Bab 29

7.2K 476 27
                                    

Girl in the mirror...
Girl in the mirror..wo oh..

Angel dan mereka yang lain menari bagaikan orang gila.Tanpa dia sedar,Tengku Fazril sedang tersenyum lebar melihat telatahnya.

'Cute! Tak pernah berubah.' Desis hati Tengku Fazril.Hatinya berubah ceria melihat wajah anggun Angel yang sedang bersorak gembira tanpa mengendahkan keadaan di sekeliling dia.

Seakan-akan dia sedang berada di dalam dunia yang diciptanya sendiri.Periang dan nampak sungguh kebudak-budakkan.

Masih naif macam dulu.

"Pehal kau senyum sorang-sorang? Jangan kata yang kau nak join sekali dengan diorang?!" seloroh Riko geram.

"Memang taklah! Hilang macho aku!" bantah Tengku Fazril.

Sesaat kemudian,Riley dan Roland tersenyum lebar apabila muzik tersebut habis dimainkan.

Sejurus itu,mereka menerima tepukan gemuruh dan siulan nakal daripada para penonton terutama sekali daripada ahli keluarga mereka berdua.

Fiwitt!!

"Tu anak-anak saya!!" jerit Angel tanpa berasa malu.Dipandangnya wajah para ibubapa dengan pandangan yang bangga.

"Thank you!" ucap Double R dan mereka beredar dari atas pentas.

"Arghhhh!!" Jerit mereka lagi.
"Mummy! Dah,duduk sekarang.Persembahan dah habis," arah Tengku Fazril lembut.

Dia menarik tangan Angel supaya duduk di atas kerusi semula.
"Tak padan dengan muka nak menjerit macam jantan," ejek Tengku Fazril.

"Suka hati arh! Yang mummy sorak tu bukannya siapa pun.Anak kita jugak,"bidas Angel lalu memuncungkan bibirnya.

Selepas sahaja sesi persembahan,majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah murid cemerlang.

"Hah,part ni kau tak nak menjerit?" sindir Akim.
"Tak nak.Tu bukan anak I.Buat rugi je air liur,"balas Angel acuh tak acuh.

"Aku boleh jadi tukang jerit," Ciko tersenyum lebar dan..
"Jeritlah kalau kau nak kena hempuk guna kuali besi kat rumah nanti," halang Zack sinis.

"Eh,takpelah.Susah-susah je." Ciko melabuhkan punggungnya semula dengan sengihan yang pendek.

Tik tok..tik tok..

30 minit kemudian,tibalah di bahagian akhir dimana wakil pelajar diminta untuk membuat ucapan mengenai ulasan majlis tersebut.

Seketika,mata Angel terbuntang luas sebaik sahaja melihat figura Roland yang datang lalu mengambil mikrofon daripada tangan pengacara majlis itu.

Roland memberikan salam kepada semua penghuni dewan sebelum memulakan ayat-ayatnya.

Angel pulak masih dalam keadaan yang bingung.

'Nape dia tak bagitau aku yang dia jadi wakil pelajar nak berucap?'

Tajam mata Angel memandang ke arah Roland yang sedang berdiri yakin di hadapan semua orang.

Sesaat dua saat,Roland berdehem lalu memulakan ucapannya.

"Beberapa tahun yang lalu...saya dan adik saya,Riley terpaksa menghadapi situasi yang amat perit di mana kami berdua telah kehilangan wanita yang amat kami sayangi.." beritahu Roland.

Suasana menjadi semakin senyap bagaikan berada di dalam majlis pengebumian.

"Wanita tu adalah mama kitorang.Yes,dia duduk kat sana," tunjuk Roland.Semua para hadirin menoleh ke arah 'Putri Risha.'

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now