Bab 101 (Memori)

9.3K 512 37
                                    

Pasang lagu kat atas tu. (Youtube)

Tengku Fazril membuka matanya secara perlahan-lahan sebaik sahaja terdengar jam locengnya berbunyi. Apabila dia bangkit, entah mengapa hatinya terasa lain.

Kosong dan sunyi. Seolah-olah ada yang tak kena. Kepala ia ditoleh ke tepi lalu dia melihat sebingkai gambar dirinya bersama Nur Farah.

Gambar tersebut diambil lalu ditatap dengan seribu perasaan. Riak wajah isterinya yang sedang tersenyum manis membuatkan Tengku Fazril berasa sedih.

Sudah sekian lama isterinya itu meninggalkan mereka sekeluarga selepas sahaja melahirkan Double R. Tengku Fazril tidak mengetahui bahwa memorinya telah dimanipulasi oleh Putri Risha, isterinya yang sebenar.

Seperti biasa Tengku Fazril akan melakukan rutin hariannya tanpa sang bidadari di sisi.

"Papa! Riley dah tolong seterika baju kerja papa," jerkah Riley sambil menghulurkan pakaian ke arah papanya.

"Thank you, sweetheart," ucap Tengku Fazril lalu mengucup pipi anak kesayangannya.

Selepas itu, Riley keluar daripada bilik Tengku Fazril untuk menjamu sarapan pagi.

Semasa budak remaja itu berjalan ke tingkat bawah, entah mengapa hatinya juga turut berasa sunyi. Seperti ada yang tidak sempurna di dalam rutin hariannya.

Dia hanya menjongketkan bahunya lalu meneruskan langkahnya semula.

Sayang seribu kali sayang, anak remaja itu kehilangan memorinya seperti mereka yang lain juga. Riley juga beranggapan bahawa Nur Farah adalah ibunya yang sebenar.

______________________________

" Asal aku rasa something wrong erk?" ujar Akim semasa tekun memasukkan makanan ke dalam mulut.

"Apa benda yang pelik? Rasa macam biasa je pun. Takde angin, takde ribut dan takde spender berterbangan," kata Alex selamba.

"Entahlah. Cuba kau tengok lauk kita pagi ni. Awal-awal pagi dah banyak lauk berjenis ayam. Sape nak makan semua ni?" balas Akim. Terasa ada sesuatu tak kena pada pagi itu.

"Riley dan along la nak makan semua ni. Kitorang kan suka makan ayam," sampuk Riley lalu mengambil seketul ayam goreng.

"Oh tak ya en. Ingatkan orang lain." Sesaat kemudian, mereka masing-masing terdiam seraya membuatkan kerja sendiri.

"Papa, bila kita nak lawat kubur mama? Dah lama kita tak lawat," suara Roland memecahkan keheningan di ruang tersebut.

Tengku Fazril mendongakkan kepalanya lalu tersenyum pendek.
"Lusa kita lawat ye. Papa sebok sikit kat office," tutur Tengku Fazril lembut.

Beberapa minit kemudian, mereka saling berbual mengenai hal pejabat lalu memulakan rutin harian mereka semula.

______________________________

Malam itu menunjukkan pukul 9 malam . Semasa Tengku Nurfaiza ingin menuju ke arah biliknya, dia terdengar Tengku Fazril sedang menangis.

Menangis? Ya, sudah berturut-turut abang sulungnya itu akan menangis setiap kali terbangun daripada mimpinya. Tengku Nurfaiza mulai buntu. Dia menuju ke arah bilik abangnya lalu mendapati tubuh lelaki itu sedang dipeluk oleh Tengku Haikal.

"Eisk...eisk..."

"Shhh..." Tengku Haikal menepuk lembut bahu abangnya itu.

Tengku Nurfaiza pula sudah bertindak berlari ke arah ruang tamu lantas memberitahu mereka mengenai Tengku Fazril.

Miss Destroyer (In Editing)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora