Pertarungan Terakhir (Last Part)

10.7K 704 107
                                    

Berdiri di hadapan dengan megah adalah lelaki yang terkuat  dan agak sukar dikalahkan. Siapa lagi kalau bukan The King. Lelaki itu tersenyum seram sambil memandang tenang ke arah Tengku Fazril yang sedang kepenatan.

Wajah ketua mafia itu kelihatan lebam terutama sekali pada kedua-dua bahagian matanya. Postur pada bahagian tubuh Tengku Fazril juga agak kurang stabil berbanding postur The King.

"Kau penat Xender?" ejek The King selamba. Tengku Fazril hanya memandang tajam ke arah The King lalu pandangannya bertukar ke arah langit. Nampaknya, matahari mulai menyembunyikan diri ia di sebalik awan putih.

"Hei!" jerit The King. Tengku Fazril segera menoleh ke arah pihak lawannya semula. Kelihatan The King tergelak sinis lalu memberikan dia sebotol air kosong.

"Aku takde feel nak lawan dengan orang yang penat," tutur The King. Tengku Fazril menyambut botol yang dilontarkan oleh The King lalu meneguk air tersebut dengan penuh rakus. Terasa kerongkongnya basah dan tenaganya mulai pulih semula.

Sebaik sahaja air yang diteguknya habis, Tengku Fazril membuang botol kosong itu lantas berlari ke arah The King.

"Arghhhh!!" Tengku Fazril melompat ke udara lalu wajah The King ditumbuk kuat. Akibat daripada itu, The King terjatuh di atas tanah.

Tengku Fazril memberikan peluang agar lelaki itu mampu bangkit semula dan meneruskan perlawanan.

"Hahahhaha!!!" Dia tergelak kuat sambil berdiri semula. Sebelum perlawanan diteruskan, The King sempat merenggangkan otot-ototnya lalu menjerit lantang.

"Xender!!!!"

Tengku Fazril hanya membuat riak wajah selamba sambil mencabar The King agar mara ke hadapan menggunakan tangannya.

The King melepaskan tumbukan tetapi sempat dielak oleh Tengku Fazril malah ketua mafia itu pulak berjaya menyerang wajah The King.

______________________________

Riley memegang bahu abangnya lalu membuat high kick pada pihak lawan yang datang secara mengejut. Kedua-dua adik beradik itu saling melindungi serta menyerang pada masa yang sama.

Jika Riley menyerang, Roland akan melindungi adiknya manakala jika Roland pula yang menyerang, adiknya akan melindungi ia.

Bukan itu sahaja, Putri Risha, Maisara, Black Eryn serta Christine berada di kawasan berdekatan dengan mereka berdua. Mereka risau andai semakin ramai musuh mengerumuni remaja-remaja tersebut.

"Next!!" jerit James yang sedang berganding bahu bersama The Shadow, Joshua dan juga Fakrul yang merupakan orang-orang kanan Tengku Haikal untuk menumpaskan konco-konco The King.

Sempat lagi mereka tergelak jahat semasa membelasah setiap daripada mereka.

"Ini je yang korang ada?! Baik jangan jadi jantan doh! Malu! Hahahahah!!" gelak Alex yang baru tiba bersama Tasya.

Mereka berasa agak puas sebaik sahaja melihat konco-konco The King semakin berkurangan. Mungkin berasa penat disebabkan berlawan sejak tadi pagi.

_____________________________

Tengku Fazril berusaha menahan tangan kiri The King tetapi lelaki itu begitu kuat sekali menumbuk kawasan perutnya menggunakan tangan kanan. Habis terpercik darah di mulut Tengku Fazril.

Bila mana Tengku Fazril berjaya menangkis serangan The King, dia mengambil kesempatan ini dengan menumbuk wajah The King lantas bahu lelaki itu juga turut ditendang.

Ketika The King terundur ke belakang, Tengku Fazril ingin segera memijak perut The King tetapi malang tak berbau apabila The King berjaya mengelak lantas wajah serta dagu Tengku Fazril ditumbuk ke atas udara.

Miss Destroyer (In Editing)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin