakan untuk Tengku Nurfaiza dan mereka yang lain untuk membuat persembahan.Berikan tepukan gemuruh pada mereka," kata Akim lagi.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now