Pertarungan Terakhir (Part 1)

9.1K 593 60
                                    

"Hahahaha!!!!" Shilda tergelak besar apabila melihat figura Putri Risha tiba tak jauh daripada markas utama mereka.

Kelihatan jumlah mereka tak lebih daripada 300 walhal konco-konco The King melebihi 1000 termasuk ahli-ahli mafia yang pernah ditumpaskan oleh The King sendiri.

Di hadapan kumpulan sebanyak 300 orang itu, berdirinya Putri Risha sebagai ketua mereka. Dia mengenakan baju dan topeng yang diberikan oleh The King suatu ketika dahulu semasa dia bergelar Angel.

Jika lelaki itu mencipta raksasa dalam diri Putri Risha maka, raksasa tersebut la yang akan membunuh The King sendiri. Apa yang dia mulakan, harus diakhiri dengan pantas.

Putri Risha tahu peluangnya agak tipis untuk mara ke hadapan ditambahkan lagi melihat Shilda baru keluar bersama 300 lebih konconya.

Tu baru SIKIT. Sebanyak 1000 lebih lagi orang-orang yang menjaga The King dengan kawalan yang ketat.

"Sha..." panggil Maisara sedikit gementar.

"Hmmm.."

"Macam mana kita nak umpan The King supaya dia keluar daripada markas dia?" soal Maisara serius.

"Kita lemahkan pertahanan dia dulu," jawap Putri Risha mendatar lalu memandang tajam ke arah Shilda yang sedang berjalan penuh angkuh.

"Well,well,well..cucu derhaka dah balik. Hahahahah!! Best tak jejakkan kaki ke sini lagi? Risha, eh tak. I mean ANGEL. Aku suka bila kau berani menentang The King walaupun kau tahu yang
....kau....akan...pufff! Mampus!" jelek Shilda menyindir.

"Sorry,bitch. Kitorang tak dengar apa benda yang kau cakap. Bau mulut kuat sangat. Perghh...menyengat!" balas Black Eryn lalu tergelak besar diikuti mereka yang lain.

"Wuuuuuuu..." ejek konco-konco Putri Risha manakala Putri Risha hanya tersenyum mengejek.

Mereka menyangkakan Shilda akan berasa tercabar atau berang dengan ejekan mereka. Namun, hal sebaliknya pula yang terjadi apabila Shilda ketawa besar.

"Hahahahah!! Aku suka dengan lawak kau! Yelah, selagi kau mampu bercakap, teruskan. Nanti bila kau dah mampus, kau dah tak boleh bercakap dah. So, keep going with your fucking damn words!" balas Shilda sehingga mematikan gelak mereka.

Mereka bertiga saling berpandangan seketika lalu tersenyum dengan penuh bermakna.

"Mana atok aku?" soal Putri Risha serius.

"The King? Atok kau? Such a pity girl! Kau ingat The King pernah anggap kau sebagai cucu dia? Never,Angel. NEVER! The King hanya pergunakan kau supaya dia boleh jadi ketua di kalangan mafia! Kau hanya hamba murah bagi dia!" tengking Shilda bengis.

Mendengar bicara Shilda membuatkan Putri Risha terkedu. Ha...hamba? Hanya sekadar hamba?

"Stop nakkan perhatian daripada lelaki yang berhati keras. Kau ingat The King sayang sangat kat kau? In your dream, girl. IN YOUR DREAM!" Shilda sengaja mengapikan-apikan perasaan amarah Putri Risha dengan menekankan ayatnya.

"Shut your fucking moutch, bitch! Bukan aku yang hamba, tapi kau! Buktinya kau masih di sisi The King, hehehe...macam anjing!" balas Putri Risha sinis.

Serentak dengan itu, mereka menyalak bagaikan anjing sebagai tanda mengejek keperibadian Shilda.

Jika dilihat, Shilda masih tetap setia dengan The King walaupun telah berlaku pelbagai masalah.

"Diam!!! " marah Shilda lalu mencerlung tajam ke arah Putri Risha yang sedang menyelak rambutnya ke belakang.

"Kau akan mati, Angel. Mati!" Shilda bagaikan orang gila sekarang. Dia mengucapkan apa sahaja yang keluar daripada mindanya.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now