Bab 42

7.3K 443 36
                                    

Shilda iaitu orang kanan The King Of Evil melangkah masuk ke dalam bilik kebal yang kelihatan gelap.Sebaik sahaja retina matanya berjaya dikesan,lampu tersebut terbuka dengan sendirinya.

Hanya dua orang sahaja yang mampu membuka sistem tersebut iaitu The King dan Shilda .

Semua maklumat yang diinginkan terletak di dalam bilik tersebut.

Jika bilik kebal itu dicerobohi oleh seseorang,automatik penggera kecemasan akan berbunyi dan setiap pistol yang tersembunyi di dalam dinding akan keluar untuk menembak mangsanya.

Seketika,punat merah di atas kekunci komputer ditekan oleh Shilda dan sekaligus wajah Angel dan arwah Putri Risha tertampang di hadapan skrin besar.

Wajah kedua-dua itu sungguh kelihatan berbeza sekali.Riak wajah Putri Risha menunjukkan dia sedang tersenyum manis manakala Angel kelihatan sungguh dingin dengan gaya aksinya.

Shilda merenung tajam ke arah kedua-dua gambar itu.

Sesaat kemudian,dia mengorak langkah ke dalam lif yang berbentuk silinder untuk turun ke bawah.

Walaupun tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menuju ke tingkat bawah termasuk Shilda,dia tetap tekad untuk masuk ke dalam bilik rahsia The King.

Setibanya dia di sana,dia melihat pintu tersebut telah sedia dibuka oleh seseorang.

Dia segera bersembunyi di sebalik pintu apabila terdengar The King terbatuk kecil.

Dia buat apa kat sini? bisik hati Shilda.

Perlahan-lahan dia mengintip gerak-geri The King.Kelihatan lelaki tua itu sedang menatap gambar seorang perempuan.

Bukan itu sahaja,malah terdapat 3 lagi wajah yang tidak dikenalinya terletak bersebelahan dengan gambar perempuan itu di skrin besar.

Shilda meneliti gambar perempuan misteri itu dengan tajam sekali.

Sesaat dia terkedu.

Wajah perempuan itu amat dikenalinya.

Datin Melia,satu-satunya anak tunggal The King Of Evil.And gambar kat sebelah tu pulak,Dato Fikri.Tapi kenapa wajah Tengku Zamil dan Tengku Lily jugak ada kat sana? Apa kaitan diorang dengan hidup The King?

Or sebab diorang berempat tu berbesan? Arghhh!! Kusut! Aku kena rungkai misteri bodoh ni! The King terlalu simpan banyak rahsia.

Tanpa membuang masa lagi,Shilda berlari anak meninggalkan bilik tersebut agar tidak diketahui The King.

______________________________

"Nenek,mama dan papa bila balik? Riley dan rindu.Dah seminggu diorang pegi honeymoon," rengek Riley walhal dia tahu bahawa kedua-dua ibu bapanya sedang bermesyuarat di markas utama.

"Bagilah mama papa kamu dating dulu..." pujuk Datin Melia bersama senyuman manisnya.

"Yelah..."

"Along Riley mana? Tak nampak pun batang hidung dia dari tadi," tegur Datin Melia.

"Dia kat..."

"Nenek!! Nenek!!" Jeritan Roland dari tingkat atas menyentak perbualan mereka berdua.

"Dah kenapa dengan along Riley ni? Terjerit macam hantu nak bersalin."

"Entah.Datang bulan kut," jawap Riley selamba.

"Apa benda nak datang bulan pulak? Along kamu tu lelaki bukannya pompuan."

"Hehehe..saje nak gurau.." sengih Riley.

"Nenek!!" laung Roland lagi.Datin Melia dan Riley saling berpandangan lalu menuju ke tingkat atas di mana Roland berada.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now