Bab 72

6K 468 17
                                    

Dengar lagu tu.

Pagi itu, Maisara datang melawat Angel sebentar. Sebaik sahaja dia tiba di sana, dia dikejutkan dengan kehadiran Angel yang sedang tidur di atas sofa berselubungkan selimut tebal.

Tambah memalukan lagi, gadis itu berdengkur kuat seperti babi hutan. Berkali-kali Maisara menepuk dahinya.

Aduh, dah kenapa dengan minah sewel ni? Mampus ke apa? Lagak dah macam kena rogol!

"Angel!! Psttt!! Angel..." bisik Maisara keras seraya menepuk pipi Angel agar gadis itu bangun daripada lenanya.

Angel masih dengan dengkurannya malah semakin kuat.

"Tak bangun lagi ke budak tu?" tegur Tasya di ruang makan. Maisara hanya mampu tersenyum tawar.

"Kau tahu tak sape yang dah buat Risha macam ni? " soal Tasya prihatin.

"Entahlah. Aku kan dah lama tak hangout dengan Risha," alasan Maisara janggal.

Tasya menggangguk faham lalu memandang ke arah mereka yang sedang tekun menyuapkan sarapan pagi ke dalam mulut masing-masing.

"Sara, tolong bangunkan bini I kejap. I takut pulak kalau dia tetiba gigit I macam semalam," pinta Tengku Fazril mendatar.

Di saat itu, Maisara ingin menelan cucu kepada ketuanya itu hidup-hidup. Buat malu je apa yang Angel dah buat.

"Hoi, pompuan! Bangunlah! Eee geramnya!" bisik maisara sebal.

"Eish apa ni Sara?! Janganlah kacau aku tido," balas Angel malas.

"Bangun aku kata!"

"The King nak aku buat apa? Bagi la aku tido dulu!" bidas Angel tegas. Maisara tergamam. The King? Mesti minah ni fikir dia tengah tinggal kat markas The King.

"Angel..bangun! Kau sedar tak kita kat mana sekarang?!" Sedaya upaya Maisara mengawal intonasi suaranya.

"Kat markas atok aku la! Kat mana lagi?" geram dia membalas .

"Kepala hotak jiran sebelah rumah kau! Ini rumah Xender bukannya rumah The King!"

"Xender? Nama mat salleh mana  pulak yang kau kutip pepagi buta ni?" rungut Angel tanpa memandang ke arah orang kanannya itu.

"Mat salleh kau kata?!" Dengan geram, Maisara menyepak punggung Angel sehingga gadis tersebut jatuh daripada atas sofa.

Gedebuk! Opss! Bunyi nangka buruk jatuh.

"Woi! Apehal dengan kau ni?! Aku nak tido pun tak senang!" herdik Angel geram. Dia tak sedar dirinya sedang diperhatikan oleh keluarga mafia tersebut.

"Risha? You masih tak sedarkan diri ke? Nak kitorang tolong hantarkan you kat hospital?" sampuk Miko mendatar. Takut jua kalau gadis yang berada sedikit jauh daripadanya itu tiba-tiba sahaja mengigit kepala tempurung lutut dia.

Mendengar suara Miko membuatkan Angel terdiam. Dia melihat Maisara tersenyum mengejek ke arahnya lalu bangkit daripada sofa.

"Sha, jom makan. Aku dah masak sup khas untuk kau supaya otak kau tak rasa pening macam semalam," ajak Tasya selamba.

Angel mengigit bibirnya sambil mengingati semula perkara yang telah berlaku semalam. Pening? Bila masa pulak aku rasa pening?

Bersama rambut yang serabai seperti Hantu Kak Limah, Angel menuju ke ruang tamu. Sejurus itu, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi diiringi selimut yang masih tersarung pada tubuhnya.

"Mama dah ok tak?" soal Roland bimbang.

"Erhhh ok daripada apa?" janggal dia menyoal.

"You tak ingat apa- apa yang dah terjadi semalam? Nak I ingatkan?" ujar Alex tenang.

"Erhh.."

"Takpe. Jangan risau. Takde apa-apa benda buruk yang terjadi pada kitorang. Paling-paling pun you gigit tangan I sampai berdarah. You tendang perut Riko and tak lupa jugak, you dah tarik rambut Ciko dan Zack," sindir Alex selamba.

"Erhhh..ye ke? " Angel bagaikan tak percaya. Apa yang dah berlaku pada dirinya semalam? Kenapa dia tak ingat? Arghh!! Malunya!

"Mummy tak ingat apa-apa ke?" soal Tengku Fazril.

"Tak..tak ingat pun. Teruk sangat ke perangai mummy semalam?" soal dia takut-takut.

"Eh, taklah. Sedap kena sepak perut oleh you," sampuk Riko sengaja ingin menyindir Angel.

"Erhh sorry guys. I tak sengaja. I tak ingat apa yang dah terjadi dekat I. Boleh tak kalau korang just lupakan benda yang dah terjadi tu?" pinta Angel malu-malu syaiton.

"Lupakan? Hahaha!! Entahlah Sha. Tapi sumpah, lawak siot! Semalam you berubah jadi anjing lepastu kucing. Menangis, ketawa. Hahaha!!" gelak Ciko selamba diiringi anggukan mereka yang lain.

"Anjing? Ku..kucing?" ucap Angel tidak percaya. Dia menoleh ke arah Maisara dan mendapati gadis itu sedang memandangnya dengan riak wajah yang serius.

"Sha, sape yang dah buat onar kat you sampai you dah jadi gila tak ingat dunia?" tanya Alex prihatin.

Angel terdiam. Ingatannya berusaha mengingati semula gerangan terakhir yang muncul dalam kotak fikirannya semalam.

Christine? Ye, Christine! Dasar pompuan tak guna! Dia la punca aku jadi macam ni!

Tiba-tiba lamunan dia terhenti apabila mendengar satu suara bergema di seluruh ruangan tersebut.

"Sha, tu mummy dah datang. Kau nak mummy tengok kau dalam keadaan yang macam ni?" usik Tasya.

Angel menelan air liurnya lalu cepat-cepat melihat diri dia  melalui pantulan sudu.

Ketika dirinya terpantul, dia melihat rambutnya kembang seperti manggi yang telah lama direndam dengan air panas.

"Oh My God!"  Secepat kilat Angel berlari ke atas untuk menukar pakaiannya.

"Good morning anak-anak mummy!" ucap Tengku Lily teruja. Satu persatu pipi anak-anaknya dikucup penuh manja.

"Wait a second! Mana princess mummy yang pertama?" soal Tengku Lily pelik lalu menoleh ke arah Tengku Fazril.

"Ohh Risha tengah..."

"Mummy!" sampuk Angel bersama wangian yang harum semerbak.

"Princess!" Kedua-dua pipi Angel dikucup penuh kasih sayang lantas mereka berdua melabuhkan punggung di atas kerusi.

Habis ternganga mulut Alex melihat Angel yang tiba-tiba sahaja berketampilan menarik dan anggun sekali.

Weh, cepat jugak budak ni tukar pakaian. Sekali dengan gincu pulak tu. Tadi bukan kemain lagi keluar air liur basi kat tepi mulut. Eish eish..ada kuasa ke apa budak ni?

"Wangi pulak Risha pagi-pagi ye," puji Tengku Lily ikhlas.

"Of course la mummy. Risha kan kena sentiasa pikat hati suami Risha," ujar Angel sehingga membuatkan Tasya tergelak kecil.

"Asal kau gelakkan aku?" bisik Angel seraya menyiku tangan Tasya.

"Hahaha..sejak bila kau cakap macam tu kat mummy? Selalunya kau jawap 'Mana ada mummy. Biasa je pun," bisik Tasya lembut.

Terkebil-kebil mata Angel mendengar jawapan daripada rakan baik Putri Risha.

Ergh! Malunya!

Vote and Comment. 4 kali update dalam sehari. ✔

Miss Destroyer (In Editing)Onde histórias criam vida. Descubra agora