Bab 33🔞

17.9K 466 24
                                    

Sepucuk pistol yang terdapat di tangan seorang gadis itu,diusap dengan penuh kasih sayang.

Pistol ni lah yang dah beri banyak jasa pada aku.Setiap darah yang tumpah membuktikan bahawa aku seorang yang boleh diharapkan.

Dan kini,Angel.Huh,sebab perasaan dia je aku dah Eryn dah masuk perangkap.Semua rancangan tak berjalan dengan lancar.

"Dah puas 'manjakan' pistol kau tu?" sindir Black Eryn.
"Hmmmm..."

"Aku pelik arh.Kau kat pihak mana sebenarnya? Serabut fikiran aku.." luah Black Eryn kurang berpuas hati.

Data-data peribadi mengenai setiap musuh mereka di dalam tabletnya,diperiksa dengan penuh teliti.

"Kau dah tahu mana pihak yang aku pilih.Dari dulu aku tak pernah berubah pihak.Aku akan tetap backup pihak yang sama."

"Very well.Aku faham.Pihak kita tetap sama cuma rancangan kita semakin hari semakin berubah.Hampir rosak.Kalau macam ni,kau tahu kan apa yang akan jadi pada kita?" duga Black Eryn.

"Mati...aku tahu.Macam yang aku kata,aku tak nak mati.Kalau Angel tak mampu bunuh Xender,kita terpaksa campur tangan dengan cara kita sendiri...Kalau tidak, kita yang akan jadi 'makanan' The King.."

"Hmmmm..."

Angel...Apa kena dengan kau? Kau semakin berubah.Bukan macam Angel yang aku kenal dulu.

________________________________

"Nape Sha tak makan ayam goreng tu? Duk tadi tok wan nampak Sha makan sayur.Tak pernah-pernah lagi tok wan nampak Sha makan sayur sebelum ni," tegur Tok Mariam.

Angel mematikan suapannya lantas memandang ke arah orang tua tersebut.

"Ha'ah lah Sha.Hantu mana yang dah sampuk kau? Selalunya kau makan ayam tapi sekarang seketul pun kau tak sentuh.Penat tok wan masak tau!" sampuk Sherly jujur.

Angel tersenyum tawar.
"Bukan Sha tak nak makan..Cuma..erhhh.."

"Cuma dia dah belajar makan sayur dengan kawan serumah dia masa kitorang berpisah.Jarang dah isteri Fazril ni nak makan ayam," Tengku Fazril menjawap bagi pihak Angel.

"Ye ke? Atau pun akak takut jadi gemuk?" usik Daniel dalam sengihan.
"Ele..kau tu tak takut gemuk ke? Pipi pun dah tembam.." balas Angel.

Entah mengapa dia berasa sungguh senang sekali dengan keluarga tersebut walaupun hanya dua hari tinggal di situ.

Mungkin disebabkan cara layanan dan gaya mereka yang sporting dalam segala hal telah berjaya menambat hatinya.

"Kitorang comel tau.Sebab kitorang masih budak lagi.." seloroh si kembar,Nadiel.

"Budak? Korang berdua dah remaja.Form 4! Takde maknanya nak budak bagai," ejek Angel.

"Leceh arh nak jadi tua.Hilang macho," rungut mereka lagi.
"Ceh,akak yang dah bertunang ni pun tak merungut makin tua.Korang je yang gedik sangat," sampuk Sherly.

"Ceh."

"Lupa pulak tok wan nak tanya.Mereka semua bila nak sampai?" soal Tok Mariam.

"Petang sikit kut.Tok kan faham dengan ragam diorang tu.." jawap Tengku Fazril.Senyuman manisnya sentiasa tak lekang daripada bibir.

Dalam diam,Angel terpesona melihat wajah kacak lelaki itu.Patut sahaja ramai perempuan yang terkejar-kejarkan dia termasuk Christine.

Senyuman manis kalah gula serta mata helang Tengku Fazril membuatkan sesiapa sahaja berasa terpegun.Cair!

"Tak puas-puas lagi ke pandang muka husband sendiri?" usik Sherly sehingga membuatkan Angel tersentak.

"Sa..sape?"
"Ele..buat-buat tak tahu pulak.Semua orang perasan akak senyum sorang-sorang tengok muka Abang Fazril tadi," sakat Nadiel.

Miss Destroyer (In Editing)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant